Hafta menggenggam erat surat khabar yang dibacanya itu. 'Perkahwinan cucu sulung Alriec dan seorang CEO muda.' Berita itu telah tersebar luas ke serata tempat. Tak sangka gadisnya itu ingin berkahwin dengan lelaki lain selepas 2 minggu mereka berpisah. Mata heterochromianya bersinar penuh amarah. Flora...Flora...itu sahaja yang terlintas di benak fikirannya.Pasu kaca yang terdapat di mejanya dihempas ke lantai. Perasaan marahnya meluap-luap. Kalau dia tidak dapat Flora, lelaki lain pun takkan sesekali dapat! Gadis itu kepunyaannya! Senyuman penuh makna terlakar di wajahnya. Nampaknya ada rancangan akan dilancarkan tidak lama lagi.
"Abang." Hana melangkah masuk ke dalam pejabat Hafta. Dia melihat pasu bunga yang telah pecah di lantai. Pasti abangnya berang dengan berita yang diterima. Namun, hanya senyuman sahaja menghiasi wajah Hafta. Dia mendekati abangnya perlahan-lahan.
"Kau... kenapa?"
"Hm..tak ada apa-apa." Tipulah dia tak curiga apabila melihat abangnya seakan larut dalam dunia sendiri. Seperti merancang sesuatu. Jangan kata abangnya nak buat kerja gila lagi! Tak pasal-pasal dia masuk hospital untuk kali kedua. Sebelum apa-apa terjadi, baik dia ambil cuti dahulu.
"Aku nak cuti 2 bulan tau! Nak rehat. Itu je bye!" Langkah kaki berjalan keluar dari pejabat Hafta. Dia hanya membiarkan sahaja adiknya itu. Hafta mendail nombor seseorang. Setelah beberapa ketika, panggilannya diangkat.
"Hello?"
***
Flora begitu ralit menyiapkan kerjanya sehingga tidak perasan kehadiran seseorang. Sean memandang bakal isteri yang sibuk. Tersenyum dia. Tak sangka lamarannya dahulu diterima oleh gadis itu. Dia telah lama menyukai Flora sejak zaman sekolah menengah lagi. Namun, ketika itu gadis pujaannya telah mempunyai kekasih hati yang tidak dia ketahui identitinya. Sekarang, Flora single dan dia pun masih lagi bujang. Jadi, langkah diambil untuk mendapatkan gadis itu.
"Dah habis tenung?" Flora memandang Sean yang sibuk merenung wajahnya. Sejujurnya, dia menerima lamaran jejaka ini pun disebabkan ingin menjauhkan diri dari Hafta. Mungkin selepas dia telah menjadi milik orang lain, Hafta akan melepaskannya. Selain itu, tiada sebab lain apatah lagi perasaan. Kosong.
"Selamanya pun tak habis." Sebelah mata dikenyitkan kepada Flora. Gadis itu hanya menghiraukan Sean dan menyambung pekerjaannya. Ketika itu, dia teringat sesuatu. Terus laptop dimatikan dan beg tangan diambil.
"Cepatlah. Nak ambil baju." Sean bangkit dari duduknya dan mengikuti langkah Flora. Tujuan dia berada di situ kerana hari ini mereka berdua perlu mengambil baju pengantin di sebuah butik. Nampaknya, Flora terlupa tentang perkara itu. Mungkin dia terlalu sibuk?
Masing-masing hanya mendiamkan diri sahaja saat kereta menyelusuri jalan raya. Sunyi sahaja keadaan mereka. Flora merenung ke luar tingkap sambil mengenangkan nostalgia lama. Zaman remaja. Bagaimana dia dan Hafta bertemu. Dia mengeluh perlahan. Hafta, Hafta dan Hafta. Bila agaknya dia boleh lupakan jejaka itu? Tiba-tiba, Sean menyentuh tangan Flora membuatkan gadis itu tersentak lalu menepis tangannya.
"Don't touch me." Amaran diberikan. Dia tidak suka sentuhan daripada Sean yang seakan lembut namun mempunyai makna tersirat. Sean hanya mendiamkan diri dan melemparkan senyuman sahaja. Hatinya sedikit sebanyak menggelegak kerana sentuhannya tidak diterima oleh Flora.
'Sabar Sean...Lambat laun dia akan jadi milik kau juga...' Bisiknya di dalam hati. Dia akan membiarkan Flora bebas sebelum berkahwin dan akan mengawal gadis itu setelah mereka berdua gelar suami isteri. Pemanduannya dilajukan lagi agar dapat tiba di butik itu dengan lebih pantas.
YOU ARE READING
HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]
RomanceCover by: PutraRize HIDDEN SERIES 2: HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE. "Love? Does it even exist?" - Flora Hazine de Alriec. "I want her so bad. Her scent, her presence make me crazy over her." - Hafta Rienz Siapa sangka mereka mempunyai kisah silam t...