Darah yang mengalir pada perut ditekup dengan tangan. Tercungap - cungap dia menarik nafas saat dia telah menamatkan riwayat seekor serigala. Tak, sahabatnya. Tuan Fyrane melangkah mendekati Flora. Mata gadis itu yang mengikut keturunan mereka membuatkan dirinya taksub untuk menjadikan gadis itu 'sempurna'.
"How's it feels?" Dia menatap benci wajah datuknya. Jika tidak mereka memasukkan dadah ke dalam badan snowy, serigala itu pasti tidak menyerangnya dan dia tidak perlu membunuh. Tubuhnya menggeletar apabila melihat darah yang terdapat pada pakaiannya.
"Don't look at me like that!" Tongkat dihayunkan ke muka Flora. Tersentak gadis itu. Wajahnya merah sedikit akibat gantungan tongkat tadi. Benci! Itu sahaja perasaannya terhadap keluarga sendiri. Bahkan papanya tidak pernah membatu dirinya.
"Kau akan jadi ketua untuk Alriec suatu hari nanti. Jadi, kau kena bersedia untuk korbankan segalanya!!" Hanya suara Tuan Fyrane sahaja yang bergema di ruangan itu. Datuk Flora kemudian melangkah keluar dari situ, meninggalkan gadis itu keseorangan.
Flora memandang pilu ke arah Snowy yang telah tidak bernyawa. Dia pembunuh! Menamatkan riwayat seekor binatang merupakan kesilapan pertama. Seharusnya, dia biarkan sahaja serigala peliharaannya membahamnya agar dia tidak perlu tinggal dalam neraka dunia lagi!
Perlahan-lahan badan Snowy dipangkunya. Dia memeluk erat bangkai serigala itu dan meraung sekuatnya. Dia akan pastikan semuanya akan jatuh kepada dirinya. Apa yang berlaku padanya akan dibalas satu persatu.
Berpeluh-peluh dahi Flora ketika itu. Hafta yang sedang lena terjaga dek suara Flora yang tersekat-sekat. Dia melihat air mata turut mengalir di pipi gadis itu. Perkara sama yang dia pernah lihat dahulu.
"Shhh... everything is gonna be fine.." Dia menepuk-nepuk belakang badan Flora untuk menenangkannya. Lama- kelamaan, gadis itu mulai kembali tenang dan lena. Hafta merenung wajah Flora dengan penuh tanda tanya. Apa yang dimimpikan gadis itu sebentar tadi? Dia kembali melelapkan mata dan berlayar ke alam mimpi bersama si pujaan hati.
***
Hana memeriksa beberapa dokumen di pejabat abangnya. Itulah kerjanya sekarang memandangkan Hafta masih lagi sibuk dengan Flora. Dia mengeluh seketika.
"Ada abang, sibuk nak berkepit dengan Flora. Haih... Penatnya .." Kalau ditegur nanti pasti Hafta melenting, jadi lebih baik biarkan sahaja. Hana dapat merasakan bahawa Flora akan melarikan diri nanti. Entah kenapa perasaannya kuat mengatakan sedemikian. Dia juga turut merisaukan keluarganya, Cruz. Hana tahu Alriec sedang menjejaki keberadaan ketua mereka.
Namun, sejak kebelakangan ini tiada sebarang pergerakan daripada keluarga itu. Seakan mereka hanya menunggu Flora untuk pulang sendiri. Pintu pejabat diketuk perlahan oleh seseorang.
"Masuk." Kelihatan pembantu peribadinya masuk bersama seseorang. Hana terus berdiri apabila melihat seorang gadis di belakang pembantu peribadinya. Berani betul dia menjejakkan kaki di sini!
"Maaf cik Hana. Cik Iris datang untuk bertemu dengan cik. Dia ada buat temujanji semalam." Kepalanya ditundukkan sahaja. Tidak berani menatap wajah Hana yang agak terkejut itu. Tiba-tiba, dia merasakan atmosfera di situ menjadi tegang. Terus dia mengundurkan diri apabila mendapat kebenaran daripada bosnya.
"Hmm, besar juga pejabat kau ni." Iris melabuhkan punggung di atas sofa. Dia menilik setiap sudut pejabat itu. Hana mendengus dan mendekati gadis itu. Baru sahaja memikirkan keluarga Alriec, sudah muncul pula wakil daripada keluarga itu.
"Kenapa datang pejabat aku?"
"Correction. It's your brother office." perli Iris. Dia pun tidak mahu datang ke sini. Hana memandang tepat ke arah Iris. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hana menghampiri Iris.
"Apa tujuan ka..." Belum sempat dia bertanya, Iris lebih pantas bangun dan mengeluarkan pisau buah yang terdapat dalam bakul buah di hadapannya. Hana lekas mengelak serangan mendadak itu. Dia berundur beberapa tapak. Nampaknya, orang suruhannya telah tewas ditangan Alriec. Pedih rasanya pipi Hana di bahagian kanan. Dia menyentuh pipi kanannya.
Sedikit darah mengalir keluar. Iris tersenyum sinis melihat Hana sebelum bertukar semula riak wajah dinginnya.
"Sebab ni sahaja kau datang?"
"Tak jugak. Terima kasih atas 'hadiah' yang bagi kelmarin. Aku ada hantar 'hadiah' yang sama juga dekat keluarga kau."
YOU ARE READING
HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]
RomanceCover by: PutraRize HIDDEN SERIES 2: HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE. "Love? Does it even exist?" - Flora Hazine de Alriec. "I want her so bad. Her scent, her presence make me crazy over her." - Hafta Rienz Siapa sangka mereka mempunyai kisah silam t...