"Auch! This is how you treat me now?" kata Hafta sinis. Kenangan hitam yang telah dikuburkan dalam minda Flora kembali terimbas. Dia menggempal tangannya. Mata greynya menatap tajam ke arah Hafta. Dia cuba untuk bertenang dan hanya berlalu pergi sahaja. Flora pasti lelaki itu tidak bersendirian di sini.
Namun, tangannya direntap kuat oleh Hafta sehingga dia hampir sahaja tidak dapat menyeimbangkan dirinya.
"Gotcha!" Dia menolak kuat tangan kekar yang memeluk dirinya. Semakin kuat dia menolak, semakin kuat pelukan Hafta. Hafta menarik rapat badan Flora sehingga mereka berdua bertatapan antara satu sama lain secara dekat. Dia merenung ke dalam iris mata yang berwarna grey itu.
Seketika, Flora menolak kuat Hafta dan menjauhinya. Dia memandang wajah yang dahulunya sentiasa membuatkan dirinya tersenyum namun berbeza dengan hari ini. Hanya perasaan benci. Benci yang tiada penghujungnya.
"What are you doing here?"
"None of your business." jawab Flora dengan kasar.
"My little phoenix....I ask you nicely. Jawablah baik-baik." katanya mendatar namun terselit nada tidak suka dengan cara balasan Flora. Dia menjeling tajam ke arah Hafta dan ketika itu bunyi panggilan telefon kedengaran.
"Hello." Mendengar sahaja suara pemanggil di sana meminta pertolongan terus sahaja dia meninggalkan jejaka itu. Dia tidak ingin berlama-lama di sana bersama dengan jejaka tersebut.
Hafta hanya memandang pemergian Flora dengan senyuman menghiasi wajahnya.
"Never thought that the fate brought us to meet again, Flora ...."
***
Tiba sahaja dia di rumah agam, dia dapat mendengar bunyi barang yang dipecahkan. Saat Flora melangkah masuk, hampir-hampir sahaja kepalanya mengenai pasu bunga kecil yang dibaling seseorang. Dia menatap dingin ke arah Daniz yang memandang sinis ke arahnya. Flora yang malas hendak bergaduh hanya melepasi gadis itu sahaja. Dia perlu bertemu dengan Shawn.
"How's your date?" Langkahnya terhenti. Date? Dengan siapa? Daniz menunjukkan gambarnya berpelukan dengan seseorang. Hafta. Seketika itu, dia tertawa kecil membuatkan Daniz hairan. Flora seakan-akan tidak peduli dengan gambar tersebut. Dia mendekati sepupunya dengan perlahan-lahan.
Daniz yang merasakan dirinya dalam bahaya mula mengundurkan diri ke belakang. Sejujurnya, dia takut dengan aura Flora sekarang. Seperti ingin membunuhnya. Tatapan tajam gadis muda di hadapannya cuba dilawan namun baru beberapa saat di tewas. Tangan Daniz yang memegang telefon tadi dicapai kasar oleh Flora.
Krak!
"Arghhh!!" Bergema jeritannya di ruang tamu. Daniz memegang tangannya yang dipatahkan Flora. Telefon yang jatuh tadi cuba digapai namun tangannya dipijak kuat oleh Flora. Dia cuba menahan kesakitan akibat pijakan tersebut. Flora mencapai telefon Daniz dan menghentakkannya ke dinding beberapa kali. Sepupunya hanya meneguk air liur melihat perbuatan Flora.
Dia mengeluarkan kad memori daripada telefon tersebut. Telefon Daniz dicampakkan semula ke wajah gadis itu.
"Kalau kau nak ugut aku, apa kata pastikan diri kau betul-betul cukup kuat dahulu? Atau kau boleh sahaja bawa Derriz . Itu pun kalau dia nak tolong kau." Daniz mengetap bibirnya menahan amarah yang ditambahkan lagi kesakitan yang dirasainya sekarang.
"Aku akan beritahu papa. Biar atuk tahu yang kau sebenarnya perempuan mu... Aarghhh!!!" Kaki Flora yang memakai tumis tinggi itu menekan lagi tangan Daniz yang berada di bawahnya.
"No one will believe you when you don't even have any proof." Kad memori itu patahkan dihadapan sepupunya. Kemudian, dia mengalihkan kakinya yang memijak tangan Daniz sebentar tadi.
"You should act smart, girl. Otherwise, you will only became a trash and rotten in this family." Flora berlalu pergi dan naiki ke tingkat 5 yang mempunyai taman kecil. Dia dapat melihat figura yang menanti kehadirannya. Wajahnya cukup resah sambil memandang ke arah Flora.
"Apahal?"
"She is missing." Flora berkerut dahi mendengar kata-kata Shawn. Jangan kata.....
"Amanda is missing. No. She is running away from me." kata Shawn sambil merenung ke arah kolam ikan yang terdapat di taman mini itu.
"Apa yang kau dah buat?"
"Aku..."
YOU ARE READING
HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]
RomanceCover by: PutraRize HIDDEN SERIES 2: HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE. "Love? Does it even exist?" - Flora Hazine de Alriec. "I want her so bad. Her scent, her presence make me crazy over her." - Hafta Rienz Siapa sangka mereka mempunyai kisah silam t...