Flora hanya memekakkan telinga. Malas nak menjawab. Tiba-tiba, Flora merasakan bahawa mereka diperhatikan, begitu juga dengan Hafta. Mereka memandang ke sekeliling sehingga terlihat wajah seseorang. Hafta menarik Flora ke dalam pelukan bagi mengelakkan wajahnya dilihat orang tersebut."Reinz." Hafta menoleh dan hanya menganggukkan kepala sebagai tanda hormat. Banyak-banyak tempat, kenapa datuknya mesti berada di sini. Pelukan dieratkan lagi supaya Hernold tidak dapat mengetahui wanita mana yang dipeluknya.
"Seems like you having a good time with someone." Mata dilirikkan ke arah Flora yang disembam pada bidang dada Hafta. Dia cukup gemuruh kerana memori lalu kembali menyinggah fikirannya. Punca dia dan Hafta bergaduh sehingga berpisah. Ketika Hernold cuba untuk menyentuh Flora, Hafta segera menepis tangannya.
"Don't touch her. She is mine!" Amaran diberikan. Datuknya kelihatan terkejut dengan tindak balas Hafta namun senyuman palsu cuba diukir jua. Menarik.... Hafta segera mendukung Flora dan membawa gadis itu pergi dari situ. Namun, kata-kata datuknya membuatkan langkahnya terhenti beberapa saat.
"Aku tak tahu pula betina tu lebih penting daripada aku." Hafta mengendahkan kata-kata Herold dan menjauhkan diri daripada datuknya. Kesalahan terbesarnya adalah mendengar kata-kata Herold suatu ketika dahulu sehingga dia memilih untuk membenci Flora.
Tiba-tiba, tembakan dilepaskan ke arah salah seorang bodyguard Hafta. Keadaan yang tenang tadi berubah menjadi kucar-kacir. Tembakan itu bukan dari Herold namun orang lain. Flora menangkap bayangan seseorang....tidak. Lebih dari seorang sedang bergerak pantas ke arah mereka. Nampaknya, mereka telah tiba.
***
"Miss Iris."
"Angel."
"She is here." Iris bangkit dari tempatnya. Dia mematikan panggilan itu dan mengarahkan anak buahnya untuk mendapatkan Flora. Akhirnya setelah hampir sebulan kakaknya berjaya mencari jalan keluar.
"Sediakan flight. Aku nak pergi sana sebelum malam. Arahkan Qai dan kumpulan 6 untuk bantu Flora lari." Arahnya kepada salah seorang anak buah yang lain.
"Betul ke apa aku dengar tadi?" tanya Ian yang baru sahaja tiba. Iris mengangguk sambil menekan papan kekunci komputernya dengan pantas. Lokasi Flora dapat dikenalpasti namun ada sesuatu yang menggusarkannya. Ada musuh mereka juga yang turut berada di situ. Kalau ada ular, ada phoenix, pasti naga akan turut serta. Golden Dragon.
"Hantar lebih ramai orang! Sekarang!" Segera dia bergegas saat menerima isyarat kapal terbang peribadi mereka telah bersedia untuk berlepas. Gila! Pertempuran berdarah pasti berlaku di sana. Dua kumpulan besar bersama dengan satu kumpulan gelap. Pasti ini akan menjadi suatu peristiwa yang berdarah untuk mereka semua.
Maaf kalau cerita ni semakin bosan. Saya rasa dah semakin merapu ni :)
YOU ARE READING
HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]
RomanceCover by: PutraRize HIDDEN SERIES 2: HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE. "Love? Does it even exist?" - Flora Hazine de Alriec. "I want her so bad. Her scent, her presence make me crazy over her." - Hafta Rienz Siapa sangka mereka mempunyai kisah silam t...