• Bab 7 •

28 13 1
                                    

Hari perkahwinan semakin menjelang tiba namun pengantin perempuan masih belum dijumpai. Shawn agak kalut sekarang dengan pelbagai desakan terutamanya bapanya sendiri. Flora telah menghantar ramai anak buahnya untuk mencari keberadaan Amanda namun hampa hasilnya.

Kakinya melangkah masuk ke pejabat Hanz Holding's, syarikat yang telah menempah nama dipersada antarabangsa dalam bidang reka bentuk landskap. Reka bentuk landskap yang unik dan menarik yang disediakan oleh Hanz Holding's membuatkan banyak syarikat besar ingin bekerjasama dengan mereka.

"Miss Flora." Kepala Sue ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat apabila Flora melepasinya. Dia mengikut langkah Flora sepanjang dia berjalan menuju ke bilik pejabat sambil memberitahu jadual Flora pada hari tersebut.

"........You have no meeting after 3 p.m. and right now, you have a guest." Kaki Flora berhenti melangkah. Dia menoleh melihat Sue yang sedang memandang tab ditangan. Tetamu?

Tombol pintu dibuka dan dia dapat melihat figura seseorang yang sedang menantinya. 'Kenapa dia ada dekat sini!' Rungutnya dalam hati. Flora menyuruh Sue kembali semula ke tempatnya untuk memberikan ruang kepada dia dan 'tetamu' tersebut.

"Hello, my little phoenix." sapa Hafta. Flora mengambil tempat bertentangan dengan jejaka tersebut. Sejujurnya, dia tidak tahu bagaimana Hafta boleh terlepas masuk ke dalam syarikatnya. Mungkin kerana jejaka ini merupakan salah seorang ahli perniagaan yang ternama, jadi pekerjanya membenarkannya masuk.

"Kau tak patut ada dekat sini."

"Well, I don't care." Matanya meliar melihat pejabat Flora. Simple but quite nice. Dia menyilangkan kakinya.

"Kau cari tunang sepupu kau kan?" Flora memandang tepat ke wajah Hafta. Dia dapat merasakan sesuatu yang pelik. Bagaimana jejaka itu tahu dia sedang mencari Amanda? Something fishy here. Wait! Flora dapat mengagak apa yang terjadi sebenarnya dan alasan mereka tidak dapat mengesan keberadaan Amanda.

"Mana dia?" Hafta tertawa kecil. Quite clever as always. Tak hairanlah Flora sekarang. Jejaka yang berada di hadapannya ini yang menyembunyikan tunang sepupunya.

"Kau nak dia? Aku boleh bagi. But, one condition and you need to agree with it." Senyuman seribu makna ditunjukkan kepada Flora.

"Apa?" Nak atau tidak dia harus bersetuju. Argh! Geramnya! Sebal rasanya melihat jejaka di hadapannya ini. Kalau tidak disebabkan majlis perkahwinan yang akan berlangsung 4 hari lagi, dia tak sesekali bersetuju dengan syarat yang akan diberikan oleh Hafta. But, she don't has any choice right now!

"Grant one wish for me." Hajat? Ingat dia santa claus ke nak makbulkan hajat. Dia mendengus kuat.

"Apa yang kau nak?" soal Flora. Dia harus mendapatkan Amanda terlebih dahulu. Hajat kecil, hajat besar ke itu kemudian akan difikirkannya.

"I will tell you later. See you 'soon'." Hafta bangun dan melangkah keluar dari pejabat Flora. Flora menatap kosong pemergian Hafta. Dia tertanya-tanya apa yang akan diminta oleh jejaka tersebut. Seketika dia berasa marah terhadap dirinya sendiri kerana mudah sekali dia mendengar bicara jejaka tersebut.

"Don't be an idiot Flora!"


***

Majlis perkahwinan yang megah itu berlangsung dengan lancarnya. Begitu juga dengan seisi dewan yang penuh dengan pelbagai tetamu dari serata negara.  Biasalah orang ternama, pasti mempunyai kenalan di mana-mana. Flora menunggu di luar dewan bersama ahli keluarga Alriec yang lain. Adat mereka untuk masuk bersama-sama jika ada apa-apa majlis untuk menunjukkan kemegahan keluarga Alriec.

Sejujurnya, dia agak terkejut dengan kehadiran Amanda di hadapan rumah agam mereka dengan keadaan yang sihat dan tiada kesan kecederaan. Seperti gadis itu tidak diculik langsung. Namun, dia bersyukur kerana datuknya tidak menjumpai Amanda terlebih dahulu.

"Dipersilakan keluarga mempelai lelaki untuk masuk ke dalam dewan sekarang! Alriec family!!" Suara pengerusi majlis menyentakkan lamunan Flora. Saat pintu dibuka, dia mula memasuki dewan diikuti dengan ahli keluarga mereka yang lain. Ketua harus berjalan dihadapan. Dia berjalan dengan yakin dan membuatkan ramai tetamu terpesona dengan kehadirannya. Namun, itu bukanlah masalah baginya.

"Seterusnya, keluarga mempelai wanita dipersilakan masuk! Cruz family!" Cruz... No! Damn it! Dia dapat melihat figura yang cukup dikenalinya menatap ke wajahnya dengan senyuman. Mulutnya digerakkan.

'We meet again, gorgeous.' Tuan Fyrane melangkah ke hadapan Flora dan menghulurkan tangan berjabat dengan ketua keluarga Cruz yang hampir sebaya dengan usia dirinya yang telah tua. Siapa sangka Amanda merupakan anak angkat keluarga Cruz. Malang betul nasib Flora!

Semua ahli keluarga pengantin diminta untuk duduk di tempat yang telah disediakan. Flora dapat melihat kedatangan sepupunya dan Amanda yang kelihatan bahagia berjalan ke arah pelamin yang dipenuhi dengan bunga ros merah sebagai lambang cinta mereka.Tanpa dia sedar, Hafta begitu asyik menatap wajahnya.

Setelah beberapa ketika, pengerusi majlis mengumumkan sekarang adalah waktu untuk para kekasih atau pasangan suami isteri untuk menari. Tentu sahaja Shawn menarik isterinya ke tengah dewan untuk menari bersama. Ramai juga yang berada di kawasan tengah dewan itu.

Tiba-tiba, tangan seseorang dihulurkan kepadanya. Hafta. Dia menatap kosong tangan tersebut tanpa ada niat untuk menyambutnya.

"My wish." Dia mengetap bibirnya. Dia lupa tentang syarat tersebut. Flora terpaksa akur dan menyambut tangan Hafta. Ramai orang memerhatikan mereka berdua. Lampu dimalapkan dan irama melodi mula memenuhi tersebut. Para pasangan yang telah berada di tengah dewan mula menari mengikut rentak, begitu juga Hafta dan Flora.

Flora tidak pernah menyangka bahawa permintaan Hafta adalah untuk menari bersamanya. Kenangan lalu menggamit mindanya. Hujan. Menari. Dia begitu larut dalam ingatan sehingga tidak sedar lagu yang dimainkan telah tamat.

"Such a lovely moment, am I right?" Suara Hafta mengembalikan dia ke realiti. Dia tidak menjawab sebaliknya melangkah untuk kembali duduk di tempatnya. Hafta menarik kuat Flora dan memeluknya dari belakang saat lampu masih lagi malap jadi tiada sesiapa yang dapat melihat mereka.

"I still love you." luah Hafta dengan membisikkan kalimat tersebut di telinga Flora.

"I don't love you anymore! Never again!" bentak Flora dengan suara yang ditahan kerana takut jika didengari oleh orang berada di sekitar mereka. Cinta? Baginya itu hanya sampah yang telah lama dikuburkan dalam dirinya sendiri.

"Once you are mine, you always be mine!" Tegas suara Hafta berbisik di belakang telinganya. Dia tidak akan sesekali melepaskan Flora! Never! Flora menolak kuat Hafta dan menatap tajam ke arahnya. Kedua mereka saling bertaut pandangan sehingga kehadiran seseorang mengganggu mereka berdua.

"Hazine?"

HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]Where stories live. Discover now