• Bab 38 •

16 4 0
                                    


"Ra, kau dah siap belum?" tanya Elisa sebaik sahaja dia melangkah ke dalam kafe. Radha mengemas barang-barangnya dan segera memberitahu Cik Diana dia akan pulang. Elisa menarik tangan kawannya untuk mengikutinya masuk ke dalam kereta. Namun, dia dapat melihat beberapa buah kereta hitam yang berada berhampiran dengan keretanya.

Enjin dihidupkan dan kereta yang dinaiki mereka mulai bergerak menyelusuri jalan raya. Tiba-tiba, Radha dapat merasakan kelajuan kereta semakin bertambah. Dia dapat mendengar Elisa menghembuskan nafas beberapa kali. Seolah-olah sedang resah.

"El, kau kena..."

"Ada orang ikut kita." Belum dia bertanya, Elisa sudah menjawab soalannya. Pedal minyak ditekan untuk meningkatkan kelajuan kereta supaya dapat melarikan diri daripada kereta-kereta yang mengejar mereka. Elisa menyelinap ke dalam barisan kereta secara mengejut menyebabkan beberapa buah kereta lain membunyikan hon. Apa dia peduli? Nyawa mereka dalam bahaya sekarang!

"Berapa?"

"5 buah kereta. Dua kereta Audi. Tiga lagi kereta Ranger Rover." Radha meraba-raba bawah tempat duduknya untuk mencapai sesuatu. Klak! Pistol yang disimpan di situ dikeluarkan dan dia menarik picu pistol terkecil. Nampaknya, dia tiada pilihan lain walaupun dia tidak tahu siapa yang mengejar mereka.

Radha menutup matanya untuk membayangkan kedudukan kereta yang berada di belakang mereka. Bunyi tayar yang bergeseran dengan jalan tar itu kedengaran halus masuk ke dalam pendengarannya. Setelah memastikan kedudukan kereta, dia membuka tingkap kereta dan ....

Bang!

Bang!

Bang!

Strettt! Bunyi tayar tergelincir di atas jalan raya dapat dia dengari. Radha hanya menembak bahagian tayar kereta supaya dapat menghalang kereta-kereta tadi daripada terus mengejar. Kelajuan kereta semakin diperlahankan apabila Elisa tidak lagi melihat ada kereta di belakang.

"Siapa tadi yang kejar?"

"Macam...Cruz? Aku tak pasti. Sebab yang aku nampak lambang ular silver dekat bonet kereta tadi." Kenapa Cruz mengejar mereka? Itu soalan yang bermain di fikirannya. Takkanlah...

"Hafta."

"Maksud kau, Hafta tahu yang kau masih hidup?"

"Maybe yes, maybe no. Aku tak pasti." Elisa mengangguk kepalanya dan melirik ke arah tingkap. Cahaya daripada sebuah trak lori menghala ke arah mereka. Sangat terang. Cahaya itu semakin menghampiri. Elisa segera memusingkan stereng untuk mengelakkan  lori itu merempuh kereta. Malang tak berbau, kereta yang dinaiki mereka terbabas ke penghadang jalan dan menyebabkan kereta itu terbalik.

"Ra..." panggil Elisa. Darah mengalir di wajahnya akibat hentakan di stereng kereta. Radha sudah seperti tidak menyedarkan diri. Elisa memandang ke luar tingkap. Dia dapat melihat sebuah masjid berhampiran. Elisa cuba membuka tali pinggangnya sebelum ada tangan lain yang membantunya untuk keluar. Dia dapat melihat Radha juga turut dikeluarkan oleh seseorang  sebelum kereta itu meletup. Walaupun pandangannya semakin kabur, dia dapat melihat wajah yang sedang memangku kepala Radha.

'Tak .. tak mungkin....' bisik hatinya.

***

Kemalangan yang berlaku di hadapannya mengejutkan Firdaus apabila kereta itu terbalik. Dia dapat merasakan kereta tersebut bakal meletup tidak lama lagi. Tangannya mencapai tangan Daniel untuk membantu mengeluarkan orang di dalam kereta tersebut. Pintu pada bahagian pemandu dibuka. Dia dapat melihat seorang wanita sedang cuba melepaskan diri. Saat dia menarik wanita itu keluar, Firdaus agak terkejut.

'Elisa? Apa dia buat dekat sini?' Firdaus menyerahkan Elisa kepada Daniel dan segera bergerak ke bahagian penumpang sebelah. Dia melihat seorang wanita berniqab yang seperti separuh sedar. Entah kenapa jantungnya mulai berdegup kencang. Firdaus mengabaikan hal tersebut dan mengeluarkan wanita tersebut. Baru sahaja dia mengeluarkan wanita itu, kereta tersebut meletup akibat tangki minyak yang telah bocor.

Dia mengucapkan rasa syukur kerana dapat menyelamatkan dua orang wanita tersebut. Jika dia terlambat sedikit sahaja, mungkin wanita yang ada di pangkuannya sekarang telah pergi mengadap Ilahi. Firdaus melihat ke arah Daniel yang sedang menelefon ambulans untuk mendapatkan bantuan. Baru sahaja tiba di Sweden, dah dapat pengalaman baru.

Dia melihat wanita berniqab yang ada dengan dirinya kelihatan sukar untuk bernafas. Dengan lafaz bismillah, dia membuka niqab tersebut dengan tujuan untuk memudahkan wanita tersebut bernafas. Firdaus merasakan dunianya terhenti seketika saat menatap wajah wanita itu. Ada parut pada bahagian wajahnya namun itu langsung tidak menghalang dirinya dari mengecam wajah tersebut.

"Flora....." Macam mana? Bukankah wanita itu...? Dia dapat merasakan dirinya penuh dengan tanda tanya sekarang.

"Fir!" Panggilan Daniel membuatkan dia kembali berpijak di bumi yang nyata. Dia dapat melihat beberapa orang yang baru keluar dari masjid menghampiri mereka. Van ambulans juga telah tiba. Dia sangat memerlukan sesuatu sekarang.

Jawapan.

Kadang-kadang rasa macam cerita ni makin mengarut :)

HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]Where stories live. Discover now