"Aku....haih..." Keluh Shawn.
"I lost my temper when I saw there's young man hugged her. So...."
"You gone mad and hit her, don't you?" sambung Flora. Pelik-pelik. Dah nak kahwin pun buat hal! Flora melabuhkan punggung di sebuah kerusi, begitu juga dengan Shawn.
"You and your stupid temper." katanya tanpa beriak. Baran tak kena tempat. Samalah dengan pakciknya. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Tetapi dibandingkan Shawn dengan sepupu-sepupunya yang lain, sepupu ini sahajalah yang mahu berbicara dengannya tanpa sebarang niat. Flora yang melihat wajah Shawn yang kusut itu melepaskan keluhan. Dia menelefon seseorang. Setelah beberapa ketika, panggilannya diangkat.
"Find Shawn fiance. ASAP!" Arahan diberikan kepada pembantu peribadinya. Panggilan ditamatkan. Shawn berdehem seketika untuk menghilangkan rasa bersalahnya. Walaupun Flora agak kesal dengan tindakan bodoh sepupunya itu, namun keselamatan gadis harus diutamakan. Lebih baik Amanda dijumpai dirinya daripada datuknya sendiri menjumpai gadis itu terlebih dahulu.
"Kau nak apa-apa tak sebagai balasan?" Flora memandangnya tanpa sebarang reaksi. Dia hanya mendiamkan diri dan bangkit sahaja dari duduknya.
"Kalau aku minta, tak ada orang yang akan mampu beri." Kata-kata Flora mengundang rasa hairan Shawn. Apa benda tu? Kadang-kadang dia tidak faham dengan sepupu perempuan yang seorang ini. Bicaranya berlapis-lapis. Setebal kuih lapis namun dia pasti ada sesuatu yang disembunyikan Flora. Flora hanya termenung jauh ke dalam fikirannya. Tindakan Shawn ini membuatkan dia mengenang masa silamnya.
***
"Hafta!" Puan Wein segera memeluk anak sulungnya yang telah lama tidak menjejakkan kaki ke rumahnya sejak 6 tahun yang lalu. Dia menarik tangan Hafta untuk duduk bersamanya di ruang tamu. Di sana terdapat seorang gadis yang sedang duduk dan menatap sebuah buku. Gadis itu memandang ke arah Hafta.
"Ingat lagi rupanya jalan nak balik ke rumah." perli Hana. Dia bangun dari duduknya dan memeluk abangnya. Puan Wein agak gembira dengan kepulangan Harta walaupun secara mengejut itu. Hafta menggosok rambut Hana sehingga rosak menyebabkan gadis itu memukulnya menggunakan buku yang sedang dibaca.
"Don't touch my hair ! You stupid!" Marahnya.
"Dah lah tu. Adik teman abang sekejap. Mama nak masak sekejap!" Hari yang bahagia ini harus disambut dengan makanan yang sedap-sedap! Puan Wein meninggalkan mereka berdua di ruang tamu. Setelah itu, keadaan menjadi sunyi dan tegang.
"Kenapa kau tiba-tiba balik?" tanya Hana. Dia tahu Hafta bukan pulang dengan alasan kosong. Hafta tersenyum sinis mendengar soalan adiknya.
"I found her again. Here. In Leivina." Terbatuk Hana mendengar jawapan abangnya. Her.....? Dia kembali mengingati wajah seseorang yang pernah ditunjukkan oleh abangnya. Riak wajahnya berubah menjadi kelat. Dia menggenggam erat bukunya.
"Kau lupa ke apa yang dia dah buat?"
"Aku tak pernah lupa. Sama juga dengan perasaan aku. Sikit pun tak pernah berubah." kata Hafta. Hana menghempas bukunya ke atas meja. Abangnya sudah hilang akal agaknya! No, he totally obsessed with her!
"She almost made our family suffered because of that cip!" marah Hana. Namun, suaranya direndahkan jua, takut mamanya mendengar apa yang mereka katakan. Hafta hanya membiarkan kata-kata adiknya dibawa angin sahaja. It's just a past, it will not bring any cost to them anymore. Dia tidak peduli.
"If the past mistakes can't be undo, then look forward for the future." Hana mendengus. Apalah yang bagus saat tentang Flora itu?Bahkan saat dia ditangkap mencuri cip penting keluarga mereka, Hafta tidak pernah menyeksa gadis itu sepertimana balasan yang harus diterima atas kesalahan yang dilakukan. Maybe.
Hafta tidak menyangka akan bertemu dengan Flora semalam. Dia menyangka gadis itu berada di rumah agam utama Alriec yang berada di luar negara, Skiesland. Tak tahu pula dia bahawa Flora berada di Leivina selama ini. Leivina, negara maju yang dikuasai oleh tiga kuasa besar iaitu Nique, Cruz dan Alriec. Nique telah dihapuskan kerana melanggar undang-undang Leivina. Hanya tinggal dua keluarga sahaja yang memegang pengaruh besar ke atas negara ini.
Hafta hanya berada di sini kerana perlu menyelesaikan urusan dengan rakannya, pemilik kelab malam semalam. Jika dia tahu dari awal keberadaan Flora, mungkin dia akan pulang lebih awal. Tidak. Mungkin sahaja dia akan menetap terus di sini.
"Hafta! Riane!! Jom makan!" Laungan suara Puan Wein mengakhiri perbualan mereka. Mereka berdua menuju ke dapur untuk makan bersama-sama.
YOU ARE READING
HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]
RomanceCover by: PutraRize HIDDEN SERIES 2: HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE. "Love? Does it even exist?" - Flora Hazine de Alriec. "I want her so bad. Her scent, her presence make me crazy over her." - Hafta Rienz Siapa sangka mereka mempunyai kisah silam t...