"Raudah, makanlah sikit. Tak lama lagi awak tu nak jadi isteri orang." kata Umi Harsya. Tak sangka setelah Radha menolak pinangan Ridzhan, anak angkatnya pula meminta kebenaran up untuk memperisterikan Raudah. Anak perempuannya hanya menunjukkan senyuman tipis. Dia merindui sosok Radha yang sentiasa ada bersamanya. Sudah hampir 2 bulan gadis itu meninggalkan Wadiyah Qaisara.
Mengingati tarikh pernikahan yang semakin menghampiri, Raudah menginginkan Radha untuk menjadi pengapitnya."Umi, boleh tak Raudah nak minta sesuatu?"
"Apa tu?" Jarang sekali anak perempuannya yang satu ini meminta sesuatu. Ridzhan yang sedang mengunyah makanan memandang ke arah adiknya.
"Boleh tak kalau Raudah nak akak Rad jadi pengapit Raudah minggu depan?" Permintaan Raudah mendapat perhatian Ridzhan. Sejujurnya dia berasa sangat bersalah terhadap wanita itu. Jika dia tidak terlalu larut dalam perasaan kecewanya, mungkin dia akan ada peluang lagi untuk memujuk Radha. Namun, semuanya kini tinggal debu sahaja. Setelah wanita itu meninggalkan Wadiyah Qaisara 2 bulan yang lepas, hubungan keluarga mereka menjadi suram.
"Adik tahu ke nak cari Kak Radha dekat mana?" tanya Encik Rahim. Dia tahu Raudah sangat rapat dengan Radha seperti belangkas. Namun, persoalannya di mana keberadaan gadis itu sekarang?
Raudah mengemam bibirnya dan menggelengkan kepala. Tiba-tiba, Ridzhan bangun dari duduknya lalu berlalu ke singki. Dia mencuci pinggan dan beredar keluar dari dapur. Umi Harsya mengeluh perlahan apabila melihat kelakuan anak lelakinya yang sudah jarang berbicara setelah peristiwa lamarannya ditolak.
"Nanti abah cuba minta bantuan kawan-kawan abah. Sudah, jangan sedih. Habiskan makanan tu." Raudah tersenyum mendengar pujukan ayahnya. Dia mengunyah makanannya perlahan-lahan.
Ridzhan melangkah menuju ke suatu tempat. Tasik. Tempat di mana kali pertama dia dan Radha bertemu secara tidak sengaja. Dia berdiri menghadap tasik. Fikirannya menerawang ke momen indah saat dia jatuh cinta pada pandangan pertama terhadap Radha.
Flashback
Dia berjalan segera menuju ke pondok untuk bertemu dengan ayahnya. Secara tidak sengaja, dia terlanggar seorang wanita yang sedang berjalan perlahan-lahan sambil menggunakan tongkat. Terduduk wanita itu ke atas tanah.
"Eh, maaf saya tak ..." Kata-katanya terhenti saat matanya bertemu dengan mata wanita tersebut. Kelabu bersinar. Wanita itu bangkit dan ingin beredar. Namun, tiba-tiba tasbih yang ada di tangan wanita itu terputus kerana tersangkut pada gelang yang dipakai Ridzhan. Bertaburan butir manik tasbih itu di atas tanah.
Dia mengutip butir-butir manik tersebut dengan cepat. Wanita itu meraba-raba tanah untuk mencari butir manik yang telah jatuh. Baru ketika itu dia sedar, wanita di hadapannya ini tidak dapat melihat.
"Nah, manik tasbih awak." Wanita itu menatap ke arah pemilik suara dan menadah tangannya untuk mengambil manik tasbih itu. Dia bangun dan meninggalkan kawasan tersebut dengan segera. Belum sempat dia hendak menanyakan nama, wanita itu telah hilang dari pandangan. Lama-kelamaan, dia dapat mengenali nama wanita tersebut. Nurul Radha. Nama yang menjadi igauan hatinya.
End of Flashback
"Awak ada dekat mana sekarang ni, Radha?" soalnya sendirian. Dia agak risau dengan keadaan wanita itu yang buta berada di dunia luar sana. Namun, itu salahnya sendiri kerana menghalau Radha keluar dari Wadiyah Qaisara. Sekarang, keberadaan wanita itu langsung tidak dapat dijejaki.
***
Radha menyapu lantai kafe yang baru sahaja hendak dibuka. Alhamdulillah, dia dapat bekerja di sebuah kafe menjual pelbagai manisan dan kopi yang sedap. Ini semua hasil daripada pertolongan Elisa.
"Radha, dah siap sapu?" tanya Cik Diana. Cik Diana merupakan pemilik kafe tempat Radha bekerja sekarang. Pada awalnya, dia sedikit ragu untuk menerima seseorang yang tidak mempunyai kemampuan untuk melihat menjadi pekerjanya namun setelah 2 bulan, Cik Diana dapat melihat bahawa kekurangan yang ada pada Radha tidak menghalangnya untuk melakukan pekerjaan seperti orang biasa. Rezekinya juga melimpah ruah sejak kehadiran wanita itu di sini.
"Dah. Ada apa-apa lagi saya kena buat?"
"Radha tolong saya pergi ke kedai. Belikan tepung kastard dengan marjerin. Bahan dah nak habis dekat dapur. Beli dua paket dulu untuk sementara pembekal belum hantar bahan." Radha menganggukkan dan mengambil duit yang dihulurkan Cik Diana. Dia berlalu keluar dan berjalan menuju ke kedai yang berhampiran.
Dia masih lagi ingat berapa tapak kaki harus dia melangkah untuk sampai ke kedai yang berdekatan dengan kafe tempat dia bekerja. Sedang sibuk mengira langkah kakinya, Radha dapat merasakan dirinya diekori oleh seseorang. Tak. Beberapa orang. Dia cuba untuk melangkah lebih pantas untuk sampai ke kedai. Tiba-tiba, Radha melanggar seseorang di hadapannya secara tidak sengaja. Dia mencari tongkatnya yang jatuh tadi. Suara seseorang menyapa hawa pendengarannya.
"Flora...?" Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya. Dia tidak dapat melihat namun bau minyak wangi yang dapat dihidunya membuatkan dia mengenali siapa yang berada di hadapannya sekarang. Dia melepaskan keluhan kecil.
"Ian."
YOU ARE READING
HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]
RomanceCover by: PutraRize HIDDEN SERIES 2: HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE. "Love? Does it even exist?" - Flora Hazine de Alriec. "I want her so bad. Her scent, her presence make me crazy over her." - Hafta Rienz Siapa sangka mereka mempunyai kisah silam t...