• Bab 39 •

11 5 0
                                    

"Arghhh!!" Ian hanya menatap kosong ke arah seorang lelaki yang diikat di atas kerusi. Darah mengalir keluar dari pehanya yang telah ditikam oleh salah seorang anak buah Ian. Berani-beraninya dia melanggar kereta yang dinaiki kakaknya. Lelaki itu fikir dia dapat melepaskan diri selepas melakukan kerja yang diarahkan namun belum sempat dia keluar dari lori tadi, dia telah diculik.

"Siapa upah kau?" Senyap. Ian mendekati lelaki tersebut dan menikam bahagian peha kirinya. Semakin kuat lelaki itu meronta namun Ian bertindak memusingkan pisau tersebut ke kiri dan ke kanan. Terasa seakan-akan daging pehanya sedang dihancurkan perlahan-lahan.

"Ber...berhenti...to..long..tolong." Ian tersenyum sinis mendengar rayuan tersebut.

"Sakit ke? Ala...sian dia eh. Tapi...kau nak tahu nak?" Pisau itu semakin dalam ditekan membuatkan lelaki itu meringis kesakitan. Darah juga telah membasahi seluar yang dipakai lelaki tersebut dan lantai.

"Nak tak!?"

"Nak..."

"Aku tak kisah pun kalau kau sakit. Sakit lagi hati aku bila kau rempuh kereta akak aku! Flora Hazine de Alriec! Pewaris keluarga Alriec. Kalau dia mati macam mana? Kau nak bertanggungjawab, hm?" Pisau tadi dibiarkan tertanam dalam peha lelaki itu. Dia mengelap tangannya yang telah dipenuhi darah. Menitik peluh lelaki tersebut apabila merasakan kesakitan menjalar ke seluruh tubuh badannya. Ian bertindak mencekik leher lelaki itu dengan kuat.

"Aku tanya jawablah, bodoh! Kau bisu ke!?"

"Ma...af."

"Apa dia? Ulang balik. Aku tak dengar." Nafasnya bagai hendak putus sahaja apabila jejaka di hadapannya ini bertindak semakin kuat mencekik dirinya.

"Maaf! Maafkan aku!" Ian berdecit. Dia melepaskan tangannya daripada leher lelaki itu. Dia menatap tajam ke arah pintu yang ditutup rapat.

"Masuk je lah kalau dah sampai tu." Pintu kayu itu dibuka oleh seseorang. Iris melangkah masuk ke dalam bersama Angel. Dia menangkap riak wajah dingin Ian yang sedang menatap mangsa di hadapannya. Iris mendengar percakapan Ian tadi. Namun, dia perlukan kepastian tentang apa yang dia dengari.

"Dengan kata maaf kau tu, boleh putarkan masa ke? Hm? Boleh ke?" Ian menunjal kepala lelaki itu berkali-kali. Dia sudah mulai muak dengan kebisuan lelaki tersebut. Pistol yang ada di atas meja diambil dan diacukan ke arah dahi lelaki itu. Lelaki tersebut terkejut dan segera meronta untuk melepaskan diri. Peluru dilepaskan menyebabkan lelaki itu terkulai layu tidak bernyawa lagi. Percikan darah yang terkena pada wajahnya dikesat dengan lengan.

"Betul ke?" Ian memandang ke arah Iris. Dia hanya mendiamkan diri dan ingin berlalu pergi. Iris menahan lengan kembarnya. Ian menatap semula ke arah Iris dengan dingin.

"Lepas."

"Jawab soalan aku. Betul ke dia hidup lagi?" Ian mendekati Ian dan menyengetkan kepalanya.

"Kau pernah jumpa mayat dia?" Jeda. Namun, Iris dapat memahami maksud Ian. Dia masih hidup. Pegangan di lengan Ian semakin longgar menyebabkan jejaka itu segera menarik lengannya dan meninggalkan Iris yang masih lagi termenung.

"Angel."

"Ya, cik Iris?"

"Perlu ke aku beritahu papa tentamg hal ni?" Soalan yang bermain di fikirannya. Apa yang harus dia lakukan selepas ini? Menjemput Flora untuk pulang? Atau.... menghapuskannya? Atau mungkin mengabaikannya?



***



Firdaus menunggu dengan risau di luar bilik wad pesakit. Dia termenung seketika sebelum seseorang datang menyapanya. Mata emerald itu menikam wajah Firdaus. Dia memandang sekeliling sebelum melabuhkan duduk di sebelah.

"Reinz."

"Cedric." Mereka tidak saling menatap, cukup sekadar berada di sebelah untuk berbicara.

"El macam mana?" tanya Firdaus. Dia belum lagi menjenguk wanita itu. Keutamaannya sekarang adalah Flora. Dia ingin menunggu sehingga wanita itu menyedarkan diri. Que melepaskan keluhan.

"She is fine. Dia dah sedar. Luka sedikit pada bahagian kepala sebab terhentak pada stereng kereta." Jawapan Que itu mengundang rasa lega sedikit di hati Firdaus. Namun, dia masih lagi menunggu doktor yang sedang memeriksa keadaan Flora keluar untuk mengetahui keadaan wanita itu.

"Reinz, kau..." Firdaus menatap ke arah Que.

"Tak apalah."

"Kenapa?"

"Tak ada apa-apa." Firdaus mengerutkan dahinya. Dia tahu ada sesuatu yang ingin diberitahu oleh Que namun jejaka itu seperti teragak-agak untuk memberitahunya. Tiba-tiba, bilik wad yang menempatkan Radha terbuka. Seorang doktor wanita keluar bersama dua orang jururawat. Firdaus segera mendapatkan mereka.

"Hur mår han, doktor?" tanya Firdaus.

"Oroa dig inte, han har kommit till besinning. Han fick endast lindriga skador. Efter 2 dagar kan han åka hem." kata Doktor tersebut. Firdaus mengucapkan rasa syukur dalam hatinya. Sebentar lagi, dia boleh masuk melawat. Cuma dia tidak pasti adakah dia bersedia untuk bertemu dengan Flora semula.

"Tack doktorn." Doktor itu menundukkan kepala sebelum berlalu pergi. Que merapati Firdaus yang berdiri di hadapan pintu wad Flora.

"Kau nak masuk?"

"Aku.. aku tak berani. Macam mana kalau aku masuk lepas tu dia tak nak tengok aku?"

"Cuba dulu. Tak cuba, tak tahu." Telefon milik Que berdering menandakan panggilan masuk. Dia mengangkat panggilan tersebut. Kedengaran suara kanak-kanak lelaki menyapa pendengaran Firdaus secara tidak sengaja. Dia menoleh ke arah Que yang sedang sibuk menjawab panggilan tersebut. Seingatnya, Que hanya mempunyai seorang anak perempuan.

"Sejak bila Cedric ada anak lelaki?"

HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]Where stories live. Discover now