• Bab 18 •

27 7 0
                                    


Flora berjalan menuju ke dapur. Dia mengambil kotak jus epal yang di dalam peti ais. Sesekali matanya melirik ke arah pergelangan kakinya yang sudah tidak dipasang dengan rantai besi. Sebaik sahaja dia bangun tidur, Hafta tiada disebelahnya dan paling menakjubkan adalah tiada rantai besi yang mengikat kakinya lagi.

Sangkanya, Hafta sudah pergi keluar. Namun, tangan kekar yang tiba-tiba sahaja merangkul pinggangnya membuatkan dia mengetahui jejaka itu masih lagi di rumah.

"Good morning." bisik Hafta di telinga Flora. Flora tidak membalas sebaliknya hanya menyibukkan diri dengan merenung kotak jus epal itu untuk membaca bahan yang terkandung dalam jus itu. Hafta mencapai gelas yang telah diisi dengan jus epal dan diteguk tanpa melepaskan Flora.

Dia ingin melihat jika Flora melarikan diri setelah dia membuka rantai besi di kaki gadis itu. Nampaknya, kepercayaan Hafta kepada Flora naik sedikit demi sedikit. Dia menarik Flora untuk pergi ke ruang tamu dan duduk bersamanya. Hari ini, mereka akan menghabiskan masa bersama dengan lebih bebas.

Flora kelihatan semakin tunduk kepada Hafta. Tembok ego gadis itu semakin terhakis pada pandangan Hafta. Gadis itu hanya memandang kosong ke arah filem yang sedang ditayangkan. Luka pada badannya semakin pulih. Dia hanya perlu bersabar sedikit lagi.

Hafta menonton filem sambil membelai rambut ikal Flora. Dia terpandangkan parut di sebalik leher gadis itu. Saat tangan Hafta ingin menyentuh parut tersebut, Flora menepis tangannya sambil menatap dingin ke arahnya.

"Don't touch it."

"Flora, I just want to see it, okay?" pujuk Hafta. Flora tersenyum sinis.

"So, you can make it more worse right?" Hafta cuba mengawal emosinya yang terpancing. Dia tidak mahu menyakiti gadisnya lagi. Dia tahu Flora kesakitan. Mental dan fizikal. Dia menarik gadis itu ke dalam pelukan. Ditepuk-tepuk belakang badan Flora untuk menenangkannya supaya tidak menyimbah minyak ke dalam api. Hafta tahu kata-kata yang keluar dari mulut Flora pasti akan menyakitkan hatinya.

"Shhh.... I'm sorry. Tak sentuh dah." Flora hanya mendiamkan diri. Dalam mindanya, ingin sahaja dia menolak Hafta. Namun, dia memikirkan keadaannya yang hampir membaik. Kalau dia mencabar jejaka itu sekarang, pasti keadaannya akan bertambah buruk dan dia akan kekal lebih lama di sini.

***

"Jangan jadi gila, Iris!" Habis berterabur pejabat itu akibat pergelutan kedua gadis itu. Iris menendang kuat perut Hana saat dia terleka. Terduduk gadis itu. Sangkanya, Iris akan membunuh dirinya di situ namun disebaliknya. Gadis itu hanya memandang sinis ke arahnya. Iris menyandarkan tubuhnya pada sofa.

"Aku memang gila. Kau je tak tahu." Puas hatinya. Dia mendekati Hana dan menolak dagu gadis itu untuk mendongak. Mata grey dan hazel itu tajam menikam sebelum pemilik mata hazel mulai tunduk. Iris menepuk bahu Hana untuk membersihkan kotoran dan menekan kesan tikamannya tadi. Hana mendesis saat merasakan lukanya ditekan kuat.

"This is warning. Pulangkan balik Flora. Kalau tak, semua ahli keluarga Alriec akan buru keluarga kau." Iris menarik keluar telefonnya dan menunjukkan gambar rumah agam tempat mama Hana tinggal berada dalam keadaan tidak terkawal. Membulat matanya memandang gambar tersebut.

"Kau....!" Rasa geram membuku di dadanya. Ingin sahaja dia menghapuskan Iris. Gadis itu sentiasa selangkah ke hadapan daripadanya.

"Jangan risau, aku tak sentuh mama kau. Tapi, lebih baik kau fikir baik-baik tentang amaran aku tadi." Langkah kaki berjalan keluar dari pejabat Hana. Iris memandang kosong ke arah pembantu peribadi Hana.  Terus gadis muda itu meluru masuk ke dalam pejabat cik mudanya.

"Cik!!" Terkejut dia melihat keadaan pejabat yang telah bersepah dan Hana yang sedang menekup bahunya yang berdarah. Kalaulah dia sempat bertanyakan tentang persetujuan Hana tentang kehadiran Iris tadi, mungkin cik mudanya itu tidak akan cedera.

"It's not your fault. Jangan risau, sikit je ni." kata Hana saat dia menangkap reaksi pembantu peribadinya yang rasa bersalah. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran Iris hari ini dia dapat mengetahui bahawa keluarganya dalam keadaan bahaya dan Alriec sedang memerhatikan mereka.

HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]Where stories live. Discover now