• PROLOG •

143 20 7
                                    


Telinganya mendengar beberapa butir perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang berada dihadapannya. Dia cuba untuk berdiri namun belakang badannya dipijak seseorang. Adiknya sendiri. Darah mulai keluar daripada mulutnya. Bibirnya diketap menahan rasa sakit akibat pijakan daripada Iris.

Semua ini berpunca daripada dirinya sendiri. Andai dia tidak cuba untuk mengubah takdir hidupnya, semua ini tidak akan berlaku. Dia adalah seorang pembunuh dan selamanya gelaran itu akan kekal di dalam dirinya. Tidak peduli sejauh mana dia cuba untuk mengubah pandangan manusia terhadapnya, semuanya akan tetap sama. Kerana..... dia adalah ahli keluarga Alriec.

"If you don't betray father, maybe you won't be like this." Dipijak kuat belakang Flora untuk menghalang tubuhnya daripada bangun. Perasaan benci meluap-luap saat dia mendengar alasan ayahnya menyuruh dia dan abangnya untuk memburu kakak mereka sendiri. Kalau sudah menjadi pengkhianat, biarkanlah sahaja dia pergi. Tetapi, Fernandez Alriec tidak mahu melepaskan Flora.

"Bring her back." arah Iris kepada beberapa orang suruhan di situ.

Saat orang suruhan mereka cuba untuk mengangkatnya, dengan kudrat yang ada dia menolak mereka dan berlari ke hujung bukit. Flora memandang ke bawah jurang bukit itu sambil mendengar derapan kaki mereka mendekatinya.

"Stop running away, Flora. You just wasting your time." kata Iris. Matanya menikam figura yang berada dihujung bukit itu yang disinari oleh cahaya bulan.

"Really? I don't think so." Flora berpaling dan terjun dari bukit tersebut. Iris terkejut dengan tindakan kakaknya segera untuk menangkap gadis itu daripada jatuh ke dalam jurang bukit namun yang dia dapat hanya cebisan kain baju milik Felora.

'Shit!'. Iris memandang ke arah belakang dan melihat abangnya yang masih kaku di situ.Tak sangka, kakaknya sendiri sanggup untuk mengkhianati ayah mereka dan terjun ke dalam jurang semata-mata untuk melindungi seseorang.

"Let's go." kata putus yang keluar daripada mulut Ian membuatkan Iris tersentak.

"But..." Terdiam Iris melihat wajah abangnya yang datar dan dingin. Terus langkah kakinya pergi meninggalkan kawasan tersebut bersama-sama orang suruhan mereka. Ian pasti kakaknya mampu untuk bertahan. Dia hanya mampu untuk memastikan keluarga mereka tidak akan mencari Flora lagi.


****

"Awak...awak..." Sayup-sayup suara seseorang kedengaran ditelinganya. Matanya dicelik untuk melihat gerangan yang memanggilnya. Perempuan. Dua orang. Namun disebabkan hentakan yang terlalu kuat menyebabkan dia tidak mampu untuk sedar terlalu lama. Mata Flora kembali terkatup rapat. Darah yang keluar dari tubuhnya juga pasti banyak.

"Macam mana ni?"

"Bawa dia balik dululah. Dah nak subuh ni." Kedua orang perempuan itu membawanya pulang ke tempat tinggal mereka. Mereka sempat melihat tatu phoenix di bahagian belakang tubuhnya yang kelihatan disebabkan bajunya terkoyak.

Salah seorang daripada wanita tersebut mengambil kain dan menutup belakang tubuhnya supaya auratnya tidak dilihat oleh orang lain. Harap-harap gadis ini mampu bertahan sehingga mereka sampai ke sana. Dia menggendong Flora dibelakangnya manakala sahabatnya memegang lampu pelita untuk menerangi kegelapan hutan itu.

"Awak, tolong bertahan. Sikit sahaja lagi kita nak sampai." bisiknya kepada Flora. Walaupun matanya telah terkatup, dia masih lagi boleh mendengar suara gadis itu berbicara.



***


"Where is her?" Semua anak buahnya menundukkan kepala. Masing-masing tidak berani membuka mulut setelah gagal menjalankan tugas mereka. Jejaka yang memerhatikan setiap seorang anak buahnya menarik picu pistolnya.

Klak!

"Answer me when I asking you!!" Bang! Seorang anak buahnya jatuh ke lantai tidak bernyawa. Iffat masuk ke dalam pejabatnya tuannya dan menyuruh mereka membawa keluar mayat tadi. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum mendekati Hafta.

"Tuan." Hafta menoleh dan memandang ke arah Iffat. Dia menunggu jawapan yang diinginkan. Iffat hanya menggelengkan kepalanya sebagai tanda gagal. Dia mencengkam kolar baju pembantu peribadinya.

"Liar!! I know she can make it! I want you to bring her back to me now!" jerkah Hafta dengan lantang. Iffat menolak kasar tangan tuannya. Dia perlu menyedarkan Hafta kalau dia dan gadis itu tidak akan pernah bersatu.

"Make it? She choose to jump off from the cliff. Keluarga Alriec sendiri pun tak sempat nak dapatkan dia. Tuan kena sedar yang tuan tak sepatutnya dari awal lagi bersama dengan dia! You guys are forbidden to love each other! Look what happened right now!"




Okay tak? ;)
Maaflah kalau kurang memuaskan.

HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]Where stories live. Discover now