Hana memerhatikan abangnya yang sibuk berkepit dengan Flora. Bukan dia tidak nampak bahawa gadis itu menolak abangnya berkali-kali namun diendahkan sahaja. Matanya tertancap pada rantai besi di atas lantai. Hana mengeluh seketika."Let's watch this one." kata Hafta sambil menekan butang alat kawalan televisyen untuk menukar filem. Mereka berdua sedang berada di ruang tamu untuk menonton filem atau lebih tepat lagi jejaka itu mengheretnya untuk menonton filem. Pinggangnya dipeluk dari tepi. Flora memandang pantulan cermin yang memantulkan bayangan seseorang. Dia dan Hana beradu pandangan sebelum gadis itu hilang dari pantulan cermin tadi.
"Kenapa ni?" Hafta membelai rambut Flora dengan lembut. Gadis itu mendiamkan diri dan tidak melayan pertanyaan Hafta. Jejaka itu mendengus perlahan. Dia bangkit dari sofa lalu mengangkat Flora untuk naik ke bilik tidur. Sekarang, jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.
Dia membuka pintu dan menutupnya menggunakan kaki. Perlahan-lahan Flora diletakkan ke atas katil. Hafta turut ikut berbaring di sebelah Flora.Tangannya memeluk pinggang ramping gadis itu. Kali ini, Flora tidak cuba untuk merungkai pelukan dan itu membuatkan Hafta hairan. Dia menatap Flora yang sedang melelapkan mata. Mungkin gadisnya keletihan. Dia menyatukan dahi mereka.
"I love you."
"Hmm." Flora yang menggumam sesuatu membuatkan Hafta merenung ke wajahnya. Dia merasakan bahawa Flora akan mula menerima dirinya semula sedikit demi sedikit.
***
Iris menolak salah satu mayat yang sedang terbaring disebabkan kemalangan yang baru sahaja berlaku tadi. Ya, itu kerjanya. Nasib baik dia sempat memutarkan keretanya tadi kalau tidak tentu mereka yang akan dirempuh dari belakang. Baju mayat itu dikoyakkan. Simbol ular.
"Cruz." kata Ian. Nampaknya, mereka mengetahui bahawa keluarga Alriec sedang menjejaki keberadaan Flora. Iris memikirkan sesuatu. Dia perlu bertemu dengan seseorang secara 'profesional'.
"Stop searching for her a while."
"Kau gila ke?! Kalau apa-apa jadi dekat dia macam mana!" Iris menunjukkan ke arah pin yang dipakai pada baju mayat tadi. Ian turut memandang ke arah itu dan perasan ada sesuatu yang berkelip-kelip warna merah dari pin itu. Alat perakam! Mereka menghantar isyarat melalui pandangan.
"It's okay. Aku rasa dia akan balik semula nanti."
"Kalau dia tak balik?" tanya Ian.
"Just assume that she already dead." balas Iris. Mereka berjalan menuju ke kereta dan berlalu pergi. Iris yakin bahawa percakapan mereka pasti didengari oleh pihak sana. Setelah beberapa minit, baru Iris memulakan percakapan.
"Teruskan pencarian. Hantar beberapa assassin dekat keluarga Cruz sebagai tanda 'terima kasih'." arahnya. Ian mengangguk dan menghantar pesanan kepada anak buah mereka.
"It's not like you hating her, right?" tanya Ian.
"Aku hanya ikut arahan." Ian menggelengkan kepala. Tipulah kalau Iris tidak peduli pada orang yang sentiasa melindungi mereka. Menjaga mereka dari kecil lagi. Semasa anak-anak lain dihantar untuk dilatih apabila telah berusia 6 tahun, mereka berdua masih lagi dijaga rumah agam itu.
"You can deny it as much as you want, but remember this. Hati kita akan sentiasa peduli dengan dia sebab masa kita perlukan pertolongan, it's only her who helping us." Iris mendiamkan diri mendengar kata-kata Ian. Keheningan melanda kereta mereka dan hanya ditemani dengan bunyi radio sahaja.
Maaf sikit sahaja update hari ni :)
YOU ARE READING
HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]
RomanceCover by: PutraRize HIDDEN SERIES 2: HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE. "Love? Does it even exist?" - Flora Hazine de Alriec. "I want her so bad. Her scent, her presence make me crazy over her." - Hafta Rienz Siapa sangka mereka mempunyai kisah silam t...