• Bab 32 •

21 6 0
                                    


Ian menatap potret wajah Flora yang tergantung di ruang tamu. Kematian Flora memberikan impak kepada seluruh empayar Alriec. Papanya juga semakin dingin dan mendiamkan diri setelah ketiadaan kakaknya. Kadangkala, dia langsung tidak dapat melihat bayangan Tuan Fernandez di rumah agam itu. Ian tahu bahawa papanya hendak menutup rasa bersalah yang berakar di dalam hati. Datuknya telah meninggal dunia akibat serangan jantung sebaik sahaja mendengar berita kematian Flora. Ian yakin kakaknya masih lagi hidup, cumanya tidak tahu di mana.

"It's better for you to be there. Bebas dari segala bebanan." Kakaknya telah lama menderita sejak dilatih untuk menjadi assassin. Latihan Flora 2 kali ganda jauh lebih berat daripada mereka. Jika mereka disediakan makanan yang cukup, kakaknya hanya makan ubi kentang untuk bertahan hidup. Dia masih ingat lagi Flora dihukum akibat gagal untuk membunuh salah seorang target mereka. Badan kakaknya dilibas kuat dengan rotan buluh sebanyak 40 kali. Itupun dia hampir nyawa-nyawa ikan sahaja.

"You miss her." kata seseorang. Ian ingin berlalu pergi namun lengannya ditahan oleh orang tersebut.

"Sampai bila kau nak buat aku tak wujud, Ian?" Iris menatap abang kembarnya. Ian tersenyum sinis lalu memandang wajah Iris. Dia merentap kuat lengannya supaya lepas dari pegangan Iris.

"Bukan kau tak kisah ke? You have your better life now. Kau dah dapat tempat dia, jadi kenapa nak peduli tentang aku? Jangan risau, aku tak berkeinginan nak ambil tempat kau. Aku bukan macam kau yang sanggup buru kakak sendiri dan patuh segala arah papa macam anjing." Kata-kata Ian itu menusuk hati Iris. Dia tahu apa yang dia lakukan dahulu salah.

Iris telah dilantik untuk menggantikan tempat Flora namun ramai kaum kerabat Alriec enggan tunduk padanya. Seolah mereka masih lagi setia dengan Flora. Sejak itu, Iris sedar betapa besar pengaruh kakaknya. Kejadian di mana Flora terjun dari bukit masih lagi segar dalam ingatan seperti kejadian itu berlaku sedangkan sudah hampir 4 tahun gadis itu pergi meninggalkan mereka semua.

Kalaulah dia berpura-pura tidak dapat menjejaki Flora, mungkin kakaknya masih lagi hidup dan akan bahagia. Disebabkan keinginan untuk mendapatkan perhatian papanya, dia telah mengorbankan sesuatu yang berharga.

Ian berjalan melepasi Iris tanpa sebarang kata. Dia hendak keluar menenangkan fikirannya yang kusut. Iris menatap potret wajah Flora dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Penyesalan, marah dan sedih. Semuanya bergabung menjadi satu.

"Aku pun rindu kau. Ian dah benci aku, Flora. Kalaulah dapat putarkan waktu, aku tak sepatutnya dengar arahan papa dan tunaikan kata-kata kau." Dia masih lagi ingat kata-kata Flora supaya membunuhnya dengan tepat. Iris mengeluh dan berlalu pergi masuk ke biliknya.

***

Hafta kembali semula ke kubur Flora. Dia membersihkan daun-daun kering di sekitar kubur itu. Dia duduk di situ selama 2 jam sebelum akhirnya dia bangkit dan ingin beredar.

"Nanti aku datang lagi."

Tiba-tiba, dia melihat sosok pemuda yang memayungi dirinya hari itu. Dia perlahan-lahan mendekati jejaka tersebut yang berada di luar kawasan perkuburan. Entah kenapa hari ini hatinya berasa agak lembut untuk menyapa jejaka itu.

"Kau buat apa dekat luar ni?" tanya Hafta. Dia dapat melihat wajah mendung jejaka itu merenung salah satu kubur di kawasan perkuburan tersebut sebelum menoleh ke arah Hafta. Dia tersenyum nipis sebelum menggosok belakang lehernya.

"Melawat seseorang."

"Siapa?"

"Ibu saya."

"Kenapa tak masuk? Boleh melawat lebih dekat." Jejaka itu menggelengkan kepala.

"She is christian." Harta mengangkat keningnya. Jadi, apa kena-mengenanya?

"You..." Sebelum sempat dia berkata-kata, jejaka itu menjawab persoalan yang ingin ditanyakan Hafta.

"I'm muslim." Hafta mengangguk kepalanya. Barulah dia faham. Tapi hari tu?

"Tapi bukan hari tu kau ada masuk ke?"

"Sebab nak bagi Encik payung. Itu sahaja. Kalau tak, saya tak masuk."

"Ooo, jadi nama kau?"

"Daniel. Encik?" tanya Daniel semula. Dia menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan dengan Daniel.

"Tak payah panggil encik. Nama aku Hafta." Hafta menyambut huluran tangan Daniel. Pertama kali dalam hidupnya, dia berjabat tangan dengan seseorang yang baru dikenalinya. Dia berasa agak selesa untuk berbicara dengan Daniel. Mereka berdua berjalan beriringan keluar dari kawasan tersebut. Hafta memberikan nombor telefonnya kepada jejaka itu sebelum memandu keretanya berlalu pergi. Mungkin sahaja mereka dapat menjadi sahabat.

HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]Where stories live. Discover now