Matanya dicelik perlahan-lahan. Rasa sakit menyelubungi tubuhnya namun digagahkan juga diri untuk bangkit. Flora melihat dia berada di ruangan yang asing. Bilik yang bersaiz besar dan bercat hitam. Matanya meliar ke sekitar bilik tersebut.Flora bangun dan dan bergerak ke balkoni untuk melihat keadaan di luar. Baru sahaja tiga tapak melangkah, pintu bilik itu terbuka. Dia mengundur beberapa langkah saat figura tersebut masuk melangkah ke arahnya.
"Good morning, my little phoenix." sapa Hafta dengan ceria. Namun, tidak begitu dengan Flora. Dia merasa jejaka itu mempunyai agenda tersendiri untuk membawanya ke sini. Hafta berhenti melangkah dan melabuhkan punggung ke atas katil.
"Come here." Dia memanggil Flora untuk mendekatinya namun diendahkan sahaja. Senyuman yang menghiasi wajahnya bertukar menjadi datar. Dia bangkit semula dan menatap tajam gadis di hadapannya.
"Be obedient, Flora."
"Let me go!" Hafta ketawa mendengar bentakkan daripada Flora. Dia menanggalkan baju kemejanya. Terlihat parut panjang yang selama ini kekal di bahagian jantung. Flora tahu mengenai parut tersebut. Kerana..... Dialah yang meninggalkan parut itu.
"Selagi parut ni ada pada tubuh aku, selagi tu kau akan tetap jadi milik aku!" Gadis itu tertawa sinis mendengar kata-kata Hafta. Flora menatap tajam jejaka di hadapannya. Jika dahulu Hafta mempercayai dirinya tentu sahaja mereka masih bersama. Namun, jejaka itu sendiri yang memilih untuk menghancurkan semuanya.
"Serve you right."
Masing-masing mendiamkan diri untuk beberapa ketika sehingga Hafta mengambil keputusan untuk keluar dari bilik tersebut. Amaran diberikan kepada Flora sebelum dia meninggalkan gadis tersebut.
"Jangan cuba larikan diri. One attempt, one of my bullet will hit you. Don't make a stupid decision, my little phoenix. Be a good girl for me." Pintu bilik ditutup rapat dan dikunci. Kedengaran suara Flora memakinya dari dalam bilik tersebut.
"Damn it!"
****
Flashback
Masing-masing bergelut. Hafta menangkis setiap serangan Flora. Gadis itu berjaya mencederakannya namun itu bukan matlamat utama. Dia hanya mencari masa yang sesuai untuk menyerang balas.
Flora yang terleka seketika apabila melihat Harta telah terbongkok menerima tendangan daripadanya diserang hendap oleh jejaka tersebut. Habis tubuh ramping itu diangkat dan dilemparkan ke meja kaca apabila gadis itu memberontak. Flora cuba bangkit daripada hentakan kuat itu dan melawan.
"Mine...stop it. You might be hurt." kata Hafta dengan nada mengejek. Flora yang menyerang Hafta sekali lagi dikejutkan dengan senjata yang tidak disangka dicapai oleh jejaka itu.
Zap!
Pedang samurai yang dibawa anak buah Cruz bersama senjata api tadi dicapai dan ditikam pada bahagian dada Flora. Darah mengalir keluar dari bahagian tersebut. Jatuh terjelepuk gadis itu ke lantai. Dia memandang Hafta dengan perasaan yang bercampur baur.
"Flora....."
"Just kill me." Hafta menghentikan langkah. Dia turut memandang Flora yang telah cedera disebabkan tingkahnya.
"Daripada aku ikut kau, lebih kau bunuh je aku!" Jejaka itu menghiraukan kata-kata Flora dan mencengkam lengan gadis itu. Dia merenung ke dalam mata grey yang tajam menatapnya sekarang.
"Never!" Sejurus itu dunianya gelap. Hafta mengangkat Flora yang telah pengsan. Dia keluar dari rumah agam itu dan mengebom kawasan berkenaan.
"Now, you only have me. " Bisiknya perlahan. Hafta berpuas hati melihat Flora yang telah pengsan dipangkuannya sekarang.
End of Flashback.
Flora memandang lama ke arah pintu. Dia perlu keluar dari sini. Persetankan badannya yang telah sakit dan cedera itu. Dia tidak boleh berada di sini kerana kelak dia tahu Hafta akan melakukan sesuatu di luar jangkauannya mahupun sesiapa. Jejaka itu langsung tidak dapat dijangka.
Okay tak?
YOU ARE READING
HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]
RomanceCover by: PutraRize HIDDEN SERIES 2: HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE. "Love? Does it even exist?" - Flora Hazine de Alriec. "I want her so bad. Her scent, her presence make me crazy over her." - Hafta Rienz Siapa sangka mereka mempunyai kisah silam t...