• Bab 1 •

61 19 0
                                    


Peluh yang menitik pada dahinya dikesat kasar menggunakan lengan. Dia perlu fokus pada pihak lawannya sekarang. Kalau dia berjaya melepasi ujian kali ini, maka dia akan mewarisi keluarga Alriec. Alriec. Keluarga yang cukup megah di sisi pandangan masyarakat. Soal kekayaan dan harta? Tentu sahaja mereka menang.

Tumbukan yang diberikan kepadanya diela dengan pantas sebelum dia turut memberikan serangan balas. Masing-masing bergelut dan sehingga akhirnya dia menggunakan cucuk sanggulnya untuk menikam pihak lawannya. Tepat pada jantung. Rambut yang berjurai menutupi matanya tidak diendahkan.

"Arghhh!" Jeritan yang bergema itu langsung tidak menarik perhatian para ketua di situ. Mereka melihat seorang wanita yang telah membunuh lebih 20 orang assasin yang diupah untuk ujian terakhir ini. Dan dia berjaya membunuh kesemuanya.

Darah yang mengotori wajah mahupun peluh yang membasahi tubuh ketika itu tidak memberikan kesan langsung kepadanya. Dia berjalan menghampiri mereka tanpa sebarang reaksi. Dingin. Well, that's how people create the monster. Para ketua di situ cukup gerun dengan bakal ketua yang dipilih mereka ini. She is different.

"Good job, Flora." Dia menoleh ke arah ayahnya. Fernandez de Alriec, ketua generasi ke 6 atau lebih tepat pada masa kini. Disebelah ayahnya, sepasang adik kembarnya sedang melihat ke arahnya. Ian dan Iris. Dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Nampaknya pewaris kali ini seorang wanita. Boleh ke, Tuan Fyrane?" tanya salah seorang ketua kepada datuk Flora. Dia hanya tersenyum nipis dan memandang ke arah cucu sulungnya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Jantina tidak membuktikan apa-apa. Kekuatan yang ada dalam diri itu menjadi bukti kelayakan seseorang ketua." Kata-kata itu mengundang pelbagai persoalan. Benarkah pilihan ketua kali ini?

"Tapi Tuan, Cik Flora seorang wanita dan...." Terdiam dia saat bertentang mata dengan Flora. Pandangan membunuh ditujukan kepada sang pembantah. Terus terkunci mulut masing-masing.

"Aku rasa tiada sebab lain untuk kita menolak pelantikan Cik Flora. Dia dah membuktikan dia layak untuk mewarisi Alriec." kata seseorang sambil memandang ke arah gelimpangan mayat tadi. Akhirnya, mereka mencapai kata sepakat dan bersetuju dengan pelantikan tersebut.



***

Malam itu, ramai ahli keluarga Alriec berkumpul bagi menyaksikan upacara penyerahan kuasa kepada ketua baru. Tidak kurang juga, ramai yang tidak berpuas hati dengan pelantikan Flora sebagai ketua keluarga mereka. Bagaimana seorang wanita mampu untuk memimpin empayar besar mereka?

Dewan yang besar itu memuatkan ramai ahli keluarga Alriec yang hadir. Mereka turut hadir itu menyambut kedatangan Flora sebagai ketua baru. Riuh seisi dewan itu apabila para ahli keluarga berkumpul. Manakan tidak jika masing-masing tidak akan bertemu di luar. Terlalu sibuk dengan urusan perniagaan dan keluarga masing-masing.

"Kau rasa Flora boleh ke jadi ketua Alriec? I mean, she is a woman." kata Shawn, sepupu Flora. Itulah yang menjadi pertikaian rata-rata di antara mereka.

"Well, she is a woman but...." Pintu gerbang dewan dibuka menyebabkan semua tetamu memandang ke arah gerangan yang melangkah masuk. Dress merah yang dipakai oleh Flora menarik perhatian para tetamu, terutamanya lelaki. Dia hanya menghiraukan pandangan semua orang.

"...she is also a devil." bisik Lien perlahan pada telinga Shawn. Bukan dia tidak kenal siapa itu Flora Hazine de Alriec. Anak perempuan Fernandez de Alriec. Kejam itu sudah sebati dengan diri gadis itu. Sama seperti bapanya. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Fernandez telah bersedia di atas pentas untuk menyerahkan kuasa kepada anak perempuan sulungnya. Flora berjalan di atas karpet merah itu dengan yakin. Aura kegelapan yang dikeluarkan wanita itu cukup untuk membuatkan ramai orang menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Dia berjalan sehingga ke atas pentas.

Fernandez mengambil sebatang besi yang telah dipanaskan di dalam bara api dan mempunyai lambang bulan sabit berdarah ditekapkan pada bahagian bahu anaknya.

Flora menahan rasa sakit akibat kesan bara api yang panas yang terdapat pada besi itu. Setelah beberapa ketika, baru besi itu dijauhkan daripadanya. Tiada bunyi selain bunyi batang besi dimasukkan semula ke dalam bekasnya bergema di dalam dewan. Fernandez menggamit anaknya untuk bangun dan dipusingkan menghadap semua orang.

"Starting from now, she is our new leader. Flora Hazine de Alriec is your new leader. All the assassin, bow on your new leader!" Terus melutut para assasin yang hadir itu ke lantai sebagai tanda taat setia akan diberikan kepada Flora. Malam itu menjadi saksi dirinya menjadi ketua baru bagi empayar Alriec. Dan ada juga yang memerhatikan dirinya dalam diam.

"I found you."

HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]Where stories live. Discover now