"Jadi, maksud kau diorang ambil Flora disebabkan Derriz bakar gudang senjata mereka?" Iris mengangguk kepalanya. Itulah hasil dapatan yang dia peroleh setelah memaksa Derriz untuk membuka mulut dengan lebih lanjut. Tuan Fernandez hanya mendiamkan diri."Why her? Kenapa tak balas dengan benda yang sama? Atau ada sesuatu yang kita tak tahu." Semua mata menuju ke arah Daniz yang memandang tangannya yang berbalut. Ian yang mendengar telahan Daniz mengangkat keningnya. Dasar tak sayang nyawa!
"What if there's her lover from the Cruz family?" duga gadis itu. Ramai ahli keluarga Alriec mula berbisik-bisik dan keadaan menjadi riuh sedikit. Kekasih? Flora? Mana mungkin! Kakaknya itu hanya tahu bekerja sahaja. Flora bertunang dengan Derriz pun disebabkan pak ciknya mendesak datuknya. Tuan Fyrane terpaksa bersetuju kerana ingin menjaga hubungan dengan anak sulungnya.
"Kau jangan pandai-pandai buat andaian yang tak munasabah." Amaran diberikan oleh Ian. Bukan dia tidak dengar bisikan-bisikan yang mulai menghakimi kedudukan Flora sebagai ketua keluarga Alriec untuk generasi ke 7. Daniz tertawa sinis mendengar amaran daripada Ian. Dia tahu jejaka itu sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk Flora.
"Why not? Siapa sahaja yang tahu apa yang dia buat sebelum jadi ketua?" Masing-masing menatap tajam. Tangan Ian telah bersedia untuk memberikan isyarat kepada assassin yang berada di sekitar mereka untuk membunuh Daniz di situ. Iris yang tiba-tiba sahaja tertawa membuatkan mereka semua terdiam.
"Kau lupa macam mana dia dilatih? Dua kali ganda jauh lagi berat daripada kita sampaikan dia sendiri tak tahu macam rasa sakit. She is heartless. Well, don't forget that our grandpa already create the monster to build this empire and make it become successful until it now."
"Iris Xiera de Alriec!" Tengking Tuan Fernandez apabila gadis itu sengaja memetik kesalahan ayahnya. Namun, Iris mengendahkan sahaja dan berlalu pergi. Kata-katanya itu mampu membuatkan seluruh keluarga Alriec mendiamkan diri. Itulah fakta sebenarnya. Berapa ramai sepupu atau saudara mereka yang lain telah dibunuh oleh Flora? Jumlahnya tidak dapat dihitung. Ian mengikuti langkah Iris untuk keluar dari situ.
"Jangan bunuh perempuan tu dekat situ."
"Kenapa pula?" Iris memegang stereng kereta dan menekan enjin kereta untuk bergerak. Kereta itu meluncur laju menjauh perkarangan rumah agam tadi.
"Kau lupa? Perempuan tu bukan darah daging Alriec pun sebenarnya. Sama macam abang dia. Tak layak langsung untuk dia jatuhkan setitik darah dekat mana-mana kawasan milik Alriec. Lagi-lagi, rumah agam atas nama mama tadi. Kotor." Mata menghala ke arah cermin sisi keretanya. Nampaknya, mereka tidak berdua.
"Kau boleh bunuh dia dekat tempat lain." Pistol ditarik keluar dari bawah kerusi penumpang dan diserahkan kepada Ian. Ian yang sedar mereka diekori segera bersedia untuk menembak.
"Let's rock and roll!" Pedal ditekan laju memotong barisan kereta di hadapan mereka. Tembakan bertubi-tubi dilepaskan ke arah mereka dan Ian membalas setiap tembakan tersebut. Iris cuba mencari peluang untuk menghadang kereta hitam di belakang mereka agar tergelincir di jalan raya.
***
Flora termenung melihat pemandangan di luar tingkap. Hendak keluar, dirinya masih lagi belum sembuh dan sangat lemah. Cis! Kalaulah dia tikam sahaja Hafta hari tu mungkin dia tidak akan berada di sini. Ketukan pada pintu diabaikan sahaja kerana dia tahu siapa yang mengetuk pintu.
Pinggangnya dipeluk dari belakang. Hafta mencium sisi kepala Flora. Wanginya.... Haruman daripada gadis itu membuatkan dia nyaman. Tangan Flora ligat ingin melepaskan diri namun semakin erat pula jejaka itu memeluknya.
"I'm so tired today...." keluh Hafta sambil menggeselkan hidung pada belakang kepala gadis itu. Flora menjulingkan mata ke atas. Macamlah dia kisah!
"Aku tak tanya dan tak peduli."
"Jom makan." Dia mengabaikan sahaja kata-kata Flora dan berjalan keluar ke ruang makan sambil memeluk gadis itu untuk mengikutinya. Berdenting bunyi rantai besi yang diikat pada kaki Flora saat mereka menuruni tangga. Panjang rantai besi itu hanya membenarkan dia berjalan sehingga ke ruang tamu sahaja.
Hafta melabuhkan punggung ke atas kerusi dan mengangkat Flora untuk duduk di atas pehanya. Gadis itu berhenti meronta apabila jejaka itu mencengkam pinggangnya. Makanan dihidangkan di hadapan mereka. Namun, tiada satu makanan pun yang dapat membangkitkan selera Flora.
"Makanlah. Aaaaaa....." Disuakan sudu yang dipenuhi dengan lauk dan nasi. Mahu atau tidak, dia terpaksa menerima suapan tersebut. Kalau tidak, mereka akan lebih lama di sini. Dia hanya ingin menjauhkan diri daripada Hafta. Kemudian, giliran Hafta pula untuk makan. Mereka berkongsi pinggan yang sama untuk makan. Berselang-seli jejaka itu menyuap ke dalam mulut Flora dan dirinya sehingga licin pinggan mereka.
Tersenyum Hafta melihat wajah Flora yang sedang mengunyah makanan. Comel! Dia mencubit sedikit pipi gadis itu. Laju sahaja tangan kecil itu menepis tangannya. Dia terus mendukung Flora beredar daripada ruang makan ke tempat lain.
YOU ARE READING
HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]
RomanceCover by: PutraRize HIDDEN SERIES 2: HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE. "Love? Does it even exist?" - Flora Hazine de Alriec. "I want her so bad. Her scent, her presence make me crazy over her." - Hafta Rienz Siapa sangka mereka mempunyai kisah silam t...