3 tahun kemudian...Azan subuh yang berkumandang menyedarkannya dari lena. Dia segera bangun dan membersihkan diri untuk mendirikan solat subuh. Wuduk diambil. Tangannya mencapai sejadah yang terletak elok di atas meja. Dia mencapai sejadah itu dan menghamparkannya ke atas lantai. Solat subuh dilakukan dengan tertib sehingga habis. Saat dia duduk berteleku di sejadah, air matanya menitis. Dia menangis mengingati dosanya di masa lalu. Tangan ditadahkan untuk berdoa kepada Allah SWT.
"Ya Allah, andai diriku seorang hamba yang daif dan hina, ampunkanlah dosa-dosa ku sama ada di masa lalu, sekarang mahupun di masa hadapan. Sesungguhnya, aku sangat lemah. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Kepadamu sahaja aku menyerahkan diriku. Aamin ya Rabbal Alamin." Doa itu diaminkan. Dia mengesat air matanya. Surah Al Waqi'ah dipilih sebelum dia mengalunkan bacaan surah itu.
Sedang asyik dia menghayati bacaan Al-Quran, pintu biliknya diketuk. Dia menghabiskan ayat terakhir sebelum bangun untuk membuka pintu. Dia mengeluarkan sedikit kepalanya di hadapan pintu.
"Radha, dah solat?" tanya seorang wanita. Dia Radha hanya menganggukkan kepala. Umi Harsya tersenyum melihat anaknya itu.
"Nanti, Radha tolong umi dekat dapur boleh? Hari ini, umi ingat nak masak ikan masak asam pedas dengan sayur campur. Tentu anak-anak umi yang lain suka bukan?"
"Baik umi." Umi Harsya berlalu pergi setelah mendengar balasan daripada Radha. Dia kembali menutup pintu biliknya. Dia berjalan perlahan-lahan untuk menuju ke katilnya. Dia meraba-raba atas katilnya sebelum melabuhkan punggung. Kenapa dia berbuat begitu? Buta. Satu kata yang cukup untuk merentap jiwanya. Jika dahulu diberi nikmat untuk melihat warna-warni dunia namun kini gelap. Dia terima dengan redha walaupun pada awalnya, dia tidak mampu menerima kenyataan. Anggaplah itu adalah bayaran di atas dosanya yang lalu.
Radha membuka telekungnya dan bergerak ke almari untuk mengambil tudung berserta niqab dan memakainya. Tongkat turut diambil sebelum dia keluar dari biliknya. Langkah diatur perlahan-lahan supaya tidak tersadung. Dia dapat mendengar suara ramai perempuan sedang berjalan pulang daripada surau.
"Kak Rad!" panggil seorang gadis. Radha tersenyum mendengar suara yang memanggil namanya. Dia berpaling dan berhenti berjalan. Itu pasti Raudah.
"Akak nak pergi mana?" tanya Raudah.
"Dapur. Nak tolong umi." Raudah segera merangkul tangan Radha dan membawanya ke dapur. Dia juga ingin membantu memandangkan hari ini dia tiada kelas. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke dapur.
***
Arak yang ada di atas meja diambil sebelum diteguk rakus. Matanya meliar ke sekitar kelab malam itu. Wanita yang cuba untuk menyentuhnya ditepis kasar. Dia bangkit dan berlalu pergi dalam keadaan terhuyung-hayang. Kereta dipandu laju tanpa menghiraukan kenderaan lain di jalan raya. Mati. Itu sahaja yang ada di fikiran mereka.
Setelah tiba di tanah perkuburan, dia melangkah masuk dan mendekati kubur seseorang. Wajah Hafta yang dingin tadi bertukar menjadi sayu apabila menatap nama yang tertulis di situ.
"Flora ..." Sungguh selama 3 tahun ini, dia terseksa. Dia merindui sosok wanita pujaannya yang telah pergi meninggalkan dirinya. Rindu separuh mati.
"Kenapa tinggalkan aku? Kau dah janji nak bersama dengan aku semula, tapi kau tipu! Bangunlah sayang... Temankan aku dekat sini. Aku sunyi." luah Hafta. Air matanya mengalir. Langit yang kelihatan mendung sejak tadi akhirnya membasahi bumi. Jejaka itu hanya membiarkan hujan membasahi tubuhnya.
Semakin lebat hujan turun namun itu tidak langsung membuatkan dia berganjak. Dia hanya ingin menemani Flora. Tiba-tiba, Hafta tidak lagi merasakan bahawa tubuhnya di basahi hujan. Dia mengangkat kepalanya. Seorang lelaki sedang memayungi dirinya. Hafta bangun dan ingin beredar. Dia berjalan keluar dari kawasan perkuburan itu tanpa bertegur sapa dengan jejaka yang memegang payung itu. Enjin kereta dihidupkan dan dia segera pergi untuk pulang ke rumah.
YOU ARE READING
HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]
RomanceCover by: PutraRize HIDDEN SERIES 2: HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE. "Love? Does it even exist?" - Flora Hazine de Alriec. "I want her so bad. Her scent, her presence make me crazy over her." - Hafta Rienz Siapa sangka mereka mempunyai kisah silam t...