Hari yang dinanti-nantikan ramai orang telah tiba jua. Hari di mana cucu sulung keluarga Alriec akan disatukan bersama seorang CEO muda yang terkenal. Ramai orang mengatakan mereka sepadan bagai pinang dibelah dua. Namun, itu hanya luaran sahaja. Flora merenung dirinya dihadapan cermin. Wajahnya sedang dirias oleh jurusolek yang diupah oleh papanya.
Dia berasa sedikit janggal mengenakan make up pada wajahnya. Ada sesuatu yang tidak kena dengan jurusolek itu. Tangannya ligat melakukan pekerjaan namun dia kelihatan sedikit risau seolah-olah sedang merancang sesuatu. Flora merenung wajah jurusolek itu menyebabkan dia kelihatan takut. Mungkin kerana risau solekannya tidak sesuai untuk Flora. Tetapi, apa yang menarik perhatian gadis itu kini ialah warna gincu yang sedikit terang dan bersinar. Seperti ada lapisan lain pada gincu itu.
Ketika jurusolek itu ingin menggunakan gincu tersebut, Flora menghentikan pergerakannya.
"Try to apply it on my lips and I will make sure you also taste the poison." Terjatuh gincu itu ke atas lantai. Terketar-ketar tangan jurusolek tersebut sebelum dia bertindak ingin melarikan namun pergelangan tangannya dicengkam kuat oleh Flora sehingga dia meringis kesakitan.
"Siapa yang arahkan kau?" Diam. Pergelangan tangan gadis itu digenggam kuat. Hampir sahaja dia mematahkan tulang tangan jurusolek itu.
"Argh! Cik...Daniz..." Perempuan tak guna tu berani betul. Tunggu sahaja nasibnya nanti. Tiba-tiba, kedengaran bunyi kekecohan diluar biliknya. Flora melepaskan cengkamannya dan memandang pelik ke arah pintu itu. Seperti ada sesuatu yang berlaku. Dia memandang sekilas ke arah jurusolek tadi yang terduduk di atas lantai.
Bang!! Bunyi tembakan dilepaskan membuatkan dia berdiri. Pistol yang ada di dalam laci di ambil dan picunya ditarik. Klak! Flora dapat merasakan seseorang akan muncul dihadapan pintunya. Tanpa dia sangka, bom asap dilontarkan ke dalam biliknya melalui tingkap. Pandangannya menjadi kabur disebabkan asap yang banyak. Bukan... ini bukan asap biasa. Gas tidur.
Dia berpaut pada kerusinya sambil menahan rasa mengantuk yang hadir. Kepala digeleng-geleng beberapa kali untuk menyedarkan dirinya.
'Lawan Flora!' Katanya di dalam hati. Kedengaran pintu biliknya dibuka. Sebelum sempat dia menoleh, Flora rebah ke lantai akibat terhidu gas tidur tadi. Seorang lelaki masuk dan melangkah menghampiri Flora yang telah pengsan. Dia tersenyum memandang gadis itu.
"My little phoenix...."
***
Terkejut Tuan Fernandez mendengar berita yang baru sahaja diterima. Rumah yang dipilih untuk menjadi tempat majlis perkahwinan Flora telah diserang dan semua keluarga dan staf Alriec tumbang disebabkan gas tidur. Ada juga yang tercedera kerana berlawan dengan orang yang datang menyerang mereka secara tiba-tiba.
Persoalannya sekarang... kenapa dan siapa? Iris memerhatikan sekeliling mereka untuk mengetahui jika terdapat mata-mata di sekitarnya. Ramai anak buah dihantar untuk melihat keadaan di sana. Mereka menunggu dengan tenang di rumah agam itu. Gadis itu sempat mengerling wajah Tuan Fernandez yang cukup kesal. Mungkin dia menyesal tidak mengadakan majlis perkahwinan itu di rumah agam mereka sahaja.
"Tuan!" jerit salah seorang anak buah Alriec yang baru sahaja tiba. Tuan Fernandez memerhatikan riak wajah anak buahnya. Pasti...ada berita buruk.
"Miss Flora....dia...." Kecut perut hendak menyampaikan berita yang satu ini. Tentu sahaja Tuannya akan mengamuk.
"Apa?"
"She is missing." Kepala ditundukkan. Semua ahli keluarga Alriec terdiam seribu bahasa. Sekali lagi Flora hilang. Tangan digenggam erat menunjukkan dirinya sedang menahan amarah daripada terletus. Hari ini sepatutnya menjadi hari yang bahagia buat dirinya kerana dapat melihat anak perempuannya berkahwin.
"Siapa yang buat semua ni?" Masing-masing begitu takut dengan aura Tuan Fernandez sekarang. Ting! Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
'Kenderaan pengantin lelaki diserang di jalanraya. We couldn't move!'- Mariel.
Mesej daripada bakal besannya itu membuatkan dia semakin marah. Entah siapa yang berani masuk campur dalam urusan keluarga mereka. Andai sahaja dia mengetahui orang tersebut, dia akan pastikan siapa pun orang itu diseksa sehingga dia puas!
YOU ARE READING
HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]
RomanceCover by: PutraRize HIDDEN SERIES 2: HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE. "Love? Does it even exist?" - Flora Hazine de Alriec. "I want her so bad. Her scent, her presence make me crazy over her." - Hafta Rienz Siapa sangka mereka mempunyai kisah silam t...