• Bab 34 •

17 6 0
                                    


Hana mengurut pelipis dahinya. Banyak betul dokumen yang perlu dia uruskan sejak Hafta menyerahkan segalanya kepada dirinya. Abangnya tidak lagi tinggal di rumah sendiri, Hana pun tidak tahu ke mana Hafta pergi. Ibunya sudah beberapa kali bertanyakan keberadaan Hafta, namun dia masih lagi tidak mempunyai jawapan untuk itu. Kepala disandarkan pada kerusi untuk merehatkan fikiran.

"Sekurang-kurangnya, tak ada pertumpahan darah yang berlaku." gumamnya sendiri. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi Puan Wein namun dia lupa kalau abangnya juga perlu dilindungi. Sekarang, Hana telah kehilangan seorang abang apabila Hafta tidak lagi mahu ada kaitan dengan Cruz. Pintu pejabatnya dibuka dan kelihatan Iffat melangkah mendekati dia.

"Cik Hana." Satu sampul berwarna coklat diserahkan. Hana menunjukkan reaksi pelik namun saat dia membaca dokumen yang ada di dalam sampul itu, dia terkejut. Dia memandang Iffat dengan penuh tanda tanya.

"Betul ke maklumat ni?" Dia ragu-ragu untuk mempercayai maklumat tersebut. Iffat menganggukkan kepala.

"She is still alive. Salah seorang anak buah kita dapat kesan keberadaan dia dekat Sweden." Flora masih hidup. Sangkaannya yang sangat mustahil menjadi kenyataan. 4 tahun yang lepas, semasa majlis pengebumian 'arwah' Flora, dia turut ada di sana. Namun, apa yang keluarga Alriec lakukan ialah mereka tidak menanam mayat sebaliknya hanya meletakkan gambar Flora di kubur.

Kata mereka, gadis itu jatuh dari tebing gaung dan mayatnya tidak dapat dijumpai. Atas alasan itu, Hana cuba untuk mengetahui jika Flora masih hidup atau bukan dan ya, dia masih lagi hidup. Hana merasakan ini akan menjadi satu berita gembira untuk abangnya namun mimpi ngeri bagi Flora. Dia dapat merasakan bahawa nyawa gadis itu bakal terancam jika ramai orang mengetahui Flora Hazine de Alriec masih hidup dan terutamanya dengan keadaan gadis itu sekarang, buta.

"Rahsiakan perkara ini daripada sesiapa." Iffat menganggukkan kepala. Dia melihat Hana membakar maklumat tadi.

"Kau tak nak beritahu Hafta?"

"How? Kita pun dah tak tahu dia dekat mana." Hana merenung kembali ke arah Iffat. Banyak kemungkinan yang perlu dia fikirkan sebelum memberitahu Hafta tentang kewujudan Flora. Sebelum itu, dia mesti tahu di mana abangnya berada.



***


Radha duduk di atas katilnya seketika. Dia baru sahaja berpindah keluar daripada Wadiyah Qaisara. Mindanya kembali mengingati kejadian sebelum dia membuat keputusan untuk keluar daripada tempat itu.


Flashback

"Maaf, saya menolak lamaran Ridzhan untuk memperisterikan saya." Jawapan Radha bagai menusuk ke kalbu. Hati Ridzhan hancur berkeping-keping. Umi Harsya tidak membantah keputusan tersebut dan hanya tersenyum. Dia tahu kalau hati itu tidak boleh dipaksa.

Radha hanya mendengar beberapa orang berbisik-bisik seakan tidak mengerti kenapa dia menolak Ridzhan untuk menjadi suaminya. Ada juga yang mengatakan dia tidak bersyukur kerana masih ada lagi orang yang mahu menerima kekurangan dirinya. Tiba-tiba, suara Ridzhan kedengaran di ruang tamu.

"Baik, saya terima penolakan awak. Tapi, awak kena keluar dari Wadiyah Qaisara." Kata-kata jejaka itu mengejutkan seisi keluarga mereka yang berada di ruang tamu.

"Han cakap apa ni?"

"Kalau dia tak nak terima Han, lebih baik dia keluar dari sini. Lagipun, takkan kita nak beri muka juga pada orang yang tak tahu menghargai. Sudahlah menumpang tapi tak tahu hargai budi orang." Radha mendiamkan diri. Dalam hatinya, hanya Allah sahaja yang tahu sakit yang dirasai.

"Han!!" Umi Harsya memandang jejaka itu dengan riak wajah tidak percaya. Hanya disebabkan lamaran ditolak, anaknya sanggup mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati seorang wanita.

"Okay." Sejurus itu, Radha bangun dan beredar ke biliknya untuk mengemas barang. Dia menggunakan telefon kecemasan untuk mendail nombor seseorang dan akhirnya, dia meninggalkan Wadiyah Qaisara. Takkanlah dia hendak menumpang lagi di tempat orang yang sudah menghalaunya. Kereta yang telah tiba dinaiki dan menjauhi kawasan tersebut.

End of Flashback.

Walaupun dia baru menjejakkan kaki di bumi Sweden ini, namun dia dapat merasakan kehadirannya seperti diperhatikan oleh seseorang. Matanya buta namun tidak dengan deria yang lain. Radha berterima kasih kepada 'seseorang' yang membantunya ke sini.

"Kau dah siap kemas?" Dia menoleh ke arah pemilik suara tersebut.

HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]Where stories live. Discover now