• Bab 24 •

21 6 0
                                    

Kakinya melangkah masuk ke dalam butik yang mewah itu. Rata-rata pelanggan di situ adalah orang ternama. Salah seorang pekerja menghampiri mereka. Senyuman diberikan kepada Flora dan Sean sebelum menguruskan pengambilan pakaian mereka. Flora melabuhkan punggung ke salah sebuah sofa di situ diikuti dengan Sean. Namun, belum sempat jejaka itu duduk, telefonnya berdering. Dia meminta izin untuk sebentar untuk menjawab panggilan.

Pekerja wanita tadi meminta Flora untuk mencuba pakaiannya terlebih dahulu. Gaun putih yang ditempah. Muat-muat mengikut bentuk tubuhnya yang langsing itu. Langsir tempat persalinan pakaian diselak oleh seseorang. Dia cuba berpaling namun tubuhnya didakap oleh seseorang dari belakang.

"Pretty like an angel." Bau minyak wangi yang pernah dihidu itu membuatkan Flora terkejut. Apatah lagi mendengar suara yang menyapa pendengarannya sebelum pipinya dicium oleh orang tersebut.

Flora cuba melepaskan pelukan namun pergerakannya terbatas kerana tidak mahu sesiapa mengetahui mereka berdua berada di ruang yang sama. Hafta ni memang gila! Tiba-tiba sahaja dia memunculkan diri! Semakin kemas pelukan jejaka itu sekaligus mengunci pergerakannya. Mereka berada dalam keadaan sebegitu sehingga suara Sean memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Flora? Awak ada dekat dalam?" Mulutnya ditekup Hafta sebelum sempat menjawab pertanyaan Sean. Jejaka itu tidak berganjak dari tempatnya. Sebentar tadi, dia diberitahu bahawa Flora sedang mencuba pakaiannya. Tetapi.... sunyi sahaja. Takkan pakai baju pun ambil masa yang lama. Dia mulai curiga ada sesuatu yang tidak kena. Langsir bilik persalinan satu persatu diselak. Bilik pertama, tiada. Bilik kedua, tiada. Bilik ketiga,...macam ada seseorang di situ. Sebelum sempat dia menarik langsir itu, tangan kekar seseorang menghalangnya.

"Bro, isteri aku dekat dalam." kata seorang lelaki di belakangnya. Sean melepaskan langsir itu dan memohon maaf. Dia berlalu pergi ke tempat lain untuk mencari Flora. Lelaki tadi kemudian pergi semula ke tempatnya. Dia merupakan anak buah Hafta yang sedang berjaga di situ. Hampir-hampir sahaja tuannya ketahuan berada di situ.

Flora yang mendengar perbualan singkat itu mengerutkan dahi. Harta melepaskan tangannya daripada terus menekup mulut Flora. Dia menyelak
langsir itu dan menarik Flora untuk keluar sekali. Dia memusingkan badan gadis itu menghadap ke arah cermin.

"It's fit you well, darling." Mata heterochromia itu menatap pantulan bayangan Flora. Jelita. Flora hanya membiarkan kata-kata itu bagai ditiup angin sahaja. Padahal hatinya sudah terusik dan itulah yang paling bahaya. Dia kemudian menolak Hafta ke belakang. Dia kembali masuk ke dalam bilik persalinan untuk menukar pakaiannya semula. Sangkanya, Hafta akan kekal menunggu dirinya namun tidak. Jejaka itu hanya meninggalkan nota yang ditampal pada cermin tadi.

'Soon.'



***

Serangan di bahagian sisi dihalang dengan pantas. Peluh yang menitik di dahi dihiraukan. Iris memandang redup ke arah kakaknya yang sedang berlatih bersamanya. Namun, ada yang pelik tentang Flora. Dia nampak seperti terganggu selepas pulang dari butik tadi. Tidak fokus. Sekali lagi, Flora termenung dan dia mengambil kesempatan itu untuk menyerangnya.

Entah mana silapnya, Flora mengesan serangan yang dilakukan Iris. Dia dengan membalikkan tubuh adiknya ke lantai. Pergerakan Iris dikunci membuatkan dia tidak mampu lagi melawan. Setelah 1 minit, baru dia melepaskan Iris. Masing-masing terbaring keletihan di lantai gelanggang.

"Kau... kenapa?"

"Hm?" Pelik pula Flora mendengar pertanyaan Iris. Jarang gadis itu bertanya perihal tentang dirinya.

"Kau nampak terganggu."

"Tak ada apa pun sebenarnya." jawab Flora dengan tenang. Dia tahu Iris akan menganalisis perkataan dan reaksinya untuk mengetahui jika dia menipu atau tidak. Namun, Flora tetap Flora. Everything are hidden well behind her. Iris hanya menganggukkan kepala. Mungkin dia sahaja yang berfikir secara berlebihan.

"Kalau satu hari nanti, kau diarahkan untuk bunuh aku. Kau buat?" tanya Flora secara tiba-tiba membuatkan Iris bangun dari baringnya dan duduk bersila.

"Ya." Flora hanya tersenyum sahaja mendengar jawapan Iris. Dia tidak akan menyalahkan adiknya jika itu yang akan berlaku di masa hadapan.

"Make sure you did it well." katanya sambil berlalu keluar dari situ. Iris hanya mendiamkan diri.

HIDDEN LOVER: FORBIDDEN LOVE [SU]Where stories live. Discover now