18- Bookstore

222 14 2
                                    

SEDARI tadi, tak henti-henti Seroja membebel tentang buku. Buku itu, buku ini. Lais pula hanya menjadi pendengar setia di sisi.

"Awak... Kenapa tak ada? Saya dah cari dekat semua rak dah". Sambil Seroja membebel, sambil itu dia mencari buku kelima dalam siri popular nukilan Sang Tinta Hitam yang sudah lama dia ingin miliki namun hapak pun tak ada. Bayang pun tak nampak. Oleh kerana itu lah, dia mengadu kepada Lais tatkala ini.

"Mungkin belum ada stok kut. Awak ambil lah buku lain dulu. Esok lusa kita boleh cari lagi". Bicara Lais seakan memujuk tatkala melihat wajah Seroja sudah mulai monyok. Jarang nampak wanita ini beriak seperti ini.

Lais faham. Seperti yang sudah diceritakan oleh Seroja tadi, wanita ini sudah lama mahu untuk memiliki buku kelima dalam siri tersebut tapi tak juga kesampaian bahkan sampai sekarang. Mungkin Seroja agak kecewa and as a good friend, he understood that.

"Tak apa la. Tak payah la buku lain. Saya ke sini untuk cari buku tu saja. Kalau tak ada, tak apa". Ni sebenarnya tengah memujuk diri sendiri ni.

"Betul ni?". Lais bertanya untuk kepastian.

Seroja lalu mengangguk.

"Lagipun, nanti kalau saya beli banyak buku baru lepastu tak baca... mama marah".

Puan Suhaila sering membebel manja tatkala melihat timbunan buku yang tidak dibaca di rak buku Seroja. Terkadang kalau tidak cukup ruang, sampai ke atas lantai diletakkannya buku-buku tak terbaca tersebut. Sampaikan Puan Suhaila menganggap bilik Seroja sudah boleh dikategorikan sebagai perpustakaan kecil di rumah mereka (which only accessible to Cahaya Seroja).

"Kenapa tak baca?".

"Bukan tak nak baca cumanya belum sempat. Saya kan kerja juga. Kalau sempat, saya hanya akan baca beberapa muka surat di waktu lapang. Tapi dalam masa yang sama, saya suka beli banyak buku. Jadi, yang lain tu jadi terbiar sementara menunggu saya habiskan buku yang sedang dibaca". Seroja menerangkan kepada Lais.

Seroja juga percaya bahawa masalah ini turut tercetus kepada majoriti ahli komuniti ulat buku di seluruh dunia. Beli buku banyak-banyak lepastu tak ada masa nak baca. Maka, terbiar lah beberapa daripada si buku-buku di atas rak, meja, lantai dan sebagainya.

Betul tak?

"Maybe you should build a library in your house. Tebuk dinding awak lepastu jadikan ruang tu ruang rahsia perpustakaan kecil awak. I could imagine it would be so beautiful". Lais memberikan sebuah cadangan sambil tersenyum kecil. Tangannya membantu menolak kerusi roda Seroja untuk ke ruangan lain di kedai buku tersebut.

"Awak bercakap macam arkitek. Salah bidang ke?". Ujar Seroja separuh menyindir. Dia tak kisah pun sebenarnya dengan idea yang diajukan oleh Lais. Bahkan, dia suka akan idea tersebut!

"Bukan salah bidang, cuma saya bercakap benda yang betul. I think reading is such a beautiful hobby and having tons of books making it more beautiful. Kalau digunakan buku-buku itu untuk buat perpustakaan kecil...even more stunning. Kan?".

Terangguk-angguk Seroja mengiyakan kata-kata Lais.

Tolakan kerusi roda terhenti pada ruangan buku ilmiah membuatkan Seroja memalingkan kepalanya ke arah Lais yang sudah berada di hadapan salah sebuah rak buku di situ.

"Awak nak cari buku juga?".

"Yep. Saya nak cari buku saya pula. Awak tunggu sekejap, boleh?". Lais bertanya lalu Seroja mengangguk. Tak sangka pula dia yang Lais suka membaca buku-buku ilmiah.

Tapi sebenarnya tak terkejut pun apabila melihat penampilan dan perwatakan lelaki ini. Lais Idraqi merupakan peguam terkenal yang disebut-sebut orang jarang kalah dalam mana-mana kes dan kerana itu lah Seroja mengambil khidmat lelaki ini untuk menyelesaikan kes cerainya di mahkahmah tiga tahun yang lepas.

Tak lupa juga Puan Suhaila pernah bercerita pada Seroja bahawa anak kawan lamanya ini merupakan graduan terbaik di universitinya. Bukan setakat selalu dekan, namun selalu mendapat pointer 4.00.

Bijak kan Lais?

Nampak biasa-biasa sahaja namun di dada penuh dengan ilmu pengetahuan. Jadi, tak pelik sangat pun kalau Lais sebenarnya suka membaca buku-buku ilmiah.

Mata Seroja mengekori figura Lais yang sibuk melihat-lihat buku yang ada di beberapa rak di bahagian ilimiah itu. Ada juga Seroja tampak lelaki itu pergi ke bahagian buku-buku keagamaan.

Sejuk hati Seroja--eh?

Macam tak kena aje...

Sedang seronok menilik anak teruna orang, Seroja terasa seperti ada yang menyepak kerusi rodanya daripada belakang. Sejurus itu, terdengar juga jeritan halus wanita yang menyepak kerusi rodanya itu.

"Hei, perempuan! You kenapa duduk dekat sini ha?!". Tanpa aba-aba, terus perempuan tinggi lampai itu berpindah ke hadapan Seroja dan menengking kuat. Habis pekerja kedai buku tersebut mengalih pandang ke arah mereka.

"Saya minta maaf, cik. Tapi saya rasa saya duduk dah cukup ke tepi ni. Ada banyak lagi ruangan dekat sebelah saya yang cik boleh gunakan". Bukan niat Seroja untuk bercakap kurang ajar namun itu lah hakikatnya. Dia sudah duduk cukup ke tepi dan di sebelahnya masih ada ruangan yang cukup besar boleh dilalui oleh si perempuan itu.

"Aku tak kira lah jalan tu besar mana pun. Kau ni menyemak, tahu tak?! Dah tahu cacat tu, duduk aje la dekat rumah!". Kuat perempuan itu menghina Seroja.

"Tolong jaga kata-kata cik. Saya--".

"Take your words back, Syaza". Belum sempat Seroja mahu membela diri dengan lebih lagi, Lais sudah datang dan mengeluarkan suaranya yang dingin berais menegur perempuan tersebut.

Eh, sekejap.

Lais kenal ke perempuan ini?

Berkerut dahi Seroja dibuatnya; memikirkan segala kemungkinan yang ada.

"Asal dekat mana ada aku, kau kena ada eh? Tak cukup ke kau menyemak dekat rumah?". Perempuan di hadapan Seroja itu tersenyum sinis ke arah Lais.

Perempuan ini pun kenal Lais?

"Tarik balik kata-kata kau dan minta maaf dengan dia, Syaza". Arah Lais sekali lagi dengan suara yang lebih tegas dan tegang.

"Kalau aku tak nak, kenapa? Kau nak tampar aku lagi? Eh dia ni siapa erk? Kau ni siapa, perempuan? Perempuan simpanan dia ke?". Wanita tersebut menuduh Seroja membuatkan Seroja terpana. Begitu besar fitnah manusia yang dilemparkan kepada manusia yang lain.

"Enough, Syaza. Stop being rude to others. Aku bukan bermaksud nak sakitkan hati kau dalam pada aku sebut tentang hal ini tapi kau kena hormat orang, Syaza. Hidup kau tak akan selalu tinggi daripada orang lain. Meskipun ya, yang mana mustahil, kau tak ada hak sedikit pun untuk menghina manusia lain. Kau kena sedar dan aku sebagai abang kau, aku kena sedarkan kau. Kalau dengan aku kau nak kurang ajar, tak apa. Tapi bukan dengan orang lain. Aku tak nak dengan sikap kau yang sekarang ini akan buat semua orang tak suka akan kau pada masa hadapan". Lais mengucapkan syarahan panjang itu dengan penuh ketenangan. Tak langsung dia melenting seperti Syaza.

Syaza di sisi lainnya mendengus kasar sebelum berlalu pergi daripada situ. Dia sakit hati dengan kata-kata nasihat daripada abang angkatnya dan dia makin sakit hati apabila Lais langsung tidak memarahi bahkan Lais menuturkan setiap kata dengan begitu tenang meskipun dengan suara yang tegang.

Dia benci apabila melihat Lais sebaik dan setenang itu!

🍁

Makin panas, makin panas!

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now