SEMINGGU berlalu semenjak pergaduhan mulut antara Seroja dan Encik Murshid. Seminggu juga lah Seroja tidak keluar daripada biliknya. Pergi ke kedai tidak, pergi terapi pun tidak. Makanan pun tunggu Puan Suhaila hantar ke bilik, baru lah Seroja makan. Kalau tidak, lambat lagi.
Sedang Seroja mengelamun memikirkan segalanya di pinggir tingkap biliknya, pintu bilik tidurnya diketuk daripada luar. Barangkali Puan Suhaila ingin menjenguk anak perempuannya ini.
"Ya?". Seroja menyahut. Malas dia mahu bangun daripada pembaringannya di katil dan duduk di atas kerusi roda untuk pergi membuka pintu maka dia sahutkan sahaja suaranya.
"Mama ni".
"Ya, mama. Kenapa?". Soal Seroja dengan penuh kelembutan.
"Ada orang nak jumpa Seroja".
"Siapa? Iman ke?".
Cakap pasal Iman...
Jarang juga gadis itu datang meluangkan masa bersama Seroja seperti biasa tetapi dia tidak lupa untuk sesekali menelefon atau menghantar mesej kepada Seroja. Iman tidak mahu Seroja merasa bahawa dia tiada di sisi wanita tersebut walaupun hakikatnya memang dia tidak dapat meluangkan masa bersama Seroja sebanyak yang dulu dek kerana jadual kerjanya yang semakin padat.
"Keluar dulu, sayang. Kesian dia dah lama tunggu". Ujar Puan Suhaila lagi.
Seroja mengeluh perlahan seraya menggumam perlahan.
Dia lalu bangun daripada katilnya dan perlahan-lahan duduk di atas kerusi roda yang terletak betul-betul di sebelah katil. Dia turut mencapai tudung sarungnya lalu dipakai.
Perlahan-lahan kerusi roda dibawa ke arah pintu bilik. Sampai sahaja di situ, tombol pintu dipulas dan pancaindera penglihatan Seroja disapa oleh wajah Puan Suhaila.
"Siapa nak jumpa Seroja, mama?".
"Lais. Dia dah tunggu Seroja dekat taman bunga dekat luar. Seroja pergi lah jumpa dia sekejap. Mama tengok, dia betul-betul risaukan Seroja". Puan Suhaila berusaha untuk memujuk meski dia tahu benar akan keputusan Seroja yang tidak mahu bertemu dengan sesiapa pada saat ini.
"Mama... Seroja dah cakap kan... Seroja tak nak jumpa sesiapa terutama sekali Lais. Kenapa mama tak suruh saja dia balik?".
"Ish... Apa cakap macam tu, Seroja? Kesian lah dekat Lais tu. Dia kan tetamu kita. Tak kan lah mama nak halau macam tu saja? Seroja pergi jumpa dia sekejap ya, sayang?". Puan Suhaila memujuk lagi seraya menggosok lembut kepala si anak.
Seroja mengangguk dalam keadaan yang teragak-agak sebelum dia memusingkan kerusi rodanya untuk menuju ke arah sebuah lagi pintu di dalam bilik tidurnya yang apabila dibuka akan terus membolehkannya keluar ke taman bunga yang disebut oleh Puan Suhaila sebentar tadi.
"Kalau ada apa-apa, mama ada di dapur". Pesan Puan Suhaila sebelum dia berlalu pergi daripada situ. Tugasnya yang pertama; memujuk Seroja untuk bertemu muka dengan Lais sudah selesai. Tinggal satu tugasan lagi.
Tombol pintu di hadapannya dipulas lalu pintu dibuka. Seroja membawa kerusi rodanya ke hadapan, keluar daripada biliknya dan ke atas ruang istimewa untuk alat yang membantunya bergerak itu.
Pusing sahaja kepalanya ke kiri, terus dia dapat melihat kelibat Lais yang sedang menunggunya di taman bunga tersebut. Tepat di tempat yang sama di mana Seroja pertama kali menemui lelaki itu semula selepas tiga tahun pada sebulan yang lepas.
Dengar sahaja bunyi kerusi roda bergerak, terus Lais mengangkat kepalanya dan melihat Seroja yang masih sahaja cantik walau hanya tersarung dengan pakaian biasa dan tudung sarung itu.
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...