22- "You Allowed Me..."

298 19 5
                                    

LAIS keluar sahaja daripada bilik air sembari mengelap rambutnya yang masih basah, dia lihat Seroja sudah siap berpakaian yang lain selain daripada baju kurung berona putih tadi. Namun, di kepalanya masih ada tersarung tudung bawal hitam.

"Lama sangat ya saya mandi?". Lais tersenyum janggal. Kesian dekat isteri sendiri. Mandi punya lama sampaikan Seroja harus menggunakan bilik air yang lain.

"Sikit la". Jujur Seroja berkata.

Lais menayangkan senyum tidak bersalahnya sebelum pergi menyangkut tuala yang sudah siap digunakan ke tempat penyangkut yang ada di dalam bilik Seroja. Dia lalu mendatangi isterinya yang sedang duduk di tepi tingkap bilik.

Sinaran malap cahaya bulan yang menembusi jendela tersebut tersiram pada wajah Seroja membuatkan dia terlihat seolah bidadari dengan wajah yang sangat menawan di mata Lais.

"Tak panas ke masih pakai tudung?". Soal Lais dengan lembut. Dia mengambil tempat di sisi katil yang sudah dihias cantik itu. Badannya direndahkan sedikit untuk berbual dengan si isteri.

"Saya malu". Seroja mengalihkan pandangan matanya daripada terus merenung ke arah sepasang iris cantik milik Lais.

"Takkan nak tidur dengan tudung? Tanggalkan je. Saya kesiankan awak, takut awak panas". Pujuk Lais. Dia tahu Seroja masih malu dengannya. Dia bukan mahu memaksa Seroja untuk menunjukkan rambutnya kepadanya cuma dia kesiankan wanita itu. Daripada siang tadi pakai tudung.

"Awak tutup mata dulu".

Lais mengangguk lalu menegakkan badannya dan menutup kedua belah matanya. Apa yang Seroja minta, akan dia ikutkan untuk memastikan wanita itu akan terus selesa bersamanya.

Seroja lalu menanggalkan tudung bawalnya dan membaiki sedikit rambutnya yang pendek separas bahu itu. Tudung yang ditanggalkan dilipat kemas lalu diletakkan ke atas meja lampu yang ada di tepi katil.

"Okay, dah. Boleh buka mata".

Lais membuka matanya dan dia disapa dengan pemandangan yang sangat indah. Seroja yang kelihatan masih malu dengannya itu terlihat sangat cantik dengan gaya rambut pendeknya.

"Cantiknya isteri saya". Puji Lais seraya mengusap perlahan rambut milik Seroja. Lembut usapannya sehingga hangatnya tapak tangan besar itu dirasakan hingga ke dalam jiwa Seroja.

"Terima kasih. Awak tak nak tidur lagi ke?". Seroja sengaja menukar topik. Tak sanggup dia kalau-kalau Lais akan memujinya lagi. Karang ada yang tidur sambil blushing. Buat malu saja!

"Awak nak tidur sekarang?". Lais membalas pertanyaan Seroja dengan pertanyaan yang lainnya.

Seroja lalu mengangguk beberapa kali.

"Okay".

Lais bangun daripada duduknya dan berdiri di hadapan Seroja yang masih lagi sedang duduk di atas kerusi roda. Terpinga-pinga pula Seroja dibuatnya. Suami dia ni dah kenapa berdiri dekat sini? Tadi macam nak tidur dah.

Terkelip-kelip Seroja memandang Lais.

"Baring lah. Yang awak berdiri dekat sini kenapa? Awak--". Kata-kata Seroja terpotong tatkala dia sudah menangkap apa yang mahu dilakukan oleh Lais. Dengan serta-merta kedua belah pipinya memerah.

"Saya boleh naik ke katil sendiri". Seroja berdehem dua tiga kali sebelum dia berkata.

"Saya tahu. Cuma awak kan dah ada suami. Biar la suami awak tolong. Boleh saya tolong awak, Seroja?".

Ini kalau Seroja tengah minum air ni, pasti tersedak! Baru sehari kahwin, suara Lais sudah semakin selembut baldu. Sebelum kahwin pun sudah lembut tapi selepas kahwin ni semakin menjadi-jadi. Jangan lah macam ni, Lais. Nanti Seroja cair!

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now