SELEPAS sahaja menunaikan solat subuh bersama Seroja pada awal pagi tadi, Lais sebenarnya berniat untuk terus mandi tetapi boleh pula dia tertidur. Mungkin kerana dia agak penat berjaga menenangkan Seroja malam tadi. Bangun-bangun sahaja, jam sudah menginjak ke pukul sembilan pagi. Lais toleh kiri dan kanan untuk mencari Seroja apabila dia perasan bahawa wanita itu tiada lagi bersamanya di atas katil.
Lais bangun daripada katil dan pergi ke arah pintu bilik lalu dibukanya. Dia keluar daripada bilik tersebut lalu berjalan ke arah dapur apabila telinganya menangkap bunyi celoteh antara dua manusia daripada arah ruangan itu.
Bilik Seroja berada di tingkat bawah berdekatan dengan dapur untuk memudahkan pergerakan wanita itu. Jadi, keluar sahaja daripada pintu bilik, terus akan terdengar apa sahaja bunyi yang dihasilkan daripada dapur.
Sampai di dapur, baru lah Lais boleh menarik nafas lega. Iya la, dia ingatkan Seroja dah larikan diri tadi. Rupanya ada sahaja di dapur sedang berbual bersama Puan Suhaila.
Teruk juga kan lelaki bila overthinking ni?
Lais menghampiri Seroja yang duduk berdekatan dengan kitchen counter lalu dia tarik kerusi di sebelah si isteri.
Bunyi tarikan kerusi menarik perhatian Seroja membuatkan wanita itu berpaling ke tepi. Terus memerah pipi Seroja. Tengok saja wajah si Lais, terus dia teringatkan kejadian dia menangis di dalam pelukan lelaki itu semalam. Seroja malu!
"Morning, wifey". Lais mengungkap kata itu dengan suara serak baru bangun tidurnya membuatkan Seroja meneguk air liur dengan kasar.
Menggoda betul! Padahal Lais ucap selamat pagi je pun!
"Eh, Lais. Dah bangun?". Puan Suhaila yang sedang sibuk menggoreng sesuatu di dalam kuali itu berpaling buat seketika apabila dia terdengar suara si menantu.
"Dah. Selamat pagi, mama. Mama masak apa tu?".
"Selamat pagi. Mama tengah goreng karipap yang mama buat ni ha. Seroja tu, tiba-tiba saja nak makan karipap mama". Puan Suhaila menjuihkan bibirnya ke arah Seroja yang masih lagi terpaku itu. Terpaku dek kerana mendengar suara baru bangun tidur suami sendiri.
"Seroja suka makan karipap rupanya. Kenapa tak bagitahu Lais? Nanti Lais boleh belajar macam mana nak buat karipap dengan mama".
Puan Suhaila tertawa kecil mendengar niat yang dituturkan oleh Lais. Lais nak belajar buat karipap? Jarang-jarang kaum Adam dengan rela hatinya nak belajar memasak ni.
"Seroja makan semua benda. Tolak batu dan kayu saja. Nanti Lais kena belajar memasak semua benda lah. Boleh?".
"Mama...". Seroja menegur tatkala Puan Suhaila membongkarkan rahsianya. Bertambah malu lah Seroja apabila Lais sudah tahu yang dia suka makan semua benda.
"Boleh. Nanti Lais belajar masak semua benda dengan mama". Lais tertawa kecil di hujungnya. Seronok pula dia menyokong Puan Suhaila yang seolah-olah sedang menyakat Seroja itu. Makin berkerut muka Seroja, makin Lais suka.
"Awak". Tawanya terhenti apabila dia dipanggil oleh si isteri. Terus Lais talakan kepalanya ke tepi.
"Saya nak tanya sikit". Sambung Seroja.
"Tanya la".
"Butang baju melayu awak semalam tu, awak custom made ke?". Salah satu perkara yang masih berlegar di kepalanya ialah perihal butang baju melayu yang mempunyai ukiran huruf-huruf yang dapat dieja menjadi namanya itu. Kalau tidak ditanya kepada tuan badan sendiri, tak terjawab lah persoalan-persoalan di minda Seroja nanti.
Lais mengangguk.
"Iya. Saya tempah khas. Nasib baik sempat siap".
"Bila awak tempah?". Tanya Seroja lagi.
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...