"WOI! Best tak kahwin?!".
Seroja yakin, suatu hari nanti tukul dan pemahat kecil yang dipegangnya ini akan tertancap juga di kepala Iman. Perempuan ini suka sangat masuk ke kedai tanpa salam dan membuat Seroja terkejut tatkala dia sedang bekerja.
"Kau baik-baik sikit boleh tak, Iman? Aku risau karang betul-betul mati kau dalam kedai aku ni nanti". Tukul dan pemahat diletak ke tepi takut betul-betul tercampak ke arah Iman. Dadanya diurut perlahan. Sungguh Seroja tak pernah tak terkejut kalau Iman datang menyergah.
"Hehe... Sorry sorry... Gurau sikit pun tak boleh". Iman menarik muncung itiknya lalu mengambil tempat duduk di sebelah Seroja.
Seroja menjeling Iman sekilas sebelum dia bertanya,
"Kau tanya apa tadi?".
Iman menayangkan semula senyum sengetnya. Ada lah tu nak mengusik!
"Seronok tak kahwin?". Perempuan itu bertanya seraya menyiku-nyiku lembut lengan Seroja. Saja dia mahu menyakat teman baiknya ini. Rindu lah katakan. Semenjak dua menjak ini, Iman jarang meluangkan masa bersama Seroja kerana terlalu sibuk. Hari ini ha baru sempat singgah ke kedai wanita itu.
"Kau tanya macam ini kali pertama aku kahwin".
"Eh, eh kau. Aku anggap ini yang pertama tau! Setakat dengan mamak menyedihkan mata duitan; si Idris tu dulu, kalau boleh aku nak hapuskan rekod perkahwinan kau dengan dia daripada memori kau dan memori aku. Biar tak payah ingat!". Baran pula Iman dibuatnya apabila dia teringatkan bekas suami Seroja yang satu itu. Dasar lelaki tak guna!
Kedua sarung tangannya dibuang sebelum Seroja berpaling ke arah Iman.
"Best lah... I mean, he's okay...". Lebih daripada okay sebenarnya. Lais melayannya dengan sungguh baik sekali. Jauh berbeza dengan layanan Idris yang terdahulu. Again, bukan nak membanding-bandingkan mereka berdua cuma Seroja teringat sahaja. Teringat akan memori pahit yang tak akan pernah padam. Dilayan seperti--sudah! Seroja dah tak mahu memikirkannya lagi!
"Okay je? Cuba brag sikit. Aku nak tahu juga". Iman masih cuba untuk mengorek cerita rumah tangga si sahabat. Iya la, diri sendiri teramat bujang. Nak buat macam mana kan?
"Sibuk je kau ni". Tangan Seroja melintasi bahagian hadapan wajah Iman untuk mengambil sepapan kayu baharu yang ada di hujung meja kerjanya. Dia ingin mula mengukir tempahan yang berikutnya nanti.
Iman masih tidak menanggalkan senyum senget yang ada di wajahnya seraya dia berkata lagi,
"Pada pendapat kau, kau suka dia better daripada Sang Tinta Hitam kau tu tak?". Iman tahu, Seroja minat sangat dengan penulis kegemarannya itu. Sampaikan Iman rasa macam Seroja ni tidur pun peluk buku-buku karya Sang Tinta Hitam. Parah benar.
Laju tangan Seroja menepuk lengan Iman. Ada ke patut perempuan tu tanya soalan macam tu? Ish, ish, ish!
"Ow! Sakit la!". Adu Iman sambil dia menggosok-gosok lengannya yang masih berlapik dengan blazer hitam itu.
"Itu makannya tanya soalan pelik-pelik. Mesti lah aku suka suami aku better. Aku kahwin dengan dia kut. Sang Tinta Hitam tu aku minat saja. Tu pun sebab buku-buku dia. Tak lebih pun".
Pam!
Meja kerja Seroja ditepuk kuat oleh Iman secara tiba-tiba membuatkan Seroja terperanjat buat kesekian kalinya pada hari ini. Boleh sakit jantung Seroja kalau macam gini!
"Kan aku dah kata! Mesti kau suka dia lebih punya daripada Sang Tinta Hitam tu".
Seroja mengerutkan dahinya.
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...