"KENAPA kita tak duduk bilik asing saja? Saya duduk dekat bawah, awak duduk dekat atas". Sudah berkali-kali Seroja memberi cadangan ini. Dia sebenarnya risau akan Lais yang harus mendukungnya menaiki dan menuruni tangga setiap hari.
Tapi setiap kali dia memberi cadangan ini, setiap kali itu lah Lais menolak.
"Kenapa? Awak tak suka saya dukung awak ke, Seroja?". Soal Lais seraya dahinya yang dibuat berkerut. Tatkala ini dia sedang mendukung Seroja menuruni tangga untuk makan malam bersama. Hari ini, Lais yang masak! Maka, teruja lah dia ingin memberi Seroja merasa masakannya.
Biasanya, akan ada pekerja yang datang memasak untuk mereka berdua kerana kata Lais, dia tidak mahu menyusahkan Seroja. Nama pekerja itu ialah Mak Siah. Akan tetapi, hari ini Lais menyuruh Mak Siah untuk tidak datang memasak dek kerana dia sendiri yang ingin melakukannya.
"Bukan macam tu...".
"Jadi awak suka la saya dukung awak?". Lais tersenyum sumbing.
"Itu bukan point saya. Boleh tak awak jangan tukar topik?". Geram pula Seroja dengan Lais ini. Orang tengah serius, dia boleh pula nak usik-usik.
Walaupun memang hakikatnya yang Seroja suka didukung oleh Lais. Oops! Terbocorkan rahsia awak pulaks! Maaf!
"Okay, okay. Sorry wifey...". Lais tergelak kecil.
"Saya cuma risau...". Seroja berbalik semula kepada topik utama yang dibualkan tadi.
"Risau kenapa?".
"Saya risau awak penat dukung saya hari-hari, turun naik tangga. Kalau kita duduk bilik asing kan senang? Takpun, kita berdua duduk saja dekat bilik bawah". Cadang Seroja lagi.
"Well, first of all... Saya tak nak duduk bilik asing dengan awak. Kita pasangan sah berkahwin dengan rela hati di dunia nyata. Bukannya pasangan yang berkahwin secara terpaksa di dunia fiksyen; yang mana perlu tidur bilik asing-asing. Kedua, saya tak suka tidur di tingkat bawah. Tak ada feel". Lais menjelaskan alasannya. Alasan pertama logik lagi tapi alasan kedua tu macam kurang valid sikit.
"Awak tak penat ke dukung saya hari-hari?".
Pertanyaan Seroja yang satu ini membuatkan Lais tertawa. Sebelum dia memberikan jawapannya, dia meletakkan Seroja di atas kerusi roda yang ada berhadapan dengan tangga utama rumahnya itu terlebih dahulu. Dia menyelimuti kaki Seroja seperti kebiasaannya dan pergi ke arah dinding di tepi tangga.
Alat kawalan jauh penghawa dingin yang ada di situ diambil lalu suhu penghawa dingin dinaikkan. Lais risau jika isterinya kesejukan.
Usai itu, dia berjalan semula ke arah Seroja dan terus memegang kedua-dua belah pemegang kerusi roda isterinya lalu ditolak kerusi roda tersebut ke dapur.
"Not at all. Dukung awak ni merupakan satu senaman. Saya dah tak payah susah-susah buat otot dekat gym". Dan baru lah dia menjawab persoalan Seroja yang tadi.
"Awak guna-gunakan saya lah ni?". Seroja berseloroh.
"I'm sure that's not how you should put the words...". Lais tertawa lagi.
Masuk sahaja ke kawasan dapur yang tidak jauh daripada tangga, terus rongga hidung Seroja disapa dengan bau-bauan yang cukup menggiurkan.
"Awak masak apa, Lais?".
Lais tolak kerusi roda Seroja buat beberapa saat lagi sebelum memberhentikannya di hadapan meja makan membuatkan mata Seroja tertancap pada pelbagai hidangan yang ada di atas meja tersebut.
Asam pedas ikan pari, telur dadar dan ulam-ulaman. Nasi putih hangat juga sudah siap disediakan di atas dua pinggan. Satu di hadapan Seroja dan satu lagi di hadapan Lais yang baru sahaja mengambil tempat duduk di samping isterinya itu.
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...