KERUSI roda yang ditolak diberhentikan di hadapan pintu rumah Seroja. Iman bergerak pindah ke hadapan sahabat baiknya dan terus menundukkan sedikit badannya untuk memudahkan proses berbual mereka.
"Kau tak apa ke duduk sorang-sorang ni? Itu lah kau, aku dah cakap jangan balik awal sangat tapi kau degil, nak juga balik awak. Laki kau dah lah tak ada dekat rumah. Ini kalau aku tinggal kau sorang-sorang ni, entah-entah aku pula yang kena bebel dengan dia. Aku bukan apa la--". Belum apa-apa lagi, Iman sudah mulai membebel.
Seroja memincingkan matanya ke arah Iman sambil menggerak-gerakkan mulutnya mengajuk gaya bebelan Iman sebelum akhirnya dia memotong kata gadis itu.
"Shh, shh. Diam sekejap boleh tak? Yang kau nak membebel macam mak nenek ni kenapa?".
"Amboi, amboi! Sedapnya mulut mengata kita ni mak nenek. Eh, aku ni risaukan kau tau! Buatnya si lelaki tak betul tu datang buat onar dekat sini pula, macam mana? Kau tu dah la sorang-sorang". Sungguh, Iman membebel kerana dia merisaui Seroja. Kejadian Seroja di tempat awam bersama Idris masih segar di mindanya. Mana tidaknya, video yang dimuat naik ke Internet oleh salah seorang orang awam di situ tular kut! Tak tunggu Seroja cerita pun, Iman sudah tahu.
"Aku okay la. Mak Siah ada dekat dalam". Seroja cuba untuk mengurangkan kerisauan Iman.
"Tukang masak kau tu?".
Seroja mengangguk.
Iman melepaskan keluhannya sekali sebelum dia membaiki posisinya untuk berdiri tegak semula di hadapan Seroja.
"Okay lah kalau macam tu. Aku balik dulu tau?". Iman memegang sebelah daripada tangan Seroja. Setiap kali ingin 'berpisah' dengan Seroja, berat sahaja hati gadis ini. Al maklum lah, Iman Nasuha ini mempunyai attachment issues dengan sahabat baiknya.
Seroja mengangguk.
"Terima kasih hantar aku balik". Tidak pernah lupa Seroja untuk mengucapkan kata penghargaan itu.
"Gaji nanti aku claim dengan laki kau". Iman berseloroh seraya melangkah menjauhi pintu hadapan rumah Lais dan Seroja. Dia sebenarnya agak bergegas untuk masuk semula ke pejabat dek kerana waktu makan tengahari yang sudah semakin menghampiri penghujungnya.
Seroja melepaskan tawanya.
"Bye, babe!". Pekik Iman membuatkan dahi Seroja berkerut seraya dia tersenyum ke arah sahabat baiknya itu. Tak sampai dekat pintu pagar pun lagi, dah nak memekik.
Seroja mengangkat tangannya separas bahu lalu dia melambai ke arah Iman sehingga bayang gadis tersebut sudah hilang daripada pandangannya, masuk ke dalam kereta.
Apabila kereta Iman hilang daripada perkarangan rumahnya, baru lah Seroja memusingkan kerusi rodanya lalu tangannya naik mengetuk pintu hadapan yang masih tertutup.
"Assalamualaikum, Mak Siah. Seroja dah balik ni".
Tiada jawapan.
Seroja kepelikan.
"Assalamualaikum, Mak Siah. Seroja ni!". Seroja menguatkan sedikit suaranya. Bimbang jika Mak Siah sedang berada di dapur dan tidak berapa dengar.
Tetap sahaja tiada jawapan.
"Assa--".
Baru sahaja Seroja ingin mengucapkan salam buat kali ketiga, terdengar kunci pintu dibuka daripada dalam. Sesaat kemudian, pintu itu terbuka luas dan memunculkan...
"Awal pula kau balik harini". Syaza menyuarakan katanya dengan suara yang seolah-olah tidak senang dengan kepulangan Seroja.
"Eh, Syaza? Bila sampai? Ibu ada datang juga?". Jujur, Seroja agak terkejut dengan kehadiran Syaza di dalam rumahnya tatkala ini.
YOU ARE READING
CAHAYA SEROJA ||©
RomanceCahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana kead...