33- Annie: Almost Exposed

267 13 3
                                    

SEORANG wanita berumur dalam lingkungan 50-an kelihatan sedang memandang ke kiri dan kanan sebelum masuk ke dalam kedai Seroja. Apabila tiada manusia yang dibimbangi untuk menghalangnya, dia terus pergi ke kaunter utama kedai untuk menemui pekerja di situ.

"Ini kedai Cik Cahaya Seroja kan?". Wanita itu bertanya sebelum sempat pekerja penjaga kaunter bernama Aulia itu memberi kata sapaannya.

Aulia tersenyum kemudian mengangguk.

"Ya, ini kedai Cik Seroja. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?". Aulia bertanya dengan sopan kerana dia melihat wanita di hadapannya ini kelihatan seperti gelisah semacam saja. Sekejap tengok kanan, sekejap tengok kiri. Seolah ada yang memburunya.

"Saya nak jumpa dia sekejap boleh?".

"Puan nak jumpa Cik Seroja?". Aulia bertanya untuk kepastian lalu wanita itu mengangguk dengan laju. Tangannya kemas mencengkam sesuatu yang dilihat seperti sekeping sampul surat.

"Tunggu sekejap ya, puan. Saya nak tanya Cik Seroja dahulu".

Apabila mendapat anggukan daripada si wanita, Aulia terus keluar daripada bahagian belakang kaunter dan berjalan ke arah Seroja yang sibuk mengukir di sebuah meja ukiran di bahagian hujung kedai.

Mata wanita tadi hanya mengikuti segala gerak langkah Aulia sambil dia lagi-lagi melilau ke kanan dan kiri untuk memastikan bahawa dia tidak diekori. Dia risau jika dia tertangkap.

Sampai sahaja di samping Seroja, Aulia terus menyapa.

"Kak Seroja".

Seroja berpaling dan melihat ke arah Aulia.

"Aulia. Kenapa?".

"Ada orang nak jumpa Kak Seroja". Aulia menyampaikan hajat wanita tadi kepada Seroja.

"Siapa? Suami saya ke? Atau Iman?". Biasanya, dua manusia itu sahaja yang gemar untuk melawatnya di kedai. Lagi-lagi Iman.

Aulia menggeleng.

Hm, ini pelik bagi Seroja.

"Siapa kalau bukan mereka berdua?". Seroja bertanya lagi.

"Saya pun tak tahu, kak. Tapi dia wanita umur baya-baya Cik Su. Nampak macam urgent sangat dia nak jumpa akak".

Seroja mengangguk.

"Okay lah kalau macam tu. Suruh dia jumpa saya dekat sini". Kata Seroja seraya meletakkan alat mengukirnya ke atas meja dan membuang kedua sarung tangan yang dipakai. Sebuah ukiran bermotifkan bunga rafflesia yang sudah hampir siap itu ditolak ke bahagian tepi meja. Dia kemudiannya menyapu habuk-habuk kayu yang melekat di kedua tangannya.

Aulia mengangguk dan berlalu pergi untuk memaklumkan respon majikannya kepada wanita yang sedang menunggu di bahagian hadapan kedai.

"Puan". Aulia memanggil si wanita sebaik sahaja dia sampai di hadapannya.

"Macam mana? Boleh ke kalau saya nak jumpa dia?". Tanya si wanita dengan kegelisahan yang hebat. Dia betul-betul tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu dengan Seroja buat kali ini. Jika bukan sekarang, bila lagi? Sampai bila dia mahu menanggung beban ini?

Aulia mengangguk.

"Puan boleh jalan straight lepastu belok ke kanan. Cik Seroja ada di meja mengukirnya di hujung kedai". Aulia tersenyum manis sembari dia memberi petunjuk arah untuk si wanita di hadapannya.

Wanita tersebut mengangguk dan bergegas ke arah Seroja membuatkan dahi Aulia berkerut.

Kenapa wanita itu terlalu tergesa-gesa?
Kenapa wanita itu kelihatan seperti sangat gelisah?

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now