34- Never Enough of Apology

285 17 1
                                    

"LAIS".

Langkah Lais yang baru sahaja ingin masuk ke dalam bangunan pejabat tempat dia bekerja itu terhenti tatkala dia mendengar suara yang sangat tidak asing baginya. Lais berpaling sahaja ke belakang dan dia melihat figura ayah mertuanya; Encik Murshid berdiri tegak di situ.

"Papa?". Lantas Lais menyalami tangan tua itu.

"Lais baru nak masuk kerja?". Soal Encik Murshid dengan suaranya yang agak janggal. Dia sebenarnya ada benda yang ingin dibincangkan dengan menantunya ini.

"Ya, papa. Lais baru saja nak masuk ni. Tadi sempat hantar Seroja ke kedai dulu. Kenapa, pa?".

"Lais dah sarapan? Kalau belum, papa nak ajak Lais sarapan dekat-dekat sini". Encik Murshid tiba-tiba sahaja menyatakan ajakannya membuatkan Lais dengan serta-merta melirik jam di tangan.

Sudah pukul 8.18 pagi. Dia sepatutnya masuk kerja tepat pada pukul sembilan pagi. Sempat lah kut minum kopi sekejap dengan ayah mertua.

"Lais dah sarapan tadi tapi Lais boleh saja kalau nak teman papa. A cup of coffee wouldn't hurt, would it?". Lais tersenyum lalu Encik Murshid mengangguk.

Mereka berdua lalu bergerak ke arah sebuah kafe yang terletak tidak jauh daripada bangunan law firm tempat Lais bekerja.

🍁


"PAPA sebenarnya ada benda yang nak dibincangkan dengan Lais". Ujar Encik Murshid sebaik sahaja dia meletakkan semula cawan kopinya ke sebuah piring kecil di hadapannya.

"Lais tahu. Kalau tidak, tak pula papa cari Lais pagi-pagi ni kan? Papa pun mesti nak masuk pejabat". Lais tersenyum membalas kata Encik Murshid. Tangannya mencapai tangkai cawan kopinya untuk dihirupnya minuman hangat tersebut.

Lais sudah agak. Encik Murshid mengajaknya untuk 'minum-minum' bukan kerana mahu sarapan sangat sebenarnya melainkan ada benda yang mahu dibincangkan oleh orang tua itu bersama Lais.

Topik perbincangan mereka yang pertama naik ke kepala Lais tatkala ini adalah berkenaan Cahaya Seroja. Isterinya. Anak perempuan kepada Encik Murshid sendiri.

Encik Murshid berdehem beberapa kali sebelum dia mengeluarkan sebuah sampul surat yang agak tebal daripada beg bimbit yang dibawa bersama olehnya. Sampul surat tebal itu kemudiannya diletakkan ke atas meja yang memisahkan kedudukan mereka berdua.

Lais musykil.

Lais kepelikan.

Man was confuse.

Untuk apa sampul tebal tersebut dikeluarkan dan diletakkan betul-betul di hadapan mukanya? Apakah isi sampul surat itu?

"Lima ribu ringgit. Consider it as a deposit. The rest... papa akan transfer sendiri ke akaun bank Lais. Jumlahnya papa janji tak akan kurang daripada lima puluh ribu ringgit. Kalau Lais nak lebih lagi, papa boleh-".

Lais tak habis terkejut lagi, Encik Murshid sudah memasukkan bermacam-macam isi ke otaknya. Sudah semacam Lais berada di dalam Domain Expansion: Infinite Void milik salah seorang daripada karakter fiksi daripada anime Jujutsu Kaisen. Pening kepalanya mahu menerima satu-satu informasi yang cuba disampaikan oleh si ayah mertua.

"Duit apa ni, papa?". Lais memotong percakapan Encik Murshid.

"Papa terpaksa buat macam ni, Lais. Papa takut-".

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now