[WRITTEN ON 30 MARCH 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
DATIN FATIMAH MEMUJUK Rais untuk keluar bersama Talita. Ini bukan kali pertama dia memujuk dan mendesak Rais membawa anaknya keluar, sudah banyak kali. Rais pula bukan tidak pernah mencuba, sudah banyak kali tetapi Talita sentiasa memberi alasan dia sibuk. Rais tidak bodoh untuk faham maksud penolakan daripada Talita, jelas gadis itu tidak berminat padanya lebih daripada seorang kawan.
Rais serabut didesak hampir setiap hari oleh Datin Fatimah untuk keluar bersama Talita.
Bunyi deringan telefon bimbit peribadinya itu membuatkan Rais terganggu daripada membuat kerjanya. Dia melihat panggilan masuk daripada Datin Fatimah. Rais mengeluh berat, dia matikan telefon bimbitnya. Deringan telefon terhenti, Rais kembali fokus pada kerjanya.
Tepat sejam kemudian, ada ketukan di pintu pejabatnya, belum sempat dia membuka mulut, pintu itu diterjah pendatang dari luar. Rais mengangkat wajahnya melihat Datin Fatimah sudah masuk ke dalam pejabatnya bersama pembantu peribadinya yang sudah berwajah kelat itu.
"Maaf, bos. Datin Fatimah urgent nak jumpa bos, jadi saya tak sempat nak halang—"
"Tak apa. You boleh keluar. Thanks Ain." Rais melihat Ain berlalu keluar dari pejabatnya sambil menutup pintu. Datin Fatimah mendekati meja Rais dengan riak tidak bersalah.
"I ada call you banyak kali, Rais. Macam mana? You dah pujuk Talita ke belum?" Datin Fatimah ambil tempat duduk di kerusi depan meja kerja Rais.
Rais meraup wajahnya dengan riak tertekan. Datin Fatimah buat dia rasa lebih tertekan berbanding kerjanya yang bertimbun itu.
"Datin, berapa kali saya nak cakap? Talita tak berminat dengan saya dan saya pun tak mahu paksa dia untuk suka saya." Rais merenung wajah wanita separuh abad itu dengan pandangan yang tajam dan beku. Dia berpeluk tubuh membalas renungan Datin Fatimah.
"You boleh usaha, kan? Cubalah pikat dia. Tunjuk you minat dekat dia. You boleh mula dengan tanya anything about her favorite. Mungkin dia akan terbuka hati untuk you." Datin Fatimah memberi cadangan. Nampaknya dia sudah tidak boleh faham apa yang Rais jelaskan tadi. Talita tidak berminat dengan Rais.
Rais berdecit sinis. Dia memandang Datin Fatimah dengan riak sinis.
"Her favorite? Maybe I should ask you about that since she's your daughter, right? Atau Datin tak tahu semua kegemaran anak sendiri?" Rais memerli Datin Fatimah. Bukannya dia tidak tahu, wanita itu tidak menyukai anaknya sendiri. Buktinya, kalau sayang, dia tidak akan terdesak menyuruh Rais memikat Talita, padahal Talita jelas tidak bersetuju dengan dia.
"Watch your mouth, Rais!" Datin Fatimah sentap, matanya mencerlung tajam menikam Rais. Dia bangun dari kerusi itu dengan gaya tidak puas hati.
"Kalau you tak mahu Talita, ada ramai lagi yang mahukan dia!" Datin Fatimah berjalan mahu keluar dari pejabat itu, langkahnya penuh dengan rasa amarah. Rais membuka mulut sewaktu Datin Fatimah memulas tombol pintu pejabatnya.
"Anak adalah amanah daripada Allah, Datin. Bukan barang yang Datin boleh campak mana-mana saja. Ibu jenis apa yang sanggup campak anak macam bola? Tak dapat gol sini, Datin nak sepak ke gawang gol orang lain pula? I feel bad for Talita." Datin Fatimah sentap mendengar bidasan senada daripada Rais. Dia membuka pintu itu dan hempas dengan kasar seraya keluar dari pejabat itu.
Rais mengeluh kecil sambil menggeleng kepalanya.
TALITA KETAWA MELIHAT Zayan yang sudah mencebik bibir apabila sudah lima kali kalah bermain UNO dengannya. Sudah banyak kali Talita mahu berhenti bermain kerana tidak mahu mencederakan ego Zayan yang sudah kalah berulang kali, tetapi lelaki itu berkeras mahu teruskan permainan.
YOU ARE READING
JEJAKA NERD [ONHOLD]
Lãng mạnSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...