Prolog

732 46 3
                                    

KACA mata hitam yang dipakainya dibaiki sedikit, lalu gadis yang bernama Tengku Balqis Harris itu mula menolak bagasi milik ke luar lapangan terbang.

Dia baru sahaja pulang ke tanah airnya sendiri selepas 5 bulan dia berada di Jepun. Anak mata melihat sekeliling, mencari seseorang yang sepatutnya menjemputnya di sini.

"Haih... Mana abang Qayyum ni?" Tengku Balqis jatuhkan kepala melihat ke arah jam tangan. Sudah hampir pukul 6 petang.

Semasa Tengku Balqis melihat sekeliling, matanya tidak sengaja tertumpu pada seorang lelaki bertubuh besar sedang mencari bagasi.

Cara pemakaian lelaki itu sudah jelas menunjukkan yang lelaki itu adalah juruterbang.

"Eh... Kenapa muka dia tu macam kenal?" gumam Tengku Balqis seorang diri.

"Siapa?"

Satu suara garau seorang lelaki mengejutkan Tengku Balqis, dia berpaling ke tepi, rupanya abang sulungnya yang menegurnya.

Tengku Qayyum Harris.

"Kau lambat kenapa?" soal Tengku Balqis kepada abangnya yang masih mencari-cari siapa yang dilihat oleh adik bongsunya.

"Kerja." ringkas Tengku Qayyum menjawab.

Tengku Balqis memandang ke tepi, ingin mencari semula lelaki yang di nampak tadi namun bayang-bayang lelaki itu sudah hilang.

"Jomlah balik, aku penat." adu Tengku Balqis.

"Kesian ye penat? Nak abang angkat bagasi tu?" pelawa Tengku Qayyum.

"Nak!" Tengku Balqis senyum lebar.

"Angkat sendiri." kata Tengku Qayyum lalu terus pergi meninggalkan Tengku Balqis. Adik mendengus geram dan menghentak-hentak kakinya membuatkan Tengku Qayyum ketawa kecil.

~~~

TUBUH badan yang lesu, dihempap ke atas sofa, penat akibat perjalanan yang jauh. Tengku Balqis baru sahaja ingin terlelap namun ada seseorang menyeru namanya.

"Balqis!"

"Huh?" Tengku Balqis mencelikkan matanya semula, dia nampak kelibat syurganya berjalan ke arahnya.

Tengku Balqis senyum tipis sebelum dia bangun dari berbaring dan duduk dengan elok. Bonda Tengku Balqis atau namanya Tengku Fadiyah Galvin terus menarik anak perempuan masuk ke dalam pelukannya.

"Bonda! I miss you!" adu Tengku Balqis.

"I miss you too, daughter!" Tengku Fadiyah bertindak mencium seluruh wajah Tengku Balqis membuatkan anaknya ketawa.

Malah Tengku Balqis merelakannya, sudah menjadi tabiat bondanya.

"Macam mana? Urusan dekat sana dah selesai?" tanya Tengku Fadiyah.

"Dah! Adik dah habis belajar, dah tak perlu hadap assignment lagi. yeayyy!!!" sorak Tengku Balqis dengan gembira.

"Jangan gembira sangat, jawatan CEO dekat syarikat tu awak punya, okay? Nanti nak kena hadap kerja pula." kata Tengku Fadiyah.

Tengku Balqis terus bermasam muka, dia baru je nak duduk rumah goyang kaki je. Lalu Tengku Balqis perasan yang bondanya selalu tersenyum-senyum.

"Happy je bonda hari ni? Ada apa-apa ke?" soal Tengku Balqis.

Tengku Fadiyah senyum semakin lebar.

"Yep! Tadi Mak long awak call, dia jemput kita semua malam malam dekat sana nanti." jawab Tengku Fadiyah.

"Ye ke? Lama tak pergi sana! Nanti bolehlah main dengan Nuh!" sorak Tengku Balqis.

"Oh lagi satu kan, Faaeq dah balik dari New York." ujar Tengku Fadiyah.

Senyuman Tengku Balqis terus mati. Faaeq? Dah balik?

"Kenapa mamat sombong tu tiba-tiba balik?" soal Tengku Balqis, hilang terus semangat ingin ke rumah mak long.

"Dah ini negara dia, memanglah dia balik. Lagi satu awak lupa ke? Bulan depan ada pelancaran syarikat baru pak long. Dia kena ada lah." jawab Tengku Fadiyah panjang.

Tengku Balqis mencebik tidak suka, nanti mesti pasti terpaksa ikut kalau dia tiba-tiba cakap tak nak.

"Tak payah nak mencebik sangat, bukan bonda suruh awak berdua kahwin. Yang awak tak suka sangat dengan dia tu kenapa?" soal Tengku Fadiyah.

"Bonda tahukan dia tu macam mana. Masa kecil dulu dia suka buat adik nangis. Dah lah sombong, angkuh, selfish." kata Tengku Balqis.

"Budak ni, tak baiklah cakap macam tu... Itu dulu, waktu awak dengan dia tak matang lagi, budak-budak lagi. Sekarang dah lain." balas Tengku Fadiyah.

Tengku Balqis mencebik lagi, bondanya ini suka sangat dengan si sombong tu. Saka apa dia guna pun tak tahu.

"Okaylah bonda, adik nak masuk bilik. Nak mandi, nak tidur sekejap. Penat." adu Tengku Balqis.

"Ye lah, nanti bonda kejutkan." ringkas Tengku Fadiyah menjawab.

Tengku Balqis bangkit dan mencapai semua barang-barangnya, deringan telefon bimbit mula memecahkan suasana ruang tamu yang sunyi.

"Siapa call tu?" tanya Tengku Fadiyah.

Tengku Balqis tidak menjawab, malah dia tersenyum lebar melihat gerangan yang menelefonnya.

"My boyfriend!" jerit Tengku Balqis.

Tengku Fadiyah menggeleng kecil melihat anak perempuannya yang berlari naik ke bilik tidurnya.

"Boyfriend lah sangat... Bercinta je pandai, kahwin tak nak." gumam Tengku Fadiyah.

" gumam Tengku Fadiyah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

________

kalau hampa, cakap

Fake LoveWhere stories live. Discover now