SEPERTI yang dijanjikan, Tengku Balqis dan Tengku Faaeq akan bertemu hari ini, di sebuah restoran. Tengku Balqis agak lambat kerana dia terlupa, ini kepada abang keduanya ada di rumah.
Tengku Balqis ralit bermain dengan anak saudaranya tadi.
Dengan langkah laju Tengku Balqis mencari-cari dimana Tengku Faaeq berada, lalu dia ternampak seseorang lelaki berbahu lebar dan memakai baju t-shirt hitam.
Tengku Balqis terus menghampiri lelaki itu, sangkaan dia benar, itu Tengku Faaeq.
"Sorry, lambat sikit." sapa Tengku Balqis dan duduk dihadapan Tengku Faaeq.
"Tiada sorry bagimu, kau tahu tak dah satu jam aku tunggu kau?" tanya Tengku Faaeq dengan dingin.
"Alah! Relax dah lah, aku lambat sebab Qaiser minta aku jaga anak dia." jawab Tengku Balqis.
Tengku Faaeq tidak percaya dengan semua itu, macamlah dia tak tahu yang perempuan kalau bersiap memang lambat.
"Cepatlah, apa plan kita?" tanya Tengku Balqis, dia malas ingin membuang masa, lagi-lagi bersama dengan Tengku Faaeq.
Lainlah kalau Emer yang berada di hadapannya sekarang.
"Macam kau tahu, mummy aku yang aturkan temu janji ni tapi jangan risau, aku pun ada letak syarat masa aku terima semua ni." kata Tengku Faaeq.
"Syarat apa?"
"Tak ada pembantu atau orang lain yang ikut, maksudnya tak ada mata-mata lain yang tengok kita." jawab Tengku Faaeq.
Tengku Balqis mengangguk kecil.
"Okay... Siapa perempuan yang kau kena jumpa ni? Kalau dia kenal aku macam mana?" tanya Tengku Balqis.
"Ini maklumat tentang dia, mummy aku yang bagi." Tengku Faaeq menghulurkan satu fail nipis kepada Tengku Balqis.
Fail itu diambil oleh Tengku Balqis lalu diselak satu-persatu. Macan ni ke kalau temu janji? Siap ada maklumat lengkap lagi.
Dimuka depan fail itu, terdapat satu gambar, gambar seorang perempuan yang tidak bertudung, bagi Tengku Balqis gadis ini sangat cantik. Terdapat nama dan beberapa maklumat lain di bawah.
Nama: Tuan Najwa Zulaikha binti Tuan Najmi.
Umur: 25 tahun.
Pekerjaan: Pengarah Syarikat Najmi Holding.
"Dia ni anak aunty Dania, kan? Semua orang panggil dia Wawa." ujar Tengku Balqis.
"Ye, kau kenal dia. Dia kenal kau jugak?" tanya Tengku Faaeq.
"I don't know, aku pun dah lama tak nampak dia lepas tamat sekolah dulu. Kitaorang sama sekolah tapi umur dia berbeza dengan aku... Aku tak rasa dia kenal aku, sebab aku pergi Jepun." jawab Tengku Balqis.
"Okay. Lebih baik kalau dia tak kenal..." Tengku Faaeq mengambil sesuatu dan diletakkan di atas meja.
Tengku Balqis melihat ke arah tangan Tengku Faaeq, ianya satu kotak kecil. Semua orang kenal kotak itu, itu kotak cincin.
"Nah..." kotak berwarna navy blue itu dibuka oleh Tengku Faaeq.
Tengku Balqis terkebil-kebil sekarang, kenapa dia rasa seperti Tengku Faaeq sedang melamar dia sekarang? Pandangan Tengku Balqis jatuh ke arah cincin yang berada di dalam kotak.
'Cantiknya..' bisik hati Tengku Balqis, ianya sangat cantik! V ring berwarna silver.
"Untuk siapa?" tanya Tengku Balqis.
"Untuk kaulah, nanti kalau Wawa ni tengok kau tak pakai cincin, kantoilah." Tengku Faaeq mula berdiri, dia berjalan ke sebelah Tengku Balqis.
Semakin terkebil-kebil Tengku Balqis apabila dia melihat Tengku Faaeq sedang melutut di tepinya sekarang.
YOU ARE READING
Fake Love
RomanceNew story... Tengku Faaeq Qalvin - Sombong, angkuh, matang, dingin, ego, pentingkan diri sendiri. 35 tahun. Tengku Balqis Harris - Mesra tapi tegas, tidak suka pedulikan orang lain dan suka buat halnya sendiri. 29 tahun. SINOPSIS "I nak you jadi my...