FL | 17

399 43 0
                                    

TENGKU Faaeq berdiri di hadapan satu bangunan besar dan megah, milik ibu saudaranya, bonda kepada Tengku Balqis. Dia ke sini untuk berjumpa dengan Tengku Balqis, dan dia tahu Tengku Balqis sudah mula bekerja semula lima hari lepas.

Tanpa membuang waktu, dia terus masuk ke dan menuju ke arah lif, dia dapat rasakan dirinya diperhatikan oleh orang sekelilingnya namun dia hanya biarkan.

Masuk ke dalam lif, Tengku Faaeq menekan butang dan lif itu membawanya ke tingkat paling atas, pejabat Tengku Balqis. Bila lif itu berhenti dan pintu lif dibuka, Tengku Faaeq melangkah keluar dan berjalan ke arah pejabat Tengku Faaeq.

"Tengku, ada apa ye Tengku datang?" sapa seorang perempuan yang berada di hadapan pejabat Tengku Balqis, setiausaha Tengku Balqis.

"Tengku Balqis ada?" soal Tengku Faaeq.

"Ada, tapi dia minta tak nak diganggu."

Tengku Faaeq angkat kening, tidak mahu diganggu? Baguslah, dia rasa nak ganggu gadis itu bekerja sekarang.

"Saya datang nak bincang tentang cawangan dekat Jepun." kata Tengku Faaeq.

"Sekejap ye, Tengku. Saya pergi bagitahu Tengku Balqis sekejap." gadis itu mahu pergi ke pejabat Tengku Balqis tapi dihalang oleh Tengku Faaeq.

"Jangan, biar je saya masuk. Awak pun tahu saya pada dia, kan?" soal Tengku Faaeq, agak dingin, dia kehilangan rasa sabarnya untuk menunggu.

"Hmm.." gadis itu nampak ragu-ragu namun dia biarkan sahaja.

"Baik, Tungku boleh masuk."

Tengku Faaeq tersenyum sinis namun hanya sekejap, lalu dia bergerak masuk ke dalam pejabat Tengku Balqis tanpa mengetuk terlebih dahulu. Tengku Faaeq tidak membuat sebarang suara dan dia ternampak Tengku Balqis sedang menulis sesuatu di meja kerjanya.

Gadis itu nampak fokus bekerja dan tidak menyedari Tengku Faaeq di sini.

"Rajinnya bekas tunang aku ni buat kerja..." Tengku Faaeq melangkah ke arah Tengku Balqis.

Tengku Balqis nampak terkejut dan terus mengangkat wajahnya, matanya membulat melihat Tengku Faaeq di sini.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Tengku Balqis.

"Bincang hal kerjalah, tak kan hal kahwin pula." perli Tengku Faaeq, lalu dia terus duduk di atas kerusi berhadapan dengan meja Tengku Balqis.

Tengku Balqis menjeling, dia tanya je kan?!

"Aku nak bincang pasal cawangan dekat Jepun tu." ujar Tengku Faaeq.

"Kenapa pula kau nak ambil tahu hal dekat sana?" bidas Tengku Balqis semula.

Tengku Faaeq mengeluh kecil.

"Kau lupa aku menyumbang terbesar dekat syarikat tu? Kau lupa aku yang tolong kau selama ni?" soal Tengku Faaeq.

Tengku Balqis terdiam, terlupa pula Tengku Faaeq adalah lelaki misteri yang menolongnya.

"Tak lupa pun." Tengku Balqis memandang ke arah lain.

"Macam mana dengan cawangan dekat sana kalau kau dah ambil jawatan dekat sini?" tanya Tengku Faaeq.

"Aku juga, tapi kalau aku sibuk sangat, bonda tolong cover... Kalau ada hal yang memerlukan aku, barulah aku pergi Jepun... Jika aku masih lagi kene selesaikan hal dekat cawangan satu lagi." jawab Tengku Balqis.

Tengku Faaeq mengangguk kecil, tetapi tidak susah ke untuk menguruskan dua syarikat besar dalam satu masa?

"Boleh ke kau handle semua? Maksud aku, kau tak letih ke? Syarikat bonda kau bukan syarikat kecil." ujar Tengku Faaeq.

Fake LoveWhere stories live. Discover now