FL | 6

315 26 3
                                    

HARI-HARI yang ditunggu akhirnya tiba, Tengku Balqis akan menyamar menjadi tunang Tengku Faaeq pada malam ini. Tengku Balqis tidak sabar menunggu hari ni kerana dia tak nak lagi berkait dengan lelaki sombong itu.

"Selesanya..." Tengku Balqis berguling-guling di atas katil.

"Amboi... Letih sangat ke?" tanya Reina, dia bercekak pinggang melihat Tengku Balqis berguling-guling di atas katil miliknya.

Jatuh karang baru tahu.

Sekarang Tengku Balqis di rumah milik Reina, dari semalam dia tidur di sini kerana tidak mahu bonda mengesyaki apa-apa yang pelik darinya.

Tengku Balqis jarang keluar malam, jadi dia harus menjauh abang-abangnya dan membuat keputusan untuk tidur di rumah Reina.

"Sedap tau berbaring, guling-guling ke kanan ke kiri..." Tengku Balqis ketawa, lalu dia membetulkan semula kedudukannya.

"Aku nak call Emer lah sekejap." Tengku Balqis mencapai telefonnya.

Reina menjeling manja, nak bergayut lah tu.

"Aku nak pergi dapur kejap." Reina mula melangkah keluar, dia malas nak mendengar perbualan Emer dengan Tengku Balqis.

Tahulah macam mana orang bercinta yang terpisah jauh ni bersembang macam mana.

"Sayang!" Tengku Balqis tersenyum lebar apabila panggilannya dijawab oleh Emer. Sudah 5 hari berlalu, dan tidak lama lagi dia akan bertemu semula dengan Emer.

"Hi babe. Awak sihat?" suara Emer mula kedengaran.

"Sihat. Awak sihat ke? Kenapa suara awak lain?" tanya Tengku Balqis.

"Saya demam semalam, sakit tekak. Tak ada suara sikit."

Cemas Tengku Balqis mendengarnya.

"Awak dah pergi klinik? Makan ubat? Ada orang tengokkan awak dekat sana?" tanya Tengku Balqis, risau.

"Pagi tadi saya pergi pergi dengan pembantu saya, jangan risau sayang. I'm okay." balas Emer membuatkan Tengku Balqis mengeluh lega.

"Awak rehat tau, jangan buat kerja." pesan Tengku Balqis.

"Iye, sayang. Dengar suara awak je terus rasa sihat." Kedengaran Emer ketawa kecil di belah sana.

Tengku Balqis tersenyum lebar. "Mulut manis."

"Mulut manis ni lah yang berjaya pikat awak." ujar Emer.

Tengku Balqis ketawa kecil, mereka mula berbual kosong sehinggalah Tengku Balqis menyuruh Emer untuk berehat sekali lagi, dia juga bimbang jika Emer hilang suara kerana bercakap banyak dengannya.

Selepas panggilan ditamatkan, Tengku Balqis membelek-belek mesej yang dia terima.

Dan ada satu mesej daripada 'mamat sombong'.

"Apa pulak mamat sombong ni nak?" tanya Tengku Balqis sendiri selepas membaca mesej daripada Tengku Faaeq.

"Call aku lepas baca mesej ni."

Dengan rasa malas, Tengku Balqis menekan butang telefon dan mula menelefon nombor Tengku Faaeq. Tidak mengambil masa yang lama, panggilannya terus dijawab.

"Nak apa?" tanya Tengku Balqis.

"Kau ni memang tak reti nak bagi salam dulu ek?"

Tengku Balqis menjeling mendengar soalan daripada Tengku Faaeq.

"Assalamualaikum." ucap Tengku Balqis.

"Waalaikumsalam. Kau pergi mana? Aku pergi rumah kau, abang kau cakap kau tak ada." soal Tengku Faaeq.

Fake LoveWhere stories live. Discover now