FL | 8

315 22 3
                                    

PERMANDANGAN kota New York dipandang penuh minat oleh Tengku Faaeq, dia baru sahaja sampai di penthouse miliknya di New York setelah selamat sampai ke sini.

"Emm... Ini tahun terakhir aku dapat lihat permandangan ni?" soal Tengku Faaeq seorang diri.

Keputusan ini agak susah untuk Tengku Faaeq, namun dia tetap akan berpindah ke tanah airnya semula.

"It's okay, aku boleh beli penthouse dekat Malaysia jugak.." bebel Tengku Faaeq seorang diri lagi.

Adakah permandangan di Malaysia akan sama seperti di New York nanti?

Tengku Faaeq mengeluh kecil sebelum dia berjalan jauh daripada tingkap yang besar itu, dia mendekati sofa dan membaringkan dirinya.

"Balqis... Balqis.." sebut Tengku Faaeq perlahan.

Perlahan-lahan kelopak mata Tengku Faaeq tertutup, hampir terlelap. Namun Tengku Faaeq diganggu dengan deringan telefon.

"Hmm... Baru je nak tidur.." bebel Tengku Faaeq dan mencapai telefonnya.

Mummy nya telefon, Tengku Faaeq tersenyum kecil. Tengku Nurissa biasanya akan menelefonnya untuk bertanya tentangnya.

Panggilan Tengku Nurissa dijawab dan telefon canggih itu diletakkan disebelah telinga.

"Mummy... Dah rindu ke? Faaeq selamat sampai, baru je nak terlelap tadi. Dah lewat malam dekat sini." kata Tengku Faaeq.

"Tengku Faaeq Qalvin!"

Terkejut Tengku Faaeq apabila mendengar suara mummy nya menjerit memanggil namanya.

"Kenapa ni, mummy?"

"Kenapa? Apa yang awak dah buat dengan Balqis? Najwa datang bagitahu mummy yang awak berdua dah bertunang?!"

Terdiam Tengku Faaeq. Oh, ibu bapanya dah tahu.

"Mummy nak awak jelaskan semua benda ni dekat mummy, now." arah Tengku Nurissa tegas.

"Alright, mummy... I'm sorry, it's my plan. Faaeq yang minta Balqis jadi tunang palsu... Faaeq tak nak kahwin lagi, mummy." jawab Tengku Faaeq, namun dia tersenyum sinis.

"Ya Allah... Faaeq, awak fikir tak dulu sebelum awak buat ni? Awak dah malukan mummy dengan daddy... Daddy awak tengah marah teruk, balik Malaysia dan settlekan semua masalah yang awak dah buat." arah Tengku Nurissa.

"No, mummy. I can't... Kenapa Najwa tu tiba-tiba datang bagitahu? Dia ada hati dekat Faaeq ke?" soal Tengku Faaeq.

Kedengaran Tengku Nurissa mengeluh.

"Jawab soalan mummy dulu. Kenapa Faaeq buat semua ni? Kalau tak nak kahwin, bagitahu je mummy. Tak perlu setuju dengan temu janji tu." kata Tengku Nurissa.

"Macam mana nak tolak kalau mummy dengan daddy asyik paksa Faaeq pergi temu janji tu?" soal Tengku Faaeq membuatkan Tengku Nurissa terdiam.

Tengku Faaeq berdiri dan melangkah ke arah tingkap semula, tingkap yang dapat melihat seluruh bandar New York.

"Balqis tak ada kena mengena dengan semua ni, Faaeq yang paksa dia." kata Tengku Faaeq.

"Kenapa? Awak dengan dia kan tak sebulu, asyik nak bergaduh je bila jumpa." tanya Tengku Nurissa.

"Saje je." jawab Tengku Faaeq ringkas.

Sekali lagi Tengku Nurissa mengeluh.

"Awak tahu kan yang Balqis bercinta dengan Emer? Dia orang nak kahwin tak lama lagi. Kalau hal ni tersebar. Macam mana?" tanya Tengku Nurissa.

Tengku Faaeq terdiam tidak terkata. Balqis akan berkahwin? Dengan Emer?

"Ia tak akan tersebar kalau si Najwa tu tak bocorkan." kata Tengku Faaeq setelah lama mendiamkan diri.

Fake LoveWhere stories live. Discover now