Jepun
TUBUH kembali segar selepas Tengku Balqis menegur kopi buatannya sendiri yang dibekal daripada rumah, dia melihat ke luar tingkap kereta. Suasana di Jepun semakin sejuk dan salji mula turun.
"Tengku, kita kembali ke pejabat?" soal Diz yang sedang memandu.
"Ye, saya nak siapkan satu lagi fail sebelum kita balik Malaysia nanti." jawab Tengku Balqis.
Sepanjang 5 tahun di sini, perbagai ujian yang dipenuhi oleh Tengku Balqis, dan kini dia berjaya atas titik peluhnya sendiri. Tengku Balqis berjaya menghasilkan satu butik pakaian dan fesyen yang megah dan terkenal di Jepun, walaupun ini hanyalah cawangan lain namun Tengku Balqis tetap berjaya menaikkan populariti syarikat ini.
Dan keberadaan Tengku Balqis masih lagi disembunyikan, tiada sesiapa pun yang tahu bahawa dia yang berjaya naikkan syarikat ini.
Penampilan Tengku Balqis juga sudah berubah, dia menjadi seorang yang lebih matang.
"Kita dah sampai, Tengku." ujar Diz lalu keluar daripada kereta.
Pintu kereta dibuka oleh Diz dan Tengku Balqis keluar daripada kereta, dia dan Diz terus melangkah masuk ke dalam satu bangunan yang besar.
"おかえりなさい、ボス. (Selamat kembali, bos.)" sapa pegawai-pegawai yang menjaga di bahagian luar bangunan.
Tengku Balqis hanya mengangguk kecil dan melangkah masuk ke dalam, dia sempat memandang sekeliling, ramai orang awam yang melangkah masuk dan melangkah keluar.
Tingkat satu hingga 4 adalah ruang membeli-belah manakala tingkat 5 hingga 15 adalah pejabat. Semasa Tengku Balqis hampir sampai ke arah lif, tiba-tiba tubuhnya dirempuh oleh seseorang.
"Arghh..." Orang yang merempuh Tengku Balqis itu terus tersadung ke bawah manakala Tengku Balqis sempat mengimbangkan tubuhnya.
"お願いします! 彼は盗もうとしました!(Tolong! Dia cuba untuk mencuri!)" jerit seorang pekerja yang mengejar.
Tengku Balqis terkejut dan memandang tajam ke arah lelaki yang jatuh itu.
Orang ramai mula berkumpul dan ada yang mencuba untuk mendapatkan pencuri itu. Melihat keadaan itu, pencuri itu ingin bangun untuk melarikan diri.
Tetapi Diz lebih pantas menjatuhkan pencuri itu semula sehingga pencuri itu meniarap di atas lantai, Diz naik ke atas badan pencuri itu dan memegang kedua-dua tangan pencuri.
"乗り越えろ!(Lepas!)" jerit pencuri itu.
"期待しないでください! ここで盗もうとするなんて! (Jangan harap! Berani kau mencuba mencuri di sini!)" kata Diz.
Pekerja yang mengejar pencuri itu termengah-mengah mencari nafas, letih berlari. Tetapi dia terkejut melihat Diz sudah menangkap pencuri itu.
Jika Diz di sini, itu bermakna... Pekerja itu memandang ke tepi dan melihat Tengku Balqis di sini, sekali lagi dia terkejut.
Pencuri itu masih meronta-ronta, tubuhnya diangkat untuk berdiri secara paksa oleh Diz.
Tengku Balqis melangkah mendekati dan memandang pencuri itu dengan pandangan tajam. Ini kali pertama kes mencuri ada di syarikatnya.
"ここで盗もうとしているのですか?(Kau cuba mencuri di sini?" soal Tengku Balqis.
"あなたは誰ですか 何かを見つけたいと思ったのですが、作業員が私を悩ませまし! (Kau siapa?! Aku mencari sesuatu di sini tetapi pekerja itu mengganggu aku!" jerit pencuri itu, menarik perhatian lebih ramai orang.
YOU ARE READING
Fake Love
RomanceNew story... Tengku Faaeq Qalvin - Sombong, angkuh, matang, dingin, ego, pentingkan diri sendiri. 35 tahun. Tengku Balqis Harris - Mesra tapi tegas, tidak suka pedulikan orang lain dan suka buat halnya sendiri. 29 tahun. SINOPSIS "I nak you jadi my...