FL | 22

409 44 4
                                    

WAJAH Tengku Fadiyah terpacak di hadapan pintu sebaik sahaja pintu rumah dibuka, dia tersenyum kecil melihat anak saudaranya berada di sini.

"Faaeq, masuklah. Balqis tengah bersiap lagi..." ujar Tengku Fadiyah dan mengundur sedikit untuk memberikan laluan kepada Tengku Faaeq.

"Terima kasih, mak su." Tengku Faaeq senyum kecil lalu dia melangkah masuk dan mereka berdua berjalan ke arah ruang tamu.

"Awal betul Faaeq datang, nak pergi cari barang kahwin ke pergi mana ni?" soal Tengku Fadiyah.

"Alang-alang nak keluar, Faaeq ajaklah Balqis sarapan dekat luar hari ni. Lagi pun hujung minggu je kami ada masa..." jawab Tengku Faaeq.

Tengku Fadiyah ketawa kecil, ada betulnya apa yang Tengku Faaeq bagitahu, dia dan Tengku Balqis memang selalu sibuk.

"Faaeq duduklah dekat sofa tu atau buat apa-apa pun, mak su nak pergi tengok Balqis tengah buat apa." ujar Tengku Fadiyah.

"Baik, mak su."

Tengku Fadiyah senyum sekali lagi kepada Tengku Faaeq lalu dia menuju ke arah tangga, dia menaiki tangga dan terus ke bilik tidur milik Tengku Balqis. Sampai di sana, Tengku Fadiyah mengetuk pintu bilik Tengku Balqis sebelum dibuka.

"Balqis, dah siap ke belum? Faaeq dah tunggu dekat bawah..." Tengku Fadiyah melangkah masuk dan mendekati Tengku Balqis yang sedang menilik dirinya di hadapan cermin.

Tengku Balqis berpaling ke arah Tengku Fadiyah, dia mencebik mendengar Tengku Faaeq sudah sampai, cepat betul.

"Sikit je lagi, bonda..." jawab Tengku Balqis dan kembali melihat dirinya di cermin. Hari ini dia mengenakan kemeja berwarna putih yang dimasukkan ke dalam skirt yang berwarna coklat cair, serta tudung shawl berwarna coklat cair.

Tengku Balqis hanya mengenakan solekan yang nipis, itu kerana rancangan mereka ditukar dan Tengku Balqis tidak sempat untuk bersiap lebih. Mereka merancang untuk keluar tengahari tetapi seawal subuh tadi Tengku Faaeq dah menghubungi dirinya dan rancangan mereka ditukar kepada pagi.

"Okay dah!" jerit Tengku Balqis bila berpuas hati dengan penampilannya.

"Turun bawah, kesian Faaeq tu tunggu lama.." kata Tengku Fadiyah.

"Baik, bonda." Tengku Balqis mencapai beg tangannya dan mendekati ke arah pintu. "Bye bonda!"

Tengku Fadiyah hanya menggeleng kecil sebelum dia mengikuti langkah Tengku Balqis dan turun ke bawah.

Mata Tengku Balqis liar memandang sekeliling apabila sampai di bawah, dan dia ternampak Tengku Faaeq sedang menatap telefon bimbit di atas sofa.

"Faaeq..." panggil Tengku Balqis.

Tengku Faaeq angkat kepala bila namanya dipetik lalu dia berpaling ke arah Tengku Balqis, dia terkaku sedikit sebelum dia berdiri dan melangkah ke arah Tengku Balqis.

Begitu juga dengan Tengku Balqis, anak matanya jatuh ke arah pakaian yang dipakai oleh Tengku Faaeq.

"Emm... Sweet nya pasangan ni, nak pergi mana keluar pagi-pagi ni? Pakaian pun sama warna, sedondon." sampuk satu suara.

Tengku Balqis berpaling ke tepi dan melihat Tengku Baahir di sini, lalu Tengku Balqis memandang ke arah Tengku Faaeq semula. Ya, warna pakaian mereka sama, coklat cair dan putih.

"Dia orang nak pergi cari barang kahwin, alang-alang pergi sarapan sekali." jawab Tengku Fadiyah di pihak Tengku Balqis.

Tengku Faaeq berdehem kecil lalu dia melihat ke arah Tengku Baahir dan Tengku Fadiyah.

"Pak su, mak su. Kami pergi dulu, takut nanti lambat pula..." kata Tengku Faaeq.

"Em, pergilah. Hati-hati pandu kereta tu..." pesan Tengku Fadiyah.

Fake LoveWhere stories live. Discover now