FL | 15

304 31 1
                                    

HARI yang ditunggu oleh Tengku Balqis sudah tiba, sekarang dia sedang berjumpa dengan pembaca bukunya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Yang lainnya, dia tidak memakai cermin mata atau apa-apa pun untuk melindungi wajahnya. Tengku Balqis membuat keputusan untuk memperlihatkan wajahnya hari ini. Dan hal itu pasti mengejutkan semua orang dan ada beberapa pembaca yang bertanya kepada Tengku Balqis adakah dia ini betul-betul Tengku Balqis Harris.

"Nama?" Tengku Balqis mengambil mengambil novel yang dihulurkan oleh seorang remaja perempuan.

"Reina... R.E.I.N.A." gadis itu mengeja namanya.

"Reina? Nama awak sama dengan nama kawan baik saya." Tengku Balqis memandang wajah gadis itu sebelum dia mula menurunkan tandatangan di buku tadi.

Gadis itu tersenyum lebar, lalu dia meletakkan satu kuntum bunga rose merah di atas meja yang digunakan oleh Tengku Balqis.

"Ini hadiah untuk akak."

Tengku Balqis mengerling ke arah bunga itu, dia tersenyum lebar. Sudah lama dia tidak menerima bunga rose merah daripada sesiapa pun, biasanya Emer yang selalu belikan bunga rose merah untuknya.

"Kak Balqis, saya tak sangka rupanya akak ni penulis. Patutlah selama ni saya rasa akak ada persamaan dengan seseorang." kata gadis itu.

"Macam mana kalau saya tak tutup identiti saya selama ni?" tanya Tengku Balqis, novel itu dikembalikan kepada gadis itu semula.

"Saya lagi suka! Semua orang kenal akak, mesti semua orang sokong akak menulis dari dulu lagi." jawab gadis itu.

Tengku Balqis tersenyum lebar, dia suka dengan gadis ini. Ceria, pandai bercakap. Tengku Balqis pasti dia akan mengingati gadis ini bila mereka berjumpa lagi nanti.

"Terima kasih sebab baca karya-karya saya, tanpa awak semua, saya tak ada di sini." kata Tengku Balqis.

"Sama-sama! Akak, nak bergambar boleh?" soal gadis itu.

Tengku Balqis mengangguk dan gadis itu terus melompat kecil, teruja.

Gadis itu pergi ke arah Tengku Balqis, dia meminta tolong seorang lagi gadis yang berdiri di belakangnya untuk mengambil gambar mereka.

Mereka berdua membuat posisi masing-masing dan gambar terus ditangkap.

~~~

PENUTUP botol air minuman dibuka dan Tengku Balqis meneguk air dengan rakus, dahaga. Badan disandarkan pada kerusi dan mengeluh kecil, menghilangkan rasa letih selepas sesi berjumpa dengan pembacanya tadi.

"Alolo... Kesian dia, letih." Muncul Reina bersama dulang berisi makanan dan dulang itu diletakkan di atas meja berhadapan dengan Tengku Balqis.

Mereka sekarang berada di restoran berhampiran, ingin mengisi perut yang kosong.

"Letihlah, dulu tak macam ni pun." kata Tengku Balqis.

"Tapi aku tetap gembira dapat jumpa semua orang, satu lagi rasa lega sebab nak perlu sembunyikan identiti lagi." sambung Tengku Balqis.

"Kenangan macam ni yang kau nak dulu, aku ingat lagi waktu kau baru mula menulis. Tinggi betul cita-cita kau, kau nak ada novel sendiri, pergi PBAKL, ada peminat ramai... Look at you now, you did it. Kau dah berjaya." kata Reina.

Tengku Balqis tersenyum lebar, tidak sangka satu mimpinya sudah menjadi kenyataan.

"Aku tak boleh buat tanpa kau, kau yang banyak tolong aku waktu aku susah dan senang." balas Tengku Balqis.

Fake LoveWhere stories live. Discover now