TENGKU Faaeq keluar daripada bilik tidurnya dengan berpakaian kemas, gayanya hendak keluar. Langkahnya laju menuju me arah dapur. Dia belum bersarapan, perut sangat lapar. Sampai di dapur, Tengku Faaeq bertembung dengan kakaknya, Tengku Fazreen.
"Eh akak, bila sampai?" tanya Tengku Faaeq.
"Baru je tapi, abang Noah pergi outstation, dia hantar akak dekat sini pagi tadi." jawab Tengku Fazreen, sambil tangannya menyuapkan nasi goreng buatan Tengku Nurissa kepada anak lelakinya.
Tengku Faaeq mengangguk faham, dia mengambil tempat kosong di sebelah Tengku Nuh.
"Hi, pak su!" Tengku Nuh tersengih lebar melihat Tengku Faaeq.
"Hi, big boy." Tengku Faaeq mengusap rambut anak saudaranya sehingga sedikit serabai.
"Faaeq, nak makan apa?" tanya Tengku Nurissa.
"Tak apa, mummy. Faaeq ambil sendiri." Tengku Faaeq mengambil satu keping roti bakar, dia tidak gemar memakan makanan berat di waktu pagi, cukup hanya untuk mengalas perut.
Suasana dapur sunyi sehingga Tengku Fahmi muncul di dapur, dia juga berpakaian kemas, hendak ke tempat kerja.
"Abang nak makan apa?" tanya Tengku Nurissa.
"Nasi goreng lah, sayang.." Tengku Fahmi mengambil tempatnya, dia sama seperti Tengku Faaeq, tidak gemar memakan makanan berat di waktu pagi.
Namun tidak dengan nasi goreng, kerana itu nasi kesukaannya.
"Faaeq... Kau apa cerita sekarang? Lepas dah viral satu Malaysia?" soal Tengku Fazreen.
"Sama je, sekejap je viral..." balas Tengku Faaeq malas.
"Memang sekejap, tapi tetap ada kesan dia... Lain kali buat apa-apa tu fikir dulu. Balqis macam mana? Dia okay?" tanya Tengku Fazreen.
"Tak tahu."
Terdiam Tengku Fazreen, dia menggeleng kecil. Tidak tahu hendak berkata apa lagi kepada adiknya. Terlalu ego dan keras kepala.
"Daddy tak akan paksa kamu berkahwin lagi." sampuk Tengku Fahmi.
"Kenapa tiba-tiba berhenti?" soal Tengku Faaeq, sedikit terkejut.
"Kalau paksa pun, bukannya kamu nak. Nanti buat hal lagi..." ungkit Tengku Fahmi, dia tak nak hal itu berlaku lagi. Ia akan memalukan mereka sekeluarga.
Tengku Faaeq diam, adakah dia sudah bebas sekarang?
"Habis tu, daddy? Macam mana dengan jawatan tu nanti?" tanya Tengku Fazreen.
"Daddy nak Faaeq mula dari bawah atau buka syarikat sendiri." jawab Tengku Fahmi membuatkan Tengku Faaeq memandang ke arahnya.
"Daddy dah berbincang dengan mummy, ini semua berlaku atas sebab masalah yang kamu timbulkan. Tapi jangan risau, daddy akan tolong." kata Tengku Fahmi.
Tengku Faaeq hanya diam, sedang berfikir, dia masih seorang juruterbang, jika dia berhenti, dia harus bermula dari bawah. Patutkah dia tinggalkan kerjayanya yang sekarang hanya kerana itu?
Dulu dia mahu berhenti kerana dia harus memegang jawatan daddy nya untuk meneruskan generasi yang seterusnya.
"Buat masa ni.. Faaeq masih lagi nak jadi seorang pilot. Daddy boleh bagi masa dekat Faaeq?" soal Tengku Faaeq.
"Baiklah, bukan mudah nak tinggalkan kerjaya yang susah payah kita usahakan selama ini." jawab Tengku Fahmi, hormati akan keputusan anaknya.
Tengku Faaeq diam, dia tidak terlalu fikirkan akan itu malah Tengku Balqis.
YOU ARE READING
Fake Love
RomanceNew story... Tengku Faaeq Qalvin - Sombong, angkuh, matang, dingin, ego, pentingkan diri sendiri. 35 tahun. Tengku Balqis Harris - Mesra tapi tegas, tidak suka pedulikan orang lain dan suka buat halnya sendiri. 29 tahun. SINOPSIS "I nak you jadi my...