TENGKU Balqis menilik dirinya di cermin, tangannya naik membaiki tudung shawl hitam yang dipakainya, tidak puas dengan solekan di wajahnya, dia menambah sedikit gincu di bibirnya.
"Argh! Cantiknya aku! Anak siapa nak cantik sangat ni?!" jerit Tengku Balqis tiba-tiba setelah puas dengan penampilannya.
Lalu Tengku Balqis bergerak ke arah koleksi beg tangannya, dia letak jarinya di dagunya seperti sedang berfikir.
"Nak pakai yang mana hari ni ye?" soal Tengku Balqis sendiri.
"Yang ni lah." tangan milik Tengku Balqis mencapai beg tangan berjenama Saint Laurent.
Tengku Balqis bergerak keluar daripada biliknya, dia terus turun ke tingkat bawah. Sempat Tengku Balqis melihat sekeliling, suasana rumah sunyi menandakan tiada orang di rumah kerana sekarang waktu berkerja.
"Ehem! Ehem! Nak pergi mana cantik-cantik ni?"
Langkah Tengku Balqis berhenti, dia pusing ke belakang dan tersengih apabila dia melihat bondanya berdiri di sebelah tangga.
"Nak jumpa Emer!" jawab Tengku Balqis.
"Amboi... Sejak balik sini kerap betul jumpa dengan dia eh?" soal Tengku Fadiyah.
"Ala bonda, adik dah lama tak jumpa dia kan... Rindulah." adu Tengku Balqis.
Tengku Fadiyah menjeling manja.
"Jangan lama sangat, adik tahukan baba tak suka adik selalu pergi dating dengan dia. Tak elok, awak berdua belum kahwin." pesan Tengku Fadiyah.
"I know, bonda... Bonda janganlah bagitahu baba. Adik janji adik balik awal. Okay?" pujuk Tengku Balqis.
Tengku Fadiyah mengeluh perlahan dan mengangguk kecil.
"Bye bonda. I love you, muah!" Tengku Balqis melambai kepada bondanya dan melangkah semula ke arah pintu keluar.
Rak disebelah pintu dibuka, sekali lagi Tengku Balqis harus memilih apa yang hendak dipakai hari ini. Memandang Tengku Balqis seorang yang suka akan jenama Saint Laurent, dia memilih sepasang heels Saint Laurent.
Ting! Tong!
Bunyi loceng rumah mengejutkan Tengku Balqis, dia bertindak membuka pintu rumah. Senyuman Tengku Balqis mula mekar melihat siapa yang berada di hadapannya sekarang.
"Sayang!" jerit Tengku Balqis.
"Hi, dear. Emer lambat ke?" tanya Emer dengan senyuman manis.
Tengku Balqis laju menggeleng kepala.
"No! Awak baru sampai ke? Atau saya yang lambat?" tanya Tengku Balqis, bimbang jika dia yang lambat bersikap. Perempuan kan complicated bila nak keluar, nak cari baju dulu, cari tudung dulu, make up dulu. Itu tak campur lagi bila berfikir nak pakai tudung style apa.
"No, sayang. Emer pun baru je sampai... Dah siap, kan? Jom." ajak Emer.
"Dah! Jom, saya tak sabar nak dating dengan bakal imam saya!" Tengku Balqis berjalan keluar dengan langkah teruja.
Emer mengikut dari tepi, dia senyum lebar bila mendengar kata-kata Tengku Balqis. 'Bakal imam', membuatkan wajah dan telinga Emer berubah merah. Ini sebabnya Emer jatuh cinta dengan Tengku Balqis, gadis ini terlalu cantik, suka membuat wajahnya merah dan jantungnya berdegup kencang.
Mereka mendekati kereta milik Emer, Emer bukakan pintu untuk Tengku Balqis sebelum gadis itu sempat bertindak, membuatkan Tengku Balqis tersenyum lebar.
"Thank you, boyfriend." ucap Tengku Balqis dan dia masuk ke dalam.
"You're welcome, girlfriend." balas Emer. Pintu kereta ditutup semula lalu Emer pergi ke arah pemandu dan masuk ke dalam kereta.
YOU ARE READING
Fake Love
RomanceNew story... Tengku Faaeq Qalvin - Sombong, angkuh, matang, dingin, ego, pentingkan diri sendiri. 35 tahun. Tengku Balqis Harris - Mesra tapi tegas, tidak suka pedulikan orang lain dan suka buat halnya sendiri. 29 tahun. SINOPSIS "I nak you jadi my...