FL | 13

402 37 1
                                    

REINA membelek-belek beberapa helai pakaian yang dibawa pulang oleh Tengku Balqis daripada Jepun.

"Cantiknya! Ini semua design yang baru keluarkan, kan?" soal Reina.

"Yep, dan itu semua untuk kau. Aku dah simpan siap-siap sebelum balik sini." jawab Tengku Balqis.

"Kau ni... Asyik bagi baju je, segan lahh. Semua ni mahal tau, tak rugi ke kau?" rungut Reina, bukan ingin menolak rezeki tetapi Tengku Balqis kadang-kadang bertindak melampau.

"Kau bagi aku biskut percuma, tak rugi? Biarlah, itu syarikat aku. Tak payah nak bagi banyak alasan, ambil semua baju je nanti." pesan Tengku Balqis, agak garang kali ini.

"Baik, puan." Reina menurut.

Tengku Balqis membaringkan tubuhnya di atas katil, dan memejamkan mata, merehatkan badan untuk seketika.

"Aku masih tak percaya yang Faaeq selalu ni dekat je dengan aku..." ujar Tengku Balqis tiba-tiba.

"Iya lah... Tak sangka mamat sombong tu sudi nak tolong kau, mungkin dia betul-betul nak minta maaf, dengan cara tu." sokong Reina.

"Kau marah dia lagi?" tanya Reina.

Tengku Balqis diam, dia membuka mata dan merenung dinding.

"Dah lama aku maafkan dia, sebelum aku pergi Jepun... Baba yang nasihatkan aku, memaafkan lebih baik daripada meminta maaf... Dia salah, aku pun salah. Semua yang jadi dulu pun dah lama berlalu, baba aku cakap aku patut lupakan saja." Tengku Balqis bersuara.

"How about Emer?" soal Reina.

Tengku Balqis mengeluh perlahan.

"Dia bukan milik aku lagi, mungkin dah tertulis aku dengan dia tak akan bersama... Kau pun tahu, dia dah bahagia dengan pilihan dia sekarang." kata Tengku Balqis.

"Ye, aku tahu dia dah kahwin... Tapi perlu ke dia senyap? Tahu-tahu je dah kahwin." balas Reina, dia sangat tidak bersetuju dengan Emer.

1 tahun yang lepas kecoh bahawa Emer Ekhwan, anak kepada usahawan berjaya telah berkahwin dengan seorang model. Dan waktu itu, tiada sesiapa pun yang bercakap tentang Tengku Balqis di media sosial kerana lama menghilang diri.

"Biarlah dia... Waktu aku tahu dia dah kahwin, aku tak rasa sedih pun." kata Tengku Balqis.

"Tak rasa sedih? Balqis, kau dah tak cintakan dia?" soal Reina.

Tengku Balqis menggeleng kepala.

"Tak, aku pun tak tahu bila perasaan aku kepada Emer hilang, waktu kau bagitahu aku yang Emer dah kahwin, aku tak rasa apa-apa pun." kata Tengku.

"Balqis, aku rasa kau dah tawar hati." balas Reina, dia agak sedih. Sedih melihat Tengku Balqis.

"Tawar hati? Mungkin... Tapi aku okay je, hidup aku dah aman, happy, tak ada gangguan." kata Tengku Balqis.

Reina senyum lebar. "Baguslah kalau kau okay, aku tak nak tengok kau sedih."

Tengku Balqis senyum manja, dia bangun semula dan duduk di hadapan Reina.

"Sayang jugak kau dengan aku." ujar Tengku Balqis.

"Kalau tak sayang, aku dah tak datang sini!" Reina menjeling kecil.

Tengku Balqis ketawa kuat, lalu tangannya naik mencubit kedua-dua pipi Reina.

"Ish! Sakitlah!" Reina menolak tangan Tengku Balqis.

"Hahaha! Usik sikit je!" kata Tengku Balqis sambil ketawa.

~~~

Fake LoveWhere stories live. Discover now