DI suasana meja makan yang sunyi, hanya dengar bunyi sudu dan garfu berlaga. Tengku Faaeq menikmati sarapan dengan tenang.
Namun tidak dengan Tengku Nurissa dan Tengku Fahmi, ibu bapa Tengku Faaeq masih belum tahu apa yang berlaku semalam, diam-diam Tengku Nurissa mencuit peha suaminya.
"Abang, tanyalah.." bisik Tengku Nurissa.
Tengku Fahmi pula menggeleng kepala dengan perangai isterinya dan berbisik. "Sabar..."
Tengku Nurissa menggeleng kepala, dia sudah tidak sabar.
"Ehem.." Tengku Fahmi berdehem kecil.
"Faaeq, macam mana dengan temu janji semalam? Berkenan dengan Najwa?" soal Tengku Fahmi.
Tengku Faaeq berhenti mengunyah, dia angkat kepala melihat ke arah ibu bapanya, wajah mereka memberitahu semua yang mereka sangat ingin tahu apa yang terjadi.
"Tak, biasa je dia tu." jawab Tengku Faaeq dan menyambung menyuapkan makan ke dalam mulut semula.
Tengku Nurissa mengeluh kecil.
"Mungkin sebab baru pertama kali jumpa, cuba ajak dia keluar ke? Pergi makan sama-sama? Mana tahu nanti perasaan cinta mula timbul?" cadang Tengku Nurissa.
Tengku Faaeq menggeleng kepala. Nak ajak pergi jumpa macam mana kalau dia sendiri yang mengaku yang dia sudah bertunang dengan orang lain.
"Tak naklah, Faaeq memang tak berkenan dengan dia." kata Tengku Faaeq.
"Habis tu, sampai bila awak nak jadi bujang? Mama ada juga ada menantu macam orang lain." bebel Tengku Nurissa.
"Abang Noah tu kan menantu mummy." jawab Tengku Faaeq.
Tengku Nurissa bercekak pinggang, eh budak ni sorang!
"Noah suami kakak awak, menantu lelaki. Mummy nak menantu perempuan pulak!"
Tengku Faaeq menggaru kepala yang tidak gatal, dia sudah selesai bersarapan.
"Soon, mummy. Nanti Faaeq bagilah mummy menantu. Mummy sabar je, mesti mummy suka punya." Tengku Faaeq tersenyum lebar, lalu sia berdiri dan meninggalkan ibu bapanya di meja makan.
Tengku Nurissa saling berpandangan dengan Tengku Fahmi. Saling bertanya apakah maksud di sebalik kata-kata Tengku Faaeq.
"Dah ada calon ke?" soalan Tengku Fahmi.
"Tak tahulah saya, tak fahamlah saya dengan anak abang tu." jawab Tengku Nurissa.
"Anak saya, anak awak jugak." ujar Tengku Fahmi.
~~~
KEHIDUPAN Tengku Balqis kembali normal, tiada lagi Tengku Faaeq dalam hidupnya. Tengku Balqis ketawa jahat seorang diri di dalam bilik tidurnya.
Dah macam orang gila.
"No more mamat sombong." ujar Tengku Balqis dengan gembira, hidupnya kembali aman!
Tengku Balqis pergi ke meja kerjanya, karya barunya terhenti sekejap gara-gara Tengku Faaeq. Sekarang dia hanya mahu fokus dengan karya barunya sebelum dia akan mula bekerja nanti.
Komputer riba miliknya dihidupkan, Tengku Balqis menarik nafas dalam sebelum dia mula melakukan kerjanya.
Tetapi deringan telefon bimbit mengganggu Tengku Balqis.
"Ish siapa pulak yang kacau- My handsome boyfriend!"
Tak jadi nak marah apabila Tengku Balqis menyedari Emer yang menelefonnya. Wajah Tengku Balqis dihiasi dengan senyuman manis sebelum dia menjawab.
YOU ARE READING
Fake Love
RomanceNew story... Tengku Faaeq Qalvin - Sombong, angkuh, matang, dingin, ego, pentingkan diri sendiri. 35 tahun. Tengku Balqis Harris - Mesra tapi tegas, tidak suka pedulikan orang lain dan suka buat halnya sendiri. 29 tahun. SINOPSIS "I nak you jadi my...