Ting!
PINTU lif terbuka dan kelihatan Tengku Balqis baru sahaja sampai ke tempat kerjanya diekori oleh Diz yang sentiasa menjaga Tengku Balqis, dia hanya diam dan melangkah ke pejabatnya. Namun, kedua-dua telinga Tengku Balqis mendengar banyak bisikan di kalangan pekerjanya.
Tengku Balqis tidak mengambil tahu dan terus berjalan, pastinya pekerja-pekerja di syarikat ini sedang bercakap mengenai dirinya dan Tengku Faaeq. Ibu bapa mereka sudah pun memaklumkan yang Tengku Faaeq dan Tengku Balqis akan berkahwin tidak lama lagi.
"Selamat pagi, Tengku." sapa Ariana.
"Selamat pagi, macam mana dengan jadual saya hari ni?" soal Tengku Balqis mesra.
"Tengku ada 2 meeting hari ni, lepas tu jadual Tengku kosong." jawab Ariana selepas memeriksa jadual Tengku Balqis.
"Emm... Tolong periksa kerja-kerja yang lain dan tambah dalam jadual saya hari ni. Saya nak kosongkan jadual saya untuk minggu ini." arah Tengku Balqis.
"Baik, Tengku." Ariana mengangguk kecil.
Tengku Balqis senyum kecil lalu dia melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
Diz tidak mengikuti Tengku Balqis, dia berdiri di sebelah meja Ariana dan memandang ke arah gadis itu.
"Apa?" soal Ariana tanpa memandang ke arah Diz, dia mula melaksanakan tugas yang diberikan oleh Tengku Balqis tadi. Dan Ariana tahu apa yang dimahukan oleh Diz, Diz selalu mengacaunya.
Alasan dia? Sebab bosan.
"Tengok pun tak boleh?" soal Diz.
"Saya tak cakap pun tak boleh." balas Ariana.
Diz ketawa kecil, sebaik sahaja Ariana memandang ke arahnya, Diz mengenyit mata membuatkan Ariana terkebil-kebil dan Diz melangkah masuk ke dalam pejabat Tengku Balqis.
"Buaya darat."
Telinga Diz menangkap dua perkataan yang keluar daripada mulut Ariana, dia hanya tersenyum dan menutup pintu sebelum dia mendekati Tengku Balqis.
"Tengku..."
Tengku Balqis angkat kepala dan bertembung mata dengan Diz.
"Ye?" sahut Tengku Balqis.
"Saya ada sesuatu nak bagitahu dekat Tengku." ujar Diz.
"Bagitahu apa?"
Diz mengambil duduk di atas kerusi berhadapan dengan meja Tengku Balqis dan mengambil nafas, sedikit berdebar akan apa yang dia mahu bagitahu kepada Tengku Balqis.
"Saya nak bagitahu satu rahsia.." kata Diz.
"Rahsia apa?" soal Tengku Balqis, semakin tertanya-tanya.
"Tentang Tengku Faaeq... Saya dengan Faaeq sebenarnya dah lama kenal, sebelum saya kerja dengan Tengku." Diz berterus terang, dia sudah tidak tahan untuk menyembunyikan hal itu lagi dan Tengku Faaeq juga tahu yang Diz akan memberikan hal itu kepada Tengku Balqis.
"Dah lama kenal?" Tengku Balqis berkerut dahi.
"Kami kenal lepas masuk universiti, dan jadi rapat sampai sekarang..." jawab Diz.
Tengku Balqis mengemam bibir, tidak tahu apa yang dia rasa sekarang. Terkejut? Ya. Marah? Tidak. Kecewa? Tidak.
"Diz... Kenapa awak jadi bodyguard saya sebenarnya? Kenapa selama ni awak buat-buat tak kenal Faaeq?" soal Tengku Balqis.
"Saya buat semua itu atas permintaan Faaeq, dia minta tolong saya jaga Tengku untuk dia. Saya buat-buat tak kenal dia sebab saya tahu dulu Tengku masih marahkan dia... Baba Tengku pun tahu hal ini..." jawab Diz.
YOU ARE READING
Fake Love
RomanceNew story... Tengku Faaeq Qalvin - Sombong, angkuh, matang, dingin, ego, pentingkan diri sendiri. 35 tahun. Tengku Balqis Harris - Mesra tapi tegas, tidak suka pedulikan orang lain dan suka buat halnya sendiri. 29 tahun. SINOPSIS "I nak you jadi my...