"LAMANYA keluar.."
Langkah Tengku Balqis terhenti, dia berpaling ke arah sofa dan ternampak kedua ibu bapanya berada di ruang tamu.
"Banyak kerja tadi..." Tengku Balqis berjalan ke arah ruang tamu dan duduk dihadapan Tengku Fadiyah dan Tengku Baahir.
"Banyak kerja ke letih jumpa peminat?" soal Tengku Fadiyah, dia senyum-senyum sendiri.
"Hehe..." Tengku Balqis tersengih, mendengar kata-kata itu mesti ibu bapanya sudah tahu tentang dirinya.
"Tak penat pun bonda, seronok. Yang penatnya teman Qayyum dengan Reina. Nak dating pergi je lah berdua, sibuk nak ajak adik jugak." rungut Tengku Balqis.
Tengku Baahir menggeleng kepala, sudah tahu perangai anaknya masing-masing macam mana.
"Dah lama adik jadi penulis novel?" tanya Tengku Baahir.
Tengku Balqis mengangguk kecil. "Dah lama, waktu sekolah menengah dah terjebak."
"Bonda ingatkan anak bonda ni minta baca novel je, rupanya dah ada buku sendiri. Banyak pula tu." kata Tengku Fadiyah.
"Sorry, bonda... Adik bukan tak nak bagitahu tapi segan sikit.." Tengku Balqis tersengih.
Sebenarnya bukan itu sebabnya, Tengku Balqis takut ibu bapanya tidak bersetuju dengan apa yang lakukan dan membuat keputusan untuk merahsiakan daripada sesiapa pun.
Tapi sekarang sebaliknya, Tengku Balqis dapat melihat bonda dan baba tidak menghalang dirinya.
"Bonda dengan baba tak kisah ke? Identiti adik dah terbongkar, semua orang tahu..." soal Tengku Balqis.
"Tak kisah pun, kenapa nak kena kisah? Bonda tak akan halang adik untuk berjaya. Bukan senang nak jadi penulis novel, jadi jadilah penulis yang memberikan manfaat yang baik kepada para pembaca." pesan Tengku Fadiyah.
"Baik, bonda." Tengku Balqis mengangguk kecil.
"Sebelum ni, siapa yang tahu adik ni penulis novel?" tanya Tengku Baahir.
"Em.." Tengku Balqis berfikir.
"Reina... Emer..." Tengku Balqis tersedar sesuatu, baru dia perasan yang ada Reina dan Emer sahaja yang tahu dia adalah penulis novel.
"Dia orang je?" tanya Tengku Baahir.
"Faaeq... Eh tapi dia tahu je tahu tadi." gumam Tengku Balqis.
"Oh! Bonda! Baba! Nak tahu tak?!" Tengku Balqis tiba-tiba menjadi teruja.
"Apa?" Tengku Fadiyah ketawa kecil, geli hati dengan perangai Tengku Balqis.
"Faaeq pun minat baca novel rupanya, tak sangka orang ego tinggi, sombong macam dia tu baca novel romance!" cerita Tengku Balqis dengan teruja.
Sekali lagi Tengku Baahir menggeleng kepala, dia ingatkan apa tadi.
"Tak salah pun dia nak minta novel, itu diri dia. Mana tahu ni? Awak berdua tu kan kalau jumpa selalu gaduh?" tanya Tengku Baahir.
Tengku Balqis mencebik.
"Terserempak dengan dia dekat pesta buku tadi." kata Tengku Balqis.
"Eloklah tu, adik penulis novel, dia pembaca novel. Sesuai sangat kalau berjodoh." ujar Tengku Fadiyah tiba-tiba.
"Bonda!" Tengku Balqis menggeleng laju. Tengku Faaeq? Jadi jodoh dia? Minta dijauhkan!
"Kenapa? Awak berdua tu sepupu je, boleh je nak kahwin." usik Tengku Fadiyah.
Tengku Balqis mencebik bibir.
"Bonda ni... Tak sukalah, dia tu asyik cari gaduh, tak nak! Tak nak!" Tengku Balqis terus berdiri, baik dia lari.
YOU ARE READING
Fake Love
RomanceNew story... Tengku Faaeq Qalvin - Sombong, angkuh, matang, dingin, ego, pentingkan diri sendiri. 35 tahun. Tengku Balqis Harris - Mesra tapi tegas, tidak suka pedulikan orang lain dan suka buat halnya sendiri. 29 tahun. SINOPSIS "I nak you jadi my...