DENGAN perasaan teruja dan tidak sabar, Tengku Balqis mengikuti langkah suaminya. Hari ini mereka berdua balik ke rumah milik Tengku Faaeq, ini kali pertama Tengku Balqis melihat rumah Tengku Faaeq sejak tiga hari menjadi isteri kepada Tengku Faaeq, disebabkan itulah dia berasa sangat teruja.
"Kau tinggal dekat sini?" tanya Tengku Balqis, memandang sekeliling.
"Yep... Waktu aku balik Malaysia, aku nak beli penthouse sebab waktu dekat New York dulu aku beli penthouse... Tapi aku ubah fikiran. Aku beli tanah then reka rumah sendiri." jawab Tengku Faaeq, dia tersenyum kecil melihat isterinya. Tengku Balqis nampak seperti kanak-kanak yang teruja bila nampak gula-gula.
Tengku Balqis tersenyum puas, dia suka melihat rumah agam milik Tengku Faaeq di hadapannya. Rekaan rumah ini sangat berbeza, mungkin kerana Tengku Faaeq sendiri yang mereka bentuk rumah ini seperti yang dikatakan oleh suaminya. Tengku Balqis juga suka dengan suasana rumah suaminya, halaman yang luas dan terdapat juga pokok bunga.
"Banyak juga pokok bunga dekat rumah kau, aku ingatkan lelaki tak suka bunga-bunga macam ni." ujar Tengku Balqis.
"Itu untuk hiasan je, lagi satu sebab aku tanam pokok ialah oksigen. Pokok sedut korban dioksida dan keluarkan oksigen, jadi segar udara dekat sini. Apa guna bina bangunan banyak-banyak tapi tak ada pokok..." balas Tengku Faaeq.
Tengku Balqis mengangguk, setuju dengan suaminya.
"Jom kita masuk dalam, kau boleh teroka semua tempat yang kau nak." Tengku Faaeq mencapai tangan Tengku Balqis dan menarik isterinya ke arah pintu masuk.
"Okay. Tempat pertama yang aku nak pergi, bilik yang guna nak intip aku dulu. Bilik yang kau guna nak dengar suara dari alat yang kau letak dalam bilik aku." kata Tengku Balqis, sempat dia memandang tangannya yang hilang disebalik tangan Tengku Faaeq.
Tengku Faaeq ketawa kecil mendengar permintaan Tengku Balqis, dia tidak berkata apa-apa malah membuka pintu dengan luas.
"Welcome to our home, baby...." ucap Tengku Faaeq.
Tengku Balqis mencebik bila Tengku Faaeq tidak menghiraukan permintaannya tadi, namun wajahnya berubah bila dia melangkah masuk ke dalam dan melihat sekeliling.
"Wow.... Faaeq, cantiknya rumah kau!" puji Tengku Balqis dengan perasaan teruja, dia melangkah lagi sehingga ke ruang tamu.
"Cantik? Aku rasa ada yang lebih cantik daripada rumah ni..." sampuk Tengku Faaeq dan mengikuti isterinya daripada belakang.
"Apa dia?" Tengku Balqis berpusing ke arah Tengku Faaeq.
"Kau... Kau lagi cantik." balas Tengku Faaeq.
Tengku Balqis terdiam, tidak menyangka itu belasan suaminya. Tanpa dia menyedari pipinya mula berubah merah.
"Emm... Ah! Dapur mana dapur? Aku nak tengok dapur!" Tengku Balqis memandang sekeliling dan berura-ura melangkah ke sana ke sini.
Senyuman sinis mula terukir di wajah Tengku Faaeq, dia mendekati Tengku Balqis sebelum sempat isterinya pergi jauh. Tangan Tengku Faaeq laju memegang lengan Tengku Balqis lalu menolak tubuh isterinya sehingga ke dinding.
"Kenapa lari?" Tengku Faaeq meletakkan kedua-dua tangannya di dinding, memerangkap Tengku Balqis diantara dinding dan dirinya.
"Lari? Mana ada..." nafi Tengku Balqis.
"Habis tu? Kenapa kelam-kabut bila aku cakap kau cantik?" soal Tengku Faaeq.
"S-sebab... sebab..." Tengku Balqis mula tergagap-gagap.
"Geramlah aku dengan kau ni. Comel, rasa nak gigit. Budak pendek macam kau ni senang betul nak kena kurung macam ni..." potong Tengku Faaeq.
Wajah Tengku Balqis terus berubah, hilang rasa gementarnya tadi.
YOU ARE READING
Fake Love
RomanceNew story... Tengku Faaeq Qalvin - Sombong, angkuh, matang, dingin, ego, pentingkan diri sendiri. 35 tahun. Tengku Balqis Harris - Mesra tapi tegas, tidak suka pedulikan orang lain dan suka buat halnya sendiri. 29 tahun. SINOPSIS "I nak you jadi my...