BERSAMA mata yang masih mengantuk, Tengku Balqis melangkah ke arah dapur dengan malas. Dirinya masih lagi tersarung dengan baru tidur, dia baru sahaja bangun.
"Ya Allah anak dara ni sorang... Baru bangun?"
Tengku Balqis angkat kepala, dia tersengih kepada Tengku Baahir.
"Adik tak boleh tidur semalam, baba. Subuh tadi baru adik boleh tidur." jawab Tengku Balqis, lalu dia mengambil tempat kosong di meja makan.
"Kenapa? Tak sihat?" tanya Tengku Baahir.
"Taklah, adik buat kerja sikit semalam, lepas tu adik tengok movie, then tak boleh tidur." jawab Tengku Balqis.
Semalam dia bosan, jadi dia cuba untuk cipta karya baharu. Tengku Balqis pula jika dia ingin menulis, dia akan sediakan kopi dan sebab itu dia tidak boleh terlelap.
"Kenapa tak mandi dulu?" muncul Tengku Fadiyah, dia mengambil tempat berhadapan dengan Tengku Balqis.
"Lapar, hehe..." Tengku Balqis senyum seperti kerang busuk. Hari ini dia tiada rancangan untuk keluar, jadi dia masih malas untuk mandi.
Tengku Fadiyah menggeleng kepala, sudah tahu macam mana perangai anak bongsunya.
"Emm! Sedapnya bau!" Tengku Qayyum melangkah masuk ke dapur, perutnya sudah buat konsert. Lapar.
Tempat kosong di sebelah Tengku Balqis menjadi pilihan Tengku Qayyum, lalu dia merenung adiknya dan melihat pakaian yang dipakai oleh Tengku Balqis.
"Eww tak malu tak mandi!" usik Tengku Qayyum.
"Suka hatilah! Adik masih wangi, okay?" Tengku Balqis menjeling kecil.
"Dah... Dah... Jangan nak gaduh depan rezeki. Qayyum, baca doa." tegas Tengku Baahir berkata, terus senyap Tengku Balqis dan Tengku Qayyum.
"Baik, baba." Tengku Qayyum menadah tangan, dan mula membaca doa sebelum makan.
Selepas doa habis dibaca, mereka berempat mula memaju selera.
"Oh, bonda lupa nak bagitahu. Petang nanti Qaiser balik sini, baru tadi dia call." ujar Tengku Fadiyah tiba-tiba.
"Ye ke? Ingat lagi jalan balik rumah rupanya." kata Tengku Qayyum, sekadar gurauan, kali terakhir mereka berjumpa semasa hari ibu bapa Tengku Faaeq menjemput mereka untuk makan malam di rumah mereka.
"Mestilah ingat, ini rumah dia jugak." jawab Tengku Fadiyah.
"Qaiser dah anak satu. Qayyum, sampai bila baba nak tunggu?" soal Tengku Baahir tiba-tiba.
"Tunggu apa?"
"Buat-buat tanya pula. Dah banyak kali baba tanya awak bila nak kahwin. Tak kan tak ada lagi? Awak ni sama je dengan si Faaeq tu, umur dah 30 tahun, tapi malas nak kahwin." bebel Tengku Baahir.
"Belum ada calon, nanti dah ada Qayyum kahwinlah..." jawab Tengku Qayyum.
Tengku Balqis ketawa kecil, dia juga tidak sabar ingin melihat Tengku Qayyum berkahwin. Kerana apa? Dia ingin bebas!
"Oh! Cakap pasal kahwin kan... Adik lupa nak bagitahu, semalam Emer ada bagitahu nak mama dia nak masuk meminang hujung bulan ni." kata Tengku Balqis.
"Eh?" Tengku Baahir terkejut. Dia ingin Tengku Qayyum yang berkahwin, tetapi Tengku Balqis pula yang akan dipinang orang?
Tengku Balqis merenung wajah Tengku Baahir, mencari riak Tengku Baahir. Babanya suka atau tidak?
"Adik dah sedia?" soal Tengku Baahir.
"Mestilah dah! Dah lama adik tunggu dia masuk meminang." jawab Tengku Balqis dengan gembira.
"Eleh! Dah sedia konon, tengok sekarang ni. Bangun lewat, tak mandi lagi.." sampuk Tengku Qayyum.
YOU ARE READING
Fake Love
RomanceNew story... Tengku Faaeq Qalvin - Sombong, angkuh, matang, dingin, ego, pentingkan diri sendiri. 35 tahun. Tengku Balqis Harris - Mesra tapi tegas, tidak suka pedulikan orang lain dan suka buat halnya sendiri. 29 tahun. SINOPSIS "I nak you jadi my...