FL | 20

215 37 5
                                    

Beberapa hari lepas...

Tok! tok!

KETUKAN pintu bilik menyedarkan Tengku Faaeq, dia menjauhi meja kerjanya dan mendekati pintu bilik, pintu bilik dibuka dan Tengku Faaeq terangkat kening melihat Tengku Fahmi di sini.

"Kenapa, daddy?"

"Daddy ada sesuatu nak cakap dengan Faaeq." jawab Tengku Fahmi.

Tengku Faaeq mengangguk kecil, dia biarkan pintu biliknya terbuka luas untuk mudah Tengku Fahmi melangkah masuk.

"Daddy nak cakap tentang apa?" Tengku Faaeq mengikut langkah Tengku Fahmi ke arah katil biliknya.

"About Tengku Balqis." jawab Tengku Fahmi.

Tengku Faaeq berkerut dahi sedikit, pelik kenapa nama Tengku Balqis tiba-tiba dipetik.

"Daddy tahu, Faaeq. Faaeq boleh sorokkan daripada orang lain tapi Faaeq tak boleh sorokkan daripada daddy yang Faaeq sebenarnya dah jatuh cinta dengan Balqis." kata Tengku Fahmi.

Tengku Faaeq diam di tempatnya, dia tidak terkejut malah dia juga tahu yang Tengku Fahmi mengetahui semuanya.

"Kenapa diam?" soal Tengku Fahmi.

"Ye, Faaeq dah lama sukakan Balqis." jawab Tengku Faaeq.

Tengku Fahmi ketawa kecil. "Patutlah selama ni mummy suruh kahwin tak nak, hati dah lama berpaut pada Balqis..."

Tengku Faaeq mengusap belakang lehernya, wajahnya sedikit merah, dia tidak pernah seperti ini tetapi mendengar kata-kata Tengku Fahmi membuatkan Tengku Faaeq berasa malu.

"Kalau suka, kenapa selalu bergaduh dengan Balqis?" soal Tengku Fahmi.

"Sebab dia cantik bila dia marah." jawab Tengku Faaeq.

"Macam-macamlah budak-budak zaman sekarang, kalau ajak bergaduh lagilah si Balqis tu tak suka." Dan Tengku Fahmi ketawa kuat, tidak sangka anaknya seperti itu.

"Tapi Faaeq suka." jawab Tengku Faaeq.

Tengku Fahmi menggeleng kecil, masih geli hati dengan perangai anaknya.

"Daddy tak tahulah Faaeq ni ikut perangai siapa..." usik Tengku Fahmi.

"Daddy lah.." Tengku Faaeq mencebik kera.

Tengku Fahmi ketawa sekali lagi, dia pula yang disamakan.

"Habis tu, apa yang Faaeq nak buat sekarang? Daddy tak rasa cari gaduh dengan dia hari-hari ialah idea yang bagus." soal Tengku Fahmi.

"Faaeq cubalah nak berbaik..." Tapi Tengku Faaeq tidak dapat menahan diri setiap kali dia berjumpa dengan Tengku Balqis.

Apa salahnya kalau mereka selalu bergaduh? Orang tua dulu cakap kalau selalu bergaduh nanti berjodoh.

"Sebenarnya... Pak su ada bagitahu papa sesuatu." ujar Tengku Fahmi tiba-tiba.

"Bagitahu apa?"

"Dia carikan bakal suami untuk Balqis, Balqis pun dah meningkat usia, dah selesai untuk berkahwin." kata Tengku Fahmi.

"Siapa?" soal Tengku Faaeq, adakah baba Tengku Balqis sudah mempunyai calon untuk anak gadisnya?

"Belum ada."

Tengku Faaeq tersenyum lebar mendengar itu, dialah calon yang paling sesuai.

"Daddy... Boleh tak daddy tolong Faaeq?" minta Tengku Faaeq.

"Tolong apa? Masukkan nama Faaeq dalam calon menantu pak su?" Tengku Fahmi mengangkat-angkat keningnya.

"I want her, daddy..." kata Tengku Faaeq bersungguh-sungguh.

Fake LoveWhere stories live. Discover now