TIDAK berkelip mata Tengku Balqis melihat satu pelamin di hadapan di hadapan, Tengku Balqis tidak tahu perasaannya sekarang, semuanya bercampur aduk. Malam ini, dia akan disatukan dengan Tengku Faaeq sebagai suami isteri yang sah.
Tipu jika Tengku Balqis mengatakan yang dia tidak berdebar, cuma dia tidak percaya dia sudah mahu berkahwin.
"Termenung nampak..." sampuk satu suara membuat Tengku Balqis tersedar daripada dunianya.
Tengku Balqis memandang ke tepi dan melihat Tengku Qayyum bersandar di dinding.
"Tak percaya pula kita dah nak kahwin..." kata Tengku Balqis.
Tengku Qayyum menegakkan badannya lalu melangkah ke arah Tengku Balqis, dia faham perasaan adiknya. Jujur, dia juga berdebar untuk mengadap tok kadi nanti. Seperti di rancang, Tengku Balqis dan Tengku Qayyum akan berkahwin pada hari yang sama, malam ini. Majlis seterusnya pula akan di adakan esok, di dewan hotel.
"Yakin diri, adik. Jangan cakap tak percaya, ia akan mendatangkan keraguan di dalam diri adik nanti." pesan Tengku Qayyum.
"Adik tahu..." Tengku Balqis mengangguk kecil, dia sangat yakin dengan apa yang dia buat sekarang.
Tengku Qayyum senyum kecil lalu menepuk kepala Tengku Balqis seperti Tengku Balqis itu anak kecil.
"Dah besar adik abang ni, dah nak kahwin... Sekejap je masa berlalu, rasanya baru semalam abang tolong adik buat kerja sekolah." usik Tengku Qayyum.
Tengku Balqis menjeling kecil dan berpeluk tubuh.
"Adik bukan budak kecik lagilah." balas Tengku Balqis.
"Tahu, tapi di mata abang. Adik tetap budak kecik nak kena dijaga setiap masa." kata Tengku Qayyum.
Tengku Balqis memandang wajah Tengku Qayyum, jauh di sudut hatinya, dia juga sedih melihat Tengku Qayyum akan berkahwin dengan kawan baiknya sendiri. Abang yang selalu menjaganya akan dimiliki oleh orang lain nanti.
"Dah tiba masanya abang serahkan tanggungjawab abang kepada Faaeq, biar dia jaga bakal isteri dia ni." Tengku Qayyum ketawa kecil.
"Abang..." panggil Tengku Balqis tiba-tiba.
"Hm?"
"Abang ingatkan tak dulu... Waktu adik masih sekolah, masa tu adik nak ambil SPM?" soal Tengku Balqis.
Tengku Qayyum mengangguk kecil.
"Mestilah ingat, masa boleh lupa. Adik menangis teruk sebab soalan susah." kata Tengku Qayyum.
"Lepas tu abang pujuk adik, abang cakap adik macam rama-rama... Rama-rama, walaupun dia kecil, dia tetap boleh terbang tinggi dan ke mana saja dia nak. Abang samakan adik dengan rama-rama sebab abang cakap adik boleh pergi jauh macam rama-rama juga." Tengku Balqis senyum kecil, teringat akan hal dulu.
Sekali lagi tangan Tengku Qayyum naik menepuk kepala Tengku Balqis dengan lembut.
"Dan tengok sekarang, adik dah berjaya. Adik dah terbang jauh macam rama-rama... Adik dapat sambung belajar dekat Jepun. Adik dah jadi seorang penulis yang berjaya, jadi anak yang berjaya. Bakal berkahwin..." kata Tengku Qayyum.
Dan tiba-tiba, Tengku Qayyum menarik tangan Tengku Balqis lalu dia terus memeluk Tengku Balqis dengan erat.
"Em?" Tengku Balqis terkejut dan terkebil-kebil, keras tubuhnya di dalam pelukan abangnya. Berasa sedikit kekok bila Tengku Qayyum tiba-tiba memeluknya dengan erat.
"Abang sayang adik abang ni..." bisik Tengku Qayyum perlahan.
Tengku Balqis hanya senyap, wajahnya bersandar pada dada Tengku Qayyum, mendengar abangnya meluah.
YOU ARE READING
Fake Love
RomanceNew story... Tengku Faaeq Qalvin - Sombong, angkuh, matang, dingin, ego, pentingkan diri sendiri. 35 tahun. Tengku Balqis Harris - Mesra tapi tegas, tidak suka pedulikan orang lain dan suka buat halnya sendiri. 29 tahun. SINOPSIS "I nak you jadi my...