HARI masih cerah, namun akibat langsir yang tertutup membuatkan bilik Tengku Balqis gelap, begitu juga dengan keadaan Tengku Balqis.
Dia terkurung di dalam bilik sejak 2 hari lalu.
Tengku Balqis duduk di atas katil dengan memeluk lututnya, dia atas katilnya ada satu iPad dan telefon miliknya yang menunjukkan berita tentang dia dan Tengku Faaeq telah bertunang.
Walaupun, keluarga dia dan keluarga Tengku Faaeq telah bekerjasama untuk memadamkan berita itu dan menafikannya, masih ada yang menaikkan berita tentang Tengku Balqis dan Emer.
Keadaan Tengku Balqis agak tidak terurus sedikit, dia sangat tertekan dengan semua ini.
Tok! Tok!
"Adik... Buka pintu, ini bonda..."
Tengku Balqis melihat ke arah pintu bilik, panggilan bondanya tidak terjawab. Dia tak nak berjumpa dengan sesiapa pun.
"Jangan macam ni, sayang... Buka pintu ni, bagi bonda masuk." pujuk Tengku Fadiyah lembut.
Tengku Balqis masih mendiamkan diri, wajahnya langsung tiada apa-apa perasaan. Tidak menangis dan tidak gembira.
Disebalik pintu yang terkunci, Tengku Fadiyah mengeluh kecil. Dia sangat risau akan keadaan Tengku Balqis, sejak daripada kejadian itu, anak perempuannya tidak bercakap dan tidak makan.
"Bonda..."
Tengku Fadiyah berpaling ke belakang, kelihatan Tengku Qayyum mendekati bilik Tengku Balqis.
"Dia masih tak buka pintu?" tanya Tengku Qayyum.
"Tak, dah puas bonda pujuk dia."
Tengku Qayyum tunjukkan sesuatu kepada Tengku Fadiyah, terangkat kedua-dua kening bondanya.
"Good job." bisik Tengku Fadiyah.
Tengku Qayyum senyum lebar lalu dia menggunakan kunci bilik Tengku Balqis untuk membuka pintu bilik adik perempuannya.
Pintu dibuka luas oleh Tengku Qayyum, dia menggeleng kecil melihat keadaan adik perempuannya.
"Adik boleh jadi lebih tertekan kalau adik duduk terkurung macam ni." kata Tengku Qayyum, dia pergi ke atas tingkap dan membuka langsir, untuk udara segar masuk ke dalam.
"Anak bonda..." Tengku Fadiyah mendekati Tengku Balqis yang masih mendiamkan diri.
Tengku Qayyum mengambil pula iPad dan telefon bimbit adiknya, dia rasa lebih dia yang pegang alat teknologi canggih ini dan jauhkan daripada adiknya.
"Sayang... Awak tak boleh macam ni, awak kena kuat. Adik tak salah apa-apa." pujuk Tengku Fadiyah.
Tengku Balqis memandang wajah Tengku Fadiyah.
"Emer tak nak kahwin dengan adik, bonda... Dia marah adik..." kata Tengku Balqis.
Tengku Fadiyah dan Tengku Qayyum hanya diam, dia sudah tahu hal itu daripada Reina. Dan sejak itu, Tengku Balqis hanya mengatakan yang Emer tak nak berkahwin dengan dia.
"Adik dah terangkan semuanya dekat dia... Tapi Emer tetap marah adik..." kata Tengku Balqis lagi, suaranya sebak ingin menangis.
"Jangan menangis untuk dia. Jangan menangis kerana cinta, hilang dia tak datangkan kehancuran pun. Malah Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik." kata Tengku Qayyum.
Disebabkan hal seperti inilah dia tak nak adiknya terlalu leka ketika bercinta. Adiknya akan sakit dan terluka kerana terlalu mencintai seseorang.
"Tapi perlu ke pergi macam tu je? Dia dah janji nak kahwin, dia dah nak masuk meminang adik." balas Tengku Balqis.
YOU ARE READING
Fake Love
RomanceNew story... Tengku Faaeq Qalvin - Sombong, angkuh, matang, dingin, ego, pentingkan diri sendiri. 35 tahun. Tengku Balqis Harris - Mesra tapi tegas, tidak suka pedulikan orang lain dan suka buat halnya sendiri. 29 tahun. SINOPSIS "I nak you jadi my...