FL | 24

367 41 2
                                    

TENGKU Qayyum memandang ke tepi melihat Reina berdiri di sebelahnya, mereka akan berjalan ke arah pelamin. Senyuman lebar dihadiahkan kepada Reina.

"Peluk lengan saya. It's okay, jangan gugup." bisik Tengku Qayyum.

Reina mengangguk kecil lalu dia merangkul lengan Tengku Qayyum, dia sikit berdebar kerana dia tahu betapa ramainya tetamu yang datang. Walaupun dia hanya ada Zuli sebagai keluarganya dan Tengku Qayyum juga tidak memiliki saudara mara yang ramai, namun kenalan Tengku Qayyum sangat ramai.

"Are you ready, my rein?" soal Tengku Qayyum.

"Ready, husband." jawab Reina.

Wajah Tengku Qayyum tiba-tiba berubah merah, dia mengemam bibir mendengar panggilan Reina.

"J-jom..." Tengku Qayyum mula melangkah diikuti oleh Reina.

Pintu dewan dibuka luas dan mereka berdua masuk ke dalam dewan, sebelum mereka kembali melangkah, ada beberapa kanak-kanak yang berjalan di hadapan mereka dengan memegang bakul rotan yang dipenuhi dengan bunga.

Reina memandang sekeliling, ramai tetamu yang menepuk tangan dan ada juga yang menangkap gambar serta merakam video.

"Ramainya orang..." bisik Reina.

"Semua orang datang nak tengok kita, dengan pengantin sorang lagi tu..." Tengku Qayyum ketawa kecil.

Mereka sampai di pelamin, ada Ariana dan Diz yang menunggu di situ sebagai pengapit mereka. Tengku Qayyum duduk di tempatnya terlebih dahulu sebelum Reina kerana Ariana mendekati Reina untuk membaiki pakaiannya.

"Terima kasih..." Reina senyum kecil kepada Ariana selepas gadis itu membetulkan baju pengantin ini dan atas permintaan Tengku Qayyum, Reina tidak mendedahkan rambutnya hari ini, dia memakai tudung seperti semalam.

Hari ini Tengku Qayyum dan Reina memakai baju pengantin songket berwarna maroon.

Reina sekali lagi memandang ke arah tetamu-tetamu yang datang, ada yang sedang melihat ke arah dia dan Tengku Qayyum. Ada juga yang sedang menjamu selera dan berbual. Semestinya dia langsung tidak kenal siapa yang datang.

"Dan seterusnya, kita menjemput satu lagi pasangan pengantin, Tengku Faaeq dan isterinya, Tengku Balqis!" suara milik Tengku Qaiser bergema di dalam dewan.

Pintu dewan sekali lagi dibuka lalu Tengku Faaeq dan Tengku Balqis melangkah bersama ke arah pelamin dengan senyuman lebar di bibir masing-masing. Mereka berdua pula memakai pakaian pengantin songket berwarna biru gelap.

"Wow... Ramainya, tak sangka bonda dengan baba jemput ramai orang macam ni..." bisik Tengku Balqis kepada Tengku Faaeq.

"Ye, mummy dengan daddy pun jemput ramai orang." balas Tengku Faaeq.

_______________

"AKHIRNYA, kahwin juga cucu nenek yang sorang ni, dulu bukan main susah nak "

Tengku Faaeq ketawa kecil mendengar bebelan daripada neneknya, dia mendekati neneknya lalu Tengku Faaeq memeluk neneknya.

"Lepas ni Faaeq dah tak payah dengar mummy membebel pasal kahwin lagi..." ujar Tengku Faaeq.

Pak!

"Bertuah punya cucu!" kata nenek sambil tangannya naik memukul lengan Tengku Faaeq yang masih tersarung dengan baju pengantin.

"Aduh... Sakitlah nek..." Tengku Faaeq mencebik, saja nak berdrama dengan neneknya walaupun pukulan nenek sahaja lembut. Nenek Tengku Faaeq ialah ibu kepada Tengku Nurissa. Tengku Faaeq ada seorang lagi ibu saudara iaitu adik kepada mummy Tengku Faaeq.

Fake LoveWhere stories live. Discover now